Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Melayu akan bertunang dahulu sebelum menuju ke gerbang perkahwinan. Persiapan menjelang majlis pertunangan juga tidak banyak bezanya dengan persediaan majlis perkahwinan. Ada yang sukakan majlis meriah dan ada juga sukakan yang serba sederhana.
Tidak kira bagaimanapun bentuk acara yang bakal berlangsung, senarai penting atau checklist tetap perlu dibuat bagi mengelakkan masalah di kemudian hari. Singkirkan segala kekusutan, checklist istimewa ini kami sediakan untuk anda.
Tarikh / Waktu / Tempat
Sama seperti majlis perkahwinan, pemilihan lokasi untuk melangsungkan majlis pertunangan juga sangat penting. Lokasi di sini tidaklah bermaksud sama ada dewan ataupun rumah. Cukup sekadar berlangsung di rumah tetapi dengan hanya menentukan sama ada upacara menyarung cincin dilakukan di ruang tamu ataupun di dalam bilik.
Pelamin Mini / Hiasan
Seakan menjadi trend, setiap majlis pertunangan pasti akan diserikan dengan pelamin mini sebagai tempat si gadis menunggu untuk cincin disarungkan. Variasi pelamin mini terdapat di pasaran dan juga boleh dibuat sendiri. Namun, ada juga yang lebih suka menggunakan bilik tidur yang dihiasi begitu indah sempena hari bermakna itu.
Hantaran
Menentukan jumlah hantaran yang perlu diberi dan ditukar merupakan salah satu perkara penting dalam checklist. Jumlah standard adalah lima dulang daripada pihak lelaki berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan. Selain itu, pemilihan warna tema untuk hantaran juga perlu ditulis agar lebih selaras. Untuk memudahkan perancangan, tentukan sama ada ingin menggubah sendiri hantaran atau menempahnya.
Warna Tema
Warna tema majlis, busana dan konsep hantaran penting untuk menimbulkan mood tersendiri. Bergantung pada tema yang dirancang, segala persiapan harus disenaraikan dengan teliti. Apa yang paling penting adalah busana pertunangan. Jika anda tidak menggunakan khidmat butik pengantin, pastikan busana tersebut ditempah lebih awal. Begitu juga dengan kelengkapan lain yang perlu disenarai penting.
Wang Hantaran / Mas Kahwin
Jumlah wang hantaran dan mas kahwin antara senarai penting dan kebiasaan, jumlahnya ditentukan mengikut negeri. Dalam adat masyarakat Melayu, sekiranya upacara merisik tidak dijalankan, maka cincin merisik akan naik sekali bersama cincin bertunang. Manakala mas kahwin dan wang hantaran akan diserahkan pada hari pernikahan.
Solekan / Jurugambar
Pemilihan jurusolek dan jurugambar harus dibuat dengan betul agar memori hari pertunangan dapat diabadikan dengan sempurna.
Jamuan Makan
Sediakan peruntukan untuk bahagian jamuan makan. Anda mempunyai pilihan sama ada ingin menggunakan khidmat katering ataupun masak sendiri. Bergantung kepada bajet, duduk berbincang bersama ahli keluarga untuk menentukan makanan apa yang hendak dihidangkan kepada para tetamu.
Wakil Keluarga
Mungkin ramai yang terlupa untuk memasukkan senarai yang satu ini. Untuk pengetahuan anda, menentukan wakil keluarga untuk berbincang bersama keluarga pasangan adalah penting. Pilih wakil yang berpengalaman dan pandai berkomunikasi agar mesej mudah disampaikan. Kemudian, maklumkan kepada keluarga pasangan jumlah keluarga yang akan turut serta menghantar rombongan meminang.
Perkara-perkara penting yang akan dibincangkan pada hari pertunangan:
1. Tarikh nikah dan kenduri?
2. Jumlah wang hantaran dan mas kahwin?
3. Jumlah dulang hantaran yang akan diberikan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dalam merealisasikan perkahwinan impian, aksesori dekorasi juga memainkan peranan yang amat penting. Antaranya penggunaan reben sebagai aksesori mampu untuk menghasilkan majlis perkahwinan yang indah.
Penggunaan reben cukup sinonim dalam dunia perkahwinan dan menjadi pelengkap perkahwinan agar tampak lebih cantik.
Entri kali ini berkongsikan panduan dan cara menggunakan riben dalam suntikan dekorasi majlis perkahwinan.
Kad Kahwin
Kad jemputan perkahwinan dengan buatan tangan anda akan kelihatan hebat apabila anda menambah satin atau reben sifon yang sepadan dengan tema perkahwinan. Anda juga boleh menyelaraskan alat tulis perkahwinan anda dengan reben. Pastikan juga bahawa menu, kerusi, meja dan tempat-tempat yang akan dikunjungi dihiasi dengan reben supaya ia kelihatan indah dan harmoni.
Busana Pengantin
Hiasi busana pengantin dengan reben dan rasakan kelainannya. Anda boleh menggunakan satin yang lebar, reben organza atau reben sifon sebagai ikatan bagi baju-baju atau hiasan pakaian lain. Anda juga boleh sepadan reben pada tudung dengan tema warna perkahwinan.
Dewan
Ini adalah salah satu tempat yang terbaik untuk penggunaan reben. Gunakan riben lebar yang sepadan dengan tema warna untuk menghiasi dewan perkahwinan. Terdapat banyak cara untuk menggunakan riben pada tempat seperti meja, kerusi, tiang dan juga siling.
Kek
Anda boleh menghiasi kek dengan reben. Ataupun cara lain anda boleh jadikan reben sebagai hiasan di atas meja di mana kek akan diletakkan.
Kereta
Tiada kereta perkahwinan tanpa reben. Jadi, dengan menambahkan riben jalur lebar pada bonet kereta atau ikat satin reben akan menjadikan kereta perkahwinan nampak lebih menarik.
Cenderahati
Pengantin biasanya memberikan cenderahati perkahwinan kepada tetamu untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana sudi datang ke majlis perkahwinan. Ingat ya setiap tetamu yang hadir, mendoakan agar setiap perkahwinan pasangan pengantin agar hidup dengan bahagia, di beri kesihatan yang baik, kekayaan, kesuburan dan kehidupan yang panjang. Jadi ambil kesempatan ini dengan menjadikan cenderahati anda unik dengan menggunakan reben yang sepadan dengan kotak cenderahati.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila bergaduh, mulalah ego masing-masing datang. Tak nak bertegur, tak nak pandang sekalipun. Kadang-kadang sampai terbawa tidur. Tapi ingat tak pesan orang tua kita, gaduh macamana sekalipun, jangan tidur asing. Ini 5 sebab korang kena tahu.
Hilang masa paling berharga.
Akan Effect Mood Esok.
Berlakunya salah faham.
Emosi anak terganggu.
Rumahtangga hambar
TEMPAT TIDUR BERSAMA PATUT MENJADI RUANG PALING SELESA
Terbukti, sains dan psikologi juga menyarankan agar semua pasangan mengekalkan tabiat tidur sekatil walaupun hubungan telah lewat usia. Tapi bila dah sekatil, jangan pula asyik dengan gajet masing-masing sampailah lewat malam.
Pandanglah wajah pasangan. Tanyakan tentang hari mereka. Berguraulah. Berpelukanlah. Biarlah tempat tidur bersama menjadi tempat kita untuk kita ‘recharge’ dan berasa lebih gembira – bukan sebaliknya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mengharungi kehidupan alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Terlalu banyak onak dan duri yang terpaksa dilalui sepanjang hidup berumah tangga.
Persediaan awal dalam perkahwinan sama ada dari sudut kewangan dan cara hidup mampu merancang perjalanan hidup berumah tangga dengan lebih teratur dan dapat mengelakkan perselisihan faham yang bakal berlaku kerana masih belum biasa dengan alam baru ini.
Hakikatnya zaman bujang dan alam perkahwinan adalah satu kehidupan yang sangat berbeza. Di sinilah terletaknya realiti kehidupan yang penuh dengan tanggungjawab dan kebijaksanaan dalam mengatur satu perkongsian hidup.
Jika dulu ketika hidup membujang tanggungjawab banyak terletak pada ibu dan ayah. Kini bila sudah melangkah ke alam perkahwinan, tanggungjawab itu terletak pada diri anda sendiri. Perkongsian hidup antara suami dan isteri memerlukan kerjasama, toleransi dan kesabaran yang tinggi.
Antara tanggungjawab suami ialah menyara isteri, menyediakan tempat tinggal serta makan minum isteri dan anak-anak.
Bagi si isteri pula, tanggungjawabnya juga banyak, antaranya menjaga keharmonian dan kerukunan rumah tangga dengan menjalankan tugas sebagai isteri seperti memasak, mengemas dan membantu menjaga ekonomi keluarga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI