Masalah dalam hubungan percintaan itu merupakan perkara biasa dan pastinya dialami oleh setiap pasangan. Namun, mengapa wujudnya masalah dan krisis dalam hubungan cinta anda? Adakah si dia tidak memberi komitmen yang tinggi dalam hubungan atau anda kurang fasih untuk membina hubungan berkualiti?

Perpisahan mahupun perceraian seringkali menjadi berita utama di dada-dada akhbar baik di dalam mahupun di luar negara. Jangan biarkan perkara ini terjadi pada diri anda. Ada cara dan langkah yang boleh dilakukan bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku

Jom kita lihat lima cara dan langkah berkesan untuk mengatasi krisis dalam hubungan percintaan!

1. PENTINGNYA KOMUNIKASI

Elakkan Krisis Dalam Hubungan, Lakukan 5 Cara Ini Untuk Harmonikan Cinta. No 3 Sangat Penting!

Terutamanya kepada golongan muda, kurang berkomunikasi adalah penyebab utama hubungan menjadi dingin. Perasaan cemburu, penipuan, dendam dan sebagainya dapat diatasi sekiranya pasangan mampu berkomunikasi dengan baik. Luahkan saja perasaan tidak puas hati kepada pasangan. Jangan gentar untuk menjadi seorang yang jujur. Ambil masa untuk duduk berdiskusi, berbincang tentang perihal hubungan dan selesaikannya bersama. Secara tidak langsung, ia juga mengeratkan lagi diri anda dengan si dia.

Ads

2. USAH CEMBURU

Cemburu tanda sayang? Ya, benar. Namun, usahlah ada perasaan cemburu yang begitu serius hingga menyebabkan pasangan anda tidak bebas untuk berkawan dan terasa dikongkong. Sifat cemburu yang terlampau akan menyebabkan anda berasa marah, emosi kurang stabil dan hilang pertimbangan sehingga melakukan perkara yang mungkin tidak disukai oleh pasangan.

Selain itu, pasangan anda akan mula khuatir dan timbul keraguan terhadap kepercayaan anda pada si dia. Jelas, sikap cemburu anda haruslah kena dengan tempat, masa dan situasi untuk mengelakkan masalah dalam hubungan anda.

3. ELAK BERBOHONG

Elakkan Krisis Dalam Hubungan, Lakukan 5 Cara Ini Untuk Harmonikan Cinta. No 3 Sangat Penting!

Ads

Mengapa harus menipu dalam hubungan? Sifat jujur merupakan kunci utama untuk mengekalkan hubungan bersama pasangan. Jangan sesekali memulakan penipuan kerana ia boleh menimbulkan permasalahan bersama si dia. Tidak kira sama ada perkara besar atau kecil, sentiasa berlaku jujur kepada pasangan dan usah berselindung di sebalik bayangan anda sendiri. Takut nanti, esok lusa, penipuan anda terbongkar dan pasangan anda langsung tidak menaruh kepercayaan terhadap anda.

Apa yang lebih teruk, si dia juga akan membuat perkara yang sama dan akhirnya akan menyebabkan hubungan bertukar negatif. Terapkan kepercayaan dan kejujuran dalam hubungan anda untuk membina rasa cinta yang lebih manis.

4. JANGAN AMBIL MUDAH

Kadang-kala, jika sesebuah hubungan itu sudah berada dalam tempoh yang lama, pasangan akan mula mengambil mudah mengenai hubungan cinta yang terjalin. Sudah tidak sehangat waktu pertama kali bercinta. Mengapa harus begitu? Seharusnya, semakin lama tempoh hubungan itu, semakin fasih setiap pasangan untuk mengukuhkan lagi hubungan yang terjalin.

Ads

Pelajari dan fahami perkara terbaik untuk membuatkan pasangan anda bahagia. Dalam tempoh yang lama, sudah pasti anda cukup arif tentang karakter si dia. Gunakan waktu yang ada dengan sebaik mungkin supaya hubungan anda kekal lama. Jangan ambil ringan dan sentiasalah berusaha untuk menjadikan hubungan bersama si dia lebih berkualiti.

5. HINDARI PERBANDINGAN

Elakkan Krisis Dalam Hubungan, Lakukan 5 Cara Ini Untuk Harmonikan Cinta. No 3 Sangat Penting!

Perbandingan adalah perkara tidak wajar dilakukan dalam sesebuah hubungan. Sebagai contoh, sesetengah pasangan kerap kali membandingkan hubungan sekarang dan masa lampau. Usah bangkitkan cerita lama. Ini akan menyebabkan si dia rasa khuatir terhadap anda.

Bukan itu sahaja, ada juga yang membuat perbandingan tentang bentuk badan, rupa paras ataupun cara pemakaian pasangan dengan orang lain. Hal ini menyebabkan pasangan akan hilang kepercayaan pada anda dan secara tidak langsung, sedikit sebanyak akan menjejaskan kualiti hubungan anda. Jadi, usah membuat perbandingan, namun menasihati sesama lain adalah perkara yang terbaik.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI