Sebaiknya, elakkan pembaziran masa majlis kahwin. Memang lah kahwin hanya sekali seumur hidup tetapi tengok juga pada tebalnya pada poket pasangan kita.
Kalau sampai berhutang buat loan bagai, itu melampau. Okay, jom cuba ikut mana yang mampu buat untuk majlis kahwin anda nanti…
Pembaziran Masa Majlis Kahwin
1. Tentukan budget kos kenduri kahwin. Ini penting! Tak ada bajet, pening nanti nak tentukan kos. Kena fikir bahagian jemputan tetamu, pelamin, baju nikah dan sanding, menu makanan,hantaran, mekap dan lain-lain.
Mesti buat draft dan pecahan bajet setiap bahagian.
2. Fokus pada mas kahwin mengikut negeri masing-masing. Tak perlu wang hantaran besar.
3. Hantaran tak perlu banyak dan berjenama. Cukup saja berbalas 5 -7. Beli barang hantaran masa time sales. Lebih jimat banyak and fokus pada barang yang memang akan digunakan selepas kahwin. Janganlah beli heels yang cantik and glam tapi lepas kahwin tak guna. Lepas tu terpaksa jual balik. Banyak ya situasi ni.
Contoh barang yang boleh dibeli, set wangian, kasut kerja, handbag,kain pasang, telekung dan sejadah, Al Quran, buah-buahan dan dessert.
Ads
4. Cincin atau barang kemas sebagai tanda. Belilah waktu emas tengah turun. Lebih jimat banyak dan bersederhanalah dalam memilih design yang nak.
Lepas kahwin nanti atau anniversary 1st nanti upgrade barang kemas tu. Tak wajib pun masa kahwin. Buat syarat je dulu ok.
5. Sponsor! Kena bincang dengan keluarga dan sedara mara jika ada yang berminat nak sedekah atau sponsor. Macam kenduri adik-adik dulu setiap family ambil bahagian untuk sponsor, ada yang sponsor dessert, ada yang sponsor dua main menu kenduri, ada yang sponsor PA system.
Jadi yang ini kena duduk berbincang dengan saudara-mara.
Ads
6. Pelamin kalau nak sewa pilihlah yang konsep simple saja. Kalau dapat diy sendiri lagi bagus.
Lebih jimat banyak.
7. Untuk mekap dan photographer, jika ada bakat mekap lah sendir-kawan atau sedara mara yang pandai dalam mekap pun, lagi bagus. Bincang elok-elok atas budi bicara.
Jangan malu atau segan. Photographer pun sama. Pilihan nak hire photographer atau tidak. Kalau nak hire, check promo yang selalu ditawarkan photographer setiap kali musim perkahwinan. Booking awal-awal. Jangan last minit. Lagi bagus anda cari studio photographer yang baru buka.
Biasa diaorang menawarkan pakej yang lebih murah. Jika bajet agak limit, bolehlah tawarkan pada kenalan anda yang berbakat dalam mengambil gambar.
Ads
8. Baju nikah dan sanding, pilihlah baju yang tak terlalu Sarat atau glam. Maksudnya lepas kahwin boleh guna semula. Kalau nak sewa pilihlah bajet dalam RM500 saja atau anda boleh pilih baju nikah tempah sendiri dan baju sanding sewa. Itu pun antara cara lain untuk jimatkan kos.
9. PA system actually bukan benda wajib sebab yang ini boleh download sendiri lagu-lagu pilihan yang bersesuaian dan mainkan saja dengan speaker laptop atau radio dekat rumah. Cukup saja sound buat halwa ditelinga.
10. Kad kahwin, yang ini boleh diy sendiri je. Design dan print sendiri. Lebih jimat! Fokus pada jemputan utama sahaja. Boleh buat jemputan melalui kad digital yang banyak tersedia template di Canva atau Google.
11. Photobooth dan meja pengantin boleh diy sendiri ikut kreativiti uolls. Misalnya penggunaan kain jersey sebagai backdrop, bunga-bunga artificial yang boleh dibeli di kedai eco atau ninso dan penggunaan lampu fairy light.
12. Majlis kahwin dan persandingan diadakan dalam 1 hari sahaja dan bergabung bersama untuk kedua belah pihak. Tak perlu buat majlis berasingan. Lebih jimat banyak dan lebih meriah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu pasangan yang bakal berkahwin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda sudah mempunyai keputusan untuk berkahwin itu bermakna anda sudah bersedia untuk menempuh kehidupan anda bersama pasangan.
Tidak hanya itu, anda bukan sahaja dengan pasangan, malah anda juga berkahwin dengan seluruh ahli keluarganya.
Bagi wanita sudah pasti memikat hati mentua bukanlah semudah yang anda sangkakan. Terutama sekali hati ibu pasangan anda. Ia menjadi lebih rumit apabila pasangan anda merupakan anak tunggal/sulung.
Anda tidak perlu risau, apa yang perlu anda lakukan hanyalah persediaan dari segi mental dan juga fizikal. Banyak cara sebenarnya nak pikat hati mak mentua ini yang anda boleh cuba.
1. Kenal keluarga terlebih dahulu
Jika anda dan pasangan sudah lama mengenali inilah masanya untuk anda berjumpa dengan ahli keluarganya. Cukuplah sekadar pengenalan diri yang ringkas terlebih dahulu supaya mereka tahu latar belakang anda.
2. Berpakaian kemas dan sopan
‘First impression’ itu sangat penting lebih-lebih lagi bila anda bertemu mentua anda. Pakaian melambangkan peribadi seseorang oleh itu pakailah pakaian yang kemas dan sedap mata memandang.
3. Komunikasi dengan mentua
Ya, komunikasi itu sangat penting. Kalau anda bukanlah jenis yang kuat bercakap cari topik yang mampu merancakkan perbualan anda dengannya. Supaya adanya komunikasi yang baik.
4. Bawa buah tangan
Cukuplah hanya sekadar buah-buahan atau kuih-muih supaya mereka rasa dihargai. Tak perlu beli barang yang mahal-mahal untuk pikat mereka. Apa yang penting adalah anda ikhlas.
5. Ringan tulang
Tolong-menolong lebih bagus daripada melihat semata. Ini adalah kualiti penting yang paling dicari oleh mentua tidak kira perempuan atau lelaki. Tawarkan sesuatu yang boleh anda tolong seperti membasuh pinggan atau mengemas.
6. Hormat tempat tinggal mereka
Jika pasangan anda berasal dari kampung, janganlah pulak anda memandang rendah dengan bandar mereka. Bila di rumah pula jangan sibuk mengadu panaslah atau tunjuk muka tidak suka anda.
7. Jangan bergaduh depan mentua
Perkara sebgini boleh memberi gambaran buruk sikap anda terhadap anak mereka. Sekali gus akan menimbulkan rasa marah mentua kepada anda. Lebih elok jika anda selesaikan masalah anda dan pasangan di tempat lain.
8. Ikhlas
Tidak kira dalam mana-mana perkara sekali pun niat itu paling penting. Jika niat anda ikhlas dan terima seadanya, in shaa allah anda pasti akan diredhai.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat bakal pengantin perasaan teruja untuk menempuhi alam perkahwinan pastinya dirasai hingga mendorong diri seolah bingung dari mana hendak memulakan langkah persediaan untuk ke arah itu. Apa yang perlu dilakukan lebih dulu? Bagaimana mencari vendor-vendor yang tepat? Serta banyak lagi persoalan yang bermain di benak. Untuk membantu bakal pengantin, berikut panduan bagi anda yang dalam proses mempersiapkan hari istimewa.
Jiwa yang Tenang
Pertama dalam mengurus segala hal memerlukan jiwa yang tenang dan tidak terburu-buru agar hasil yang diperoleh tidak “terburu-buru” juga. Begitu juga dengan mengurus perkahwinan, selama mempersiapkan perkahwinan ada baiknya calon pengantin sentiasa tenang agar dapat berfikir dengan rasional. Kuncinya, banyak berdoa dan rilek untuk mendapatkan ketenangan jiwa sehingga dapat mengeluarkan keputusan terbaik.
Tidak Menjadi Bridezilla
Jenis bakal pengantin yang termasuk bridezilla ialah yang begitu obses dengan perkahwinan sempurna. Setiap bakal pengantin pasti akan berusaha merancang perkahwinannya sesempurna mungkin, tetapi bukan bermaksud berlebihan dan menganggap perkahwinannya perlu sempurna tanpa cela. Sikap berlebihan seperti itu justru akan menjadi boomerang baik bagi bakal pengantin mahupun vendor yang diajak bekerja sama. Bakal pengantin akan mudah stres, dan hubungan dengan vendor kurang baik kerana sikap terlalu berlebihan.
Mencari Sumber Informasi
Pada era moden, mendapatkan informasi sangatlah mudah. Dengan adanya smartphone membantu bakal pengantin mendapatkan informasi. Yang perlu dilakukan hanya melayari google atau website perkahwinan. Dalam satu klik bakal pengantin akan memperoleh sumber informasi yang lengkap berikut vendor-vendor yang mampu mewujudkan perkahwinan impian semua bakal pengantin.
Memilih tempat
Ada baiknya mengutamakan lokasi perkahwinan diadakan dibandingkan vendor dekorasi, mekap atau lainnya. Mengapa? Kerana tidak selamanya lokasiyang disukai tersedia pada hari perkahwinan yang telah dipilih. Ada kemungkinan bakal pengantin lain telah menempah terlebih dulu, dan untuk menghindarinya, setelah tarikh perkahwinan diputuskan, segera tempah lokasi yang menjadi idaman.
Bertukar cerita dan pengalaman
Tidak ada salahnya bertukar pengalaman dengan teman atau saudara yang telah lebih dulu berkahwin. Dengan mendengar pengalaman mereka akan terbayang bagaimana cara mempersiapkan perkahwinan yang baik, dan tidak mengulangi pengalaman pahit yang pernah dirasakan mereka. Selain itu, bakal pengantin sendiri pasti pernah hadir di acara perkahwinan yang dapat memberi gambaran bahkan dapat memberi inspirasi perkahwinan anda kelak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum sudah tahu wanita dalam haid tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid, tetapi ada juga wanita yang tidak mengendahkannya. Terutama ketika mahu menyaksikan majlis akad nikah dengan alasan darah haid hampir kering. Boleh berikan sedikit penjelasan?
Jawapan :
Hukum yang dipegang oleh kebanyakkan ulama seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal adalah haram bagi wanita haid duduk di dalam masjid. Terdapat juga pendapat yang mengharuskan iaitu Imam Dawud Zahiri, Imam Muzani, dan Ibn Hakim Zahiri. Dalil mereka mengharamkan berdasarkan hadis Nabi SAW.
Hadis daripada Ummu Salamah RA yang bermaksud : Baginda SAW masuk ke pintu gerbang masjid lalu menyeru dengan suara yang lantang “Sesungguhnya masjid ini tidak halal untuk perempuan haid dan orang yang berjunub” (Riwayat Abu Dawud RA).
Hadis menunjukkan bahawa perempuan haid dan orang yang berjunub lelaki atau perempuan tidak boleh duduk di dalam masjid. Kebanyakkan ulama mengharuskan dengan dua syarat iaitu ada keperluan tertentu dan kedua diyakini masjid tidak dikotori dengan najis darah haid.
Dengan itu tiada dalil yang kuat yang mengatakan mengharamkannya. Rentetan itu, hukum duduk di dalam masjid adalah kembali kepada hukum asal iaitu Harus. Namun, mereka hanya boleh berada di tempat yang tidak dikhususkan untuk solat atau disekitar kawasan masjid.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!