Elakkan Berhutang! Ini Antara 11 Tips Buat Pasangan Baru Kahwin

Share

Keghairahan membina rumah tangga memang tak dinafikan menyeronokkan. Tapi dalam seronok tu kalau boleh, kita lebih beringat kerana kita yang bakal menanggung segala masalah bila penghujungnya. Ini 11 tips buat pasangan baru kahwin yang boleh anda amalkan.

 

TIPS PASANGAN BARU KAHWIN

***********************************

  1. Berusaha elakkan hutang sampai dua kereta, naik motor berkepit selepas nikah indahnya tak terkata.

 

  1. Tilam lipat atau ‘toto’ pun selesa, tanpa set tidur dan meja solek bukanlah dosa.

 

  1. Kurangkan makan di luar atau di ‘Secret Resepi’, makan di rumah lebih jimat dan boleh gesel-gesel pipi.

 

  1. Tak perlu malu rumah lapang tanpa kerusi meja, kawan beli perabot hutang kita jangan cepat teruja.

 

  1. Beli stok barangan di pasaraya, azam tak nak papa asalkan bergaya.

 

  1. Tak perlu ‘smart tv’ yang lebar sedepa, tabung sambut ‘baby’ jangan pula dilupa.

 

  1. Baca ‘post fb’ dan beli buku kewangan, tingkatkan simpanan untuk realisasikan impian dan angan-angan.

 

  1. Kurangkan makan di kedai, tingkatkan ilmu kewangan biar pandai.

 

  1. Bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.

 

  1. Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.

 

  1. Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang balut plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.

Tulisan asal : Isma Addi Jumbri

Published by
Anis Nor