Menjalin hubungan sebagai sepasang kekasih dengan seseorang yang amat dicintai pastinya menjadi impian setiap orang. Tambahan pula, orang yang menjadi pasangan anda itu merupakan pilihan hati anda sendiri. Anda juga mungkin mengimpikan seseorang yang mampu mendampingi anda dalam keadaan apa sekalipun.
Namun, pernahkah anda terfikir pasangan anda itu benar-benar individu yang tepat untuk dijadikan pasangan sehidup semati? Sekiranya anda masih rasa ragu-ragu dalam perhubungan yang sedang anda jalinkan, anda harus lakukan sesuatu sebelum terlambat.
Jangan sesekali meneruskan hubungan cinta sekiranya anda masih merasakan lima perkara ini.
Saat putus cinta merupakan transisi di mana anda harus mula hidup kembali tanpa kekasih. Saat inilah anda cuba membuka hati untuk mengenali orang baharu di sekeliling anda, sekali gus cuba membuka hati anda kembali untuk bercinta lagi. Walaupun perasaan cinta masih ada untuk bekas kekasih, namun anda kena cuba move on!
Jika perkara ini masih anda rasakan, ada baiknya anda berfikir lebih mendalam mengenai keputusan anda untuk menjalinkan hubungan lain dengan orang baharu kerana anda masih menyimpan perasaan masa lalu anda itu. Ketika anda terlalu terburu-buru membuat komitmen, hal yang buruk pasti akan terjadi. Bukannya bahagia, yang ada hanyalah pihak yang disakiti. Daripada membuat hati lain terluka, fikirkanlah kembali sebelum anda membuat keputusan.
Perkara ini sering terjadi. Ada seseorang yang sudah anda sukai sejak sekian lama, namun rasa suka itu hanya disimpan dalam-dalam sambil berharap ada satu keajaiban yang akan membuatkan dia menghampiri anda. Pada waktu yang sama, ada pula seseorang yang meminta anda menjadi kekasihnya. Jika hal ini terjadi, sebaiknya anda tidak cuba menjalinkan hubungan dengannya. Fikirkanlah, jangan sampai hati lain yang terluka kerana anda, hanya kerana untuk mengubah status single
anda.Jika masih belum yakin dengan keputusan anda untuk membuat komitmen bercinta dan berpacaran, sebaiknya anda tunda dahulu keinginan anda itu. Memang betul, hal tertentu tidak akan berjalan baik tanpa dicuba. Namun, tentunya ia akan menjadi perkara yang sia-sia jika akhirnya anda berdua menghadapi perpisahan kerana tidak yakin dengan hubungan tersebut. Lebih baik gunakan waktu anda itu untuk menguatkan niat. Yakinlah terlebih dahulu, kemudian baru cuba untuk memberi komitmen yang baharu sepenuhnya.
Menjadi orang ketiga dalam perhubungan memang sulit. Oleh itu, lebih baik anda tidak terjerumus ke dalam posisi yang sulit ini. Anda sudah mengetahui bahawa si dia yang anda sukai itu sudah mempunyai kekasih. Namun tetap saja dia minta anda terlibat dengannya. Anda memang mencintainya sepenuh hati, tapi gunakan juga logik akal anda untuk mempertimbangkan perasaan orang lain.
Menjalin hubungan disebabkan rasa kasihan tidak boleh menjamin kebahagiaan dalam sesebuah hubungan. Oleh itu, jangan pernah mulakan hubungan dengan rasa kasihan atau tidak sedap hati ya! Anda pasti merasa tidak sedap hati bahkan kasihan kerana kelakuan baiknya terhadap anda. Namun, jangan salah ertikan kata hati anda dan jangan mulakan sesuatu kerana keterpaksaan.
Mungkin saja anda percaya bahawa lama-kelamaan cinta itu akan datang kerana anda cuba untuk mencintainya. Namun, percayalah bahawa mungkin sukar untuk memaksa hati melakukannya. Ingat ya, cinta yang tulus itu datangnya dari hati. Fikirkan keputusan anda sebelum menjalinkan hubungan dengannya.