Kita ni bukanlah rajin 24 jam, nak masak lauk pauk yang banyak. Bila tiba masa malas tu, mee segera adalah menu paling mudah dan tersedap wujud di rumah. Buat bakal pengantin, jika boleh kurangkanlah pengambilan mee segera ini, seeloknya tidak ambil langsung agar kesihatan anda kekal terjamin. Ini perkongsian dari Dr Zubaidi Hj Ahmad
Saya mencadangkan agar kita tidak terlalu memakan mee segera kerana ianya adalah penyebab penyakit kronik terutamanya oleh serbuk perasanya. Jadikan mee segera hanya sebagai makanan terakhir jika tiada pilihan atau makanan yang diambil jika tiada makanan lain yang boleh didapati.
Jika tidak boleh berbuat demikian, kurangkan separuh dari pengunaan serbuk perasa tersebut dan jangan hirup kuah mee segera itu.
CARA YANG BETUL UNTUK MEMASAK MEE SEGERA
Biasanya, cara kita memasak mee segera ialah dengan meletakkan mee ke dalam periuk dengan air, kemudian mengisi serbuk perasa dan biarkan bahan bahan tersebut dididih bersama selama 3 minit. Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.
Ini adalah kaedah memasak mee segera yang SALAH.
Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perasa, terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.
IKLAN
Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mee itu disalut dengan pengawet makanan. Pengawet makanan amat berbahaya pada tubuh jika diambil berterusan.
KAEDAH YANG BETUL UNTUK MEMASAK MEE :
1. Rebus mee di dalam periuk air.
2. Setelah mee dimasak, toskan mee, dan buang air tersebut yang telah mengandungi bahan pengawet.
3. Rebus air dalam periuk yang lain hingga mendidih, kemudian masukkan mee tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api.
IKLAN
4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup mee.
5. Sekiranya, jika anda inginkan mee kering, keluarkan mee dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mee kering.
Mee segera adalah makanan berproses dan bukanlah makanan yang sihat. Jika pengambilan mee segera lebih daripada 3 kali seminggu, maka ia sangat berbahaya.
APA ITU MSG?
IKLAN
MSG ialah ‘Mono Sodium Glutamate’ sejenis bahan perasa yang mampu merangsang sistem saraf rasa dan otak yang menyebabkan ketagihan terhadap makanan yang diletakkan MSG.
Walaubagaimana pun MSG tidak membunuh kita secara mendadak, tetapi membunuh kita perlahan lahan. Selain MSG, perhatikan bahan-bahan kimia sintetik yang menjadi racun dalam makanan kita.
Suami harus tahu bahawa gangguan terhadap ketenteraman rumah tangga sebenarnya berpunca daripada ketidaktahuan suami terhadap apa yang diinginkan isteri. Sebenarnya ingin memahami isteri bukanlah sukar kerana yang penting suami harus peka terhadap keinginan isteri.
Lagipun jarang seorang isteri mengungkapkan keinginannya kepada suami secara berterus-terang. Apatah lagi jika isteri jarang mengeluh, suami akan sentiasa bersangka baik bahawa isterinya tiada masalah.
Untuk memastikan hubungan rumah tangga yang dibina semakin harmoni hingga terbentuknya sebuah keluarga sakinah mawaddah wa rahmah, suami perlu mengetahui 11 perkara yang sering diinginkan isteri daripada anda selama ini.
1. Jadikan isteri satu-satunya wanita teristimewa
Ini merupakan perkara yang paling diinginkan isteri terhadap suaminya. Apabila suami menjadikan isteri sebagai satu-satunya wanita paling istimewa dalam dirinya, ini akan menjadi salah satu alasan untuk isteri terus menjalankan rutin hariannya dengan penuh semangat, ceria dan rasa gembira.
2. Ungkapkan rasa cinta setiap hari
Ketahuilah bahawa luahan dan tindakan anda mempamerkan rasa cinta, kasih sayang serta belaian merupakan kunci untuk meraih bahagia dalam sesebuah rumah tangga. Tidak perlu keterlaluan mengungkapkan rasa cinta kepada isteri, cukup sekadar suami melakukan dengan gaya yang santai dan tanpa dibuat-buat kerana ia akan lebih menyentuh hati seorang isteri.
3. Isteri perlukan waktu rehat
Sesekali seorang isteri juga memerlukan masa untuk dirinya ‘bebas’ daripada melakukan rutin harian dalam urusan rumah dengan membiarkan isteri berjumpa atau berkumpul dengan teman atau ahli keluarganya. Selain memerlukan rehat daripada melakukan kerja rumah, isteri juga memerlukan jiwa yang sihat untuk terus menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
4. Beri penghargaan kepada isteri
Dalam satu masa isteri banyak memainkan peranan sekali gus membahagikan masa dalam pelbagai perkara rumah tangga. Oleh itu sebagai suami mainkan peranan anda dengan memberikan penghargaan terhadap apa yang telah isteri lakukan, isteri capai atau pandangan yang telah isteri lontarkan. Penghargaan ini boleh suami mulakan dengan ucapan terima kasih, memuji, memeluk hingga memberikan isteri hadiah agar isteri tahu bahawa pengorbanan dan tindakannya itu sentiasa dihargai.
5. Sentiasa memahami isteri
Setiap isteri sentiasa mengharapkan suaminya memahami dirinya dengan cara suami mendengar keluhannya, bersimpati terhadap perasaannya dan membantunya di saat isteri menguruskan hal rumah tangga.
6. Beri perhatian terhadap isteri
Cinta adalah memberi. Pemberian cinta yang pertama adalah perhatian. Sifat semula jadi wanita adalah mereka sangat menghargai setiap waktu yang mereka luangkan bersama suami selain menginginkan perhatian dan fokus sepenuhnya daripada suami. Misalnya saat penampilan isteri berubah dengan mencantikkan dirinya untuk kebahagiaan suami, isteri sangat mengharapkan suami memberikan perhatian terhadap perubahan tersebut dengan respons yang positif. Namun jika suami ambil sambil lewa, isteri merasakan yang dirinya tidak diendah dan terabai. Oleh itu berilah perhatian terhadap isteri walaupun sekejap kerana perhatian ini akan memberi makna yang cukup besar dalam dirinya.
7. Sentiasa hulurkan bantuan
Walaupun isteri memiliki kemampuan yang luar biasa iaitu ‘multitasking’, namun isteri bukanlah seorang ‘superwoman’ yang sanggup mengharungi pelbagai perkara tentang perihal rumah tangga seorang diri. Walaupun isteri mungkin jarang mengeluh atau meminta pertolongan suami untuk menguruskan kerja-kerja rumah, ketahuilah bahawa bantuan-bantuan kecil yang suami hulurkan akan membuatkan hati isteri gembira dan rasa bertuah memiliki anda sebagai insan istimewanya.
8. Mampu merendahkan ego
Jadilah seorang suami yang dapat merendahkan diri, adil dan sopan dalam melayani isteri. Lelaki sememangnya tidak dapat lari daripada memiliki sifat ego yang tinggi. Namun jangan disebabkan anda ketua keluarga, anda menjadi seorang yang kasar, ego, angkuh dan zalim terhadap isteri. Sentiasalah lemah lembut dalam setiap ungkapan dan tindakan serta jagalah hati isteri agar rumah tangga yang dibina sentiasa mendapat keberkatan.
9. Memiliki sifat humor
Rumah tangga yang sentiasa serius tanpa gelak ketawa tentu membosankan. Ketahuilah bahawa sifat humor merupakan cara yang terbaik untuk memberikan keceriaan dan mengurangkan ketegangan dalam hubungan suami isteri. Sememangnya wanita menyukai lelaki yang memiliki sifat humor sehingga mampu membuatkannya ketawa. Secara tidak langsung gelak ketawa boleh merapatkan lagi hubungan anda berdua.
10. Terima isteri seadanya
Tiada pasangan yang tidak dilanda masalah dalam hubungan rumah tangga kerana manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Isteri akan rasa bahagia jika suami dapat menerima diri dia seadanya dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Kekurangan dan kelemahan isteri itu bukanlah untuk dihakimi sebaliknya anda sebagai suami haruslah berusaha membaiki kelemahan tersebut ke arah yang lebih baik.
11. Ingat setiap momen penting
Ini yang sering diabaikan oleh kebanyakan suami iaitu sering melupakan tarikh-tarikh penting anda berdua. Wanita sememangnya seorang yang teliti. Setiap saat yang menggembirakan akan diingati malah hatinya akan gembira jika suaminya turut sama mengingati saat tersebut kerana ia akan rasa dihargai dan disayangi. Oleh itu pastikan suami membuat ‘reminder’ pada telefon anda tentang tarikh-tarikh penting ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah ketiak hitam mesti buat ramai yang malu dan tak confident dengan diri sendiri kan?
Sebenarnya masalah ni bukannya di alami oleh korang je tapi hampir semua wanita di dunia ni! Kulit ketiak menjadi hitam akibat mencukur atau mencabut bulu ketiak, dan ianya mungkin juga disebabkan oleh bahan kimia yang terdapat di deodorant yang digunakan.
Kalau nak memutihkan ketiak hitam, korang tidak perlu menggunakan produk yang mahal tetapi hanya memerlukan baking soda untuk memutihkan ketiak secara semulajadi.
Berikut adalah cara nak putihkan ketiak secara semulajadi :
Cara 1:
Campurkan 1 sudu teh baking soda dengan air secukupnya. Campur keduanya sampai berbentuk scrub. Kemudian, sapu campuran tersebut 2x sehari setelah mandi. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Sapuan baking soda membantu untuk membuang sel kulit mati pada ketiak menjadikan ketiak lebih putih. Bilas dengan air bersih.
Amalkan rutin tersebut sehingga ketiak menjadi putih. Apabila kulit ketiak sudah putih, hentikan rutin tersebut kerana pemakaian baking soda yang berlebihan akan membuat keradangan kulit.
Cara 2:
Campurkan dengan 1 sudu teh baking soda bersama dengan cuka atau perahan lemon/limau nipis. Seterusnya, sapu campuran tersebut pada ketiak, biarkan selama 15 minit hingga setengah kering.
Gosok ketiak korang sampai butiran baking soda dan cuka atau perahan lemon/limau nipis bercampur dengan kotoran ketiak. Kotoran ketiak yang terhasil sebenarnya adalah sel kulit mati.
Setelah itu, bilas dengan air bersih. Amalkan rutin tersebut sehingga ketiak menjadi putih. Apabila kulit ketiak sudah putih, hentikan rutin tersebut kerana pemakaian baking soda yang berlebihan akan membuat keradangan kulit.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
PEMAJU TAK BAIKI KEROSAKAN RUMAH ANDA DENGAN BAIK? INI PUNCANYA DAN SOLUSI TERHADAP MASALAH TERSEBUT.
Penat menunggu rumah baru siap, sekali hampa dengan struktur yang dibuat secara sambil lewa. Anda sebagai pemilik mempunyai hak untuk menuntut apa yang sepatutnya menjadi hak anda. Ikuti perkongsian Salkukhairi Abd Sukor merupakan Peguam Hartanah Rakyat, berkongsi tindakan yang wajar anda ambil apabila terjadi masalah sedemikian.
1. Saya sering menerima rungutan daripada pembeli-pembeli rumah baru yang pemaju gagal baiki kerosakan rumah mereka sebagaimana yang dikehendaki. Ada yang mendakwa pemaju macam buat acuh tak acuh dengan aduan kerosakan yang mereka buat, lambat baiki kerosakan yang diadukan, baiki sikit kemudian rosak balik dan banyak lagi lah ketidak puasan hati yang diluahkan oleh mereka kepada saya.
2. Saya agak hairan juga kenapa boleh jadi begitu. Sebab berdasarkan pengalaman saya setakat ini menguruskan aduan-aduan tuntutan kerosakan rumah client saya yang dalam tempoh liabiliti kecacatan dengan pemaju, bolehlah dikatakan, kesemua pemaju telah membaiki kerosakan yang di adukan dengan baik sekali. Dan Alhamdulillah semua klient berpuas hati.
3. Dan setakat kes yang saya kendalikan, tiada lagi aduan yang dibuat berakhir dengan tindakan pemfailan tuntutan di Tribunal Pembeli Rumah atau pemfailan tuntutan sivil di mahkamah. Jadi, dapat menjimatkan kos guaman. Saya optimis, tiada sebab mengapa pemaju sengaja tidak mahu membaiki kerosakan tersebut. Kerana ianya akan memberi kesan terhadap reputasi dan bisnes pemaju itu sendiri. Melainkan memang anda beli rumah dengan pemaju kaki scammer. Itu memang silap anda lah sebab tak siasat betul-betul latar belakang pemaju sebelum beli rumah yang dibina oleh mereka.
4. Lagipun, segala kos pembaikan telah diambil kira dalam harga rumah yang dijual. Bahkan pemaju sendiri akan memotong wang pertaruhan yang dipegang daripada kontraktor yang dilantik jika terdapat kerosakan yang gagal dibaiki oleh kontraktor tersebut. Bagi saya, kalau pemaju tak baiki tu, mesti ada sebab-sebab lain yang menjadikannya begitu.
5. Maka, setelah saya selidiki, rupa-rupanya antara sebab kenapa kerosakan tersebut tidak dibaiki oleh pemaju sebenarnya banyak disumbangkan oleh kesilapan pembeli sendiri dalam membuat tuntutan atau aduan kerosakan.
6. Di antara kesilapan yang biasa dilakukan oleh pembeli adalah aduan kerosakan yang dibuat tidak jelas dan mengelirukan serta tidak mengikut prosedur aduan yang sebenar.
7. Saya dapati kebanyakan pembeli hanya menggunakan borang aduan kerosakan yang diberikan oleh pemaju semata-mata untuk mengemukakan aduan kerosakan. Disebabkan ruangan yang disediakan dalam borang tersebut terhad, jadi kebanyakan pembeli terpaksa menulis setiap aduan kerosakan tersebut secara ringkas dan cincai sahaja. Ada yang saya dapati tulisan mereka macam cakar ayam sahaja. Dan disebabkan itulah, terdapat kekeliruan kepada kontraktor atau team teknikal pemaju untuk membaiki kerosakan tersebut.
8. Biasalah, team teknikal pemaju juga manusia biasa. Jika urusan mereka dipermudahkan, mereka pun akan rasa bersemangat untuk buat kerja dengan baik. Tetapi kalau aduan tak jelas atau main cincai sahaja, macam mana mereka nak baiki kerosakan tersebut dengan baik. Mereka mungkin faham lain, sedangkan aduan yang dibuat oleh pembeli adalah sebaliknya.
9. Jadi solusinya, gunakan format aduan kerosakan sendiri. Tak perlu pakai borang aduan yang disediakan oleh pemaju tersebut. Senaraikan satu persatu kerosakan yang ingin diadukan mengikut setiap bahagian rumah tersebut. Jangan campur adukkannya sekali.
10. Misalnya, kerosakan di bahagian porch, senaraikan dalam 1 atau 2 muka surat, kemudian disusuli dengan bahagian ruang tamu yang mana setiap kerosakan tersebut disenaraikan dalam 1 atau 2 muka surat yang lain. Begitulah seterusnya. Lebih baik lagi kalau anda boleh ambil gambar setiap kerosakan yang diadukan tersebut untuk memudahkan rujukan kontraktor atau team teknikal pemaju. Lampirkan setiap gambar tersebut dalam senarai aduan kerosakan yang dibuat.
11. Dan satu lagi, tidak semestinaya anda kena serahkan aduan kerosakan tersebut kepada pemaju pada hari yang sama anda terima kunci / terima serahan milikan kosong rumah tersebut daripada pemaju. Ingat! Anda ada masa 24 bulan untuk membuat aduan kerosakan kepada pemaju. Jadi tidak perlu tergesa-gesa. Ambil masa untuk check setiap kerosakan pada rumah tersebut secara terperinci. Bila dah siap barulah anda hantar aduan kerosakan tersebut sekali gus kepada pemaju. Elakkan daripada anda hantar aduan secara beransur-ansur atau sedikit-sedikit, melainkan kerosakan tersebut berlaku selepas beberapa lama daripada tarikh serahan milikan kosong dibuat. Ini bertujuan untuk memudahkan team teknikal pemaju untuk melakukan kerja-kerja pembaikan kerosakan pada rumah anda tersebut sekaligus.
12. Satu perkara yang anda perlu faham juga adalah, aduan kerosakan ini perlu dihantar secara bertulis menggunkan surat rasmi (cover letter) nama anda atau peguam anda (jika menggunakan khidmat peguam). Kalau boleh biarlah bertaip. Dan ianya perlu dihantar secara pos berdaftar atau serahan tangan sahaja kepada pemaju. Jangan gunakan email atau whatsapp untuk hantar aduan kerosakan kepada pemaju. Cara tersebut tidak betul mengikut peruntukan yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli dan Akta Pemajuan Perumahan. Jadi jika pemaju tidak baiki kerosakan tersebut, janganlah salahkan mereka sebab anda sendiri pun hantar aduan kerosakan macam tak serius sahaja melalui email atau whatsapp.
13. Dan sekiranya anda tidak yakin macam mana untuk membuat dan menghantar tuntutan kerosakan yang betul terhadap pemaju, anda boleh sahaja dapatkan bantuan atau khidmat daripada pakar seperti peguam hartanah yang berpengalaman dan sebagainya. Insya Allah mereka boleh membantu anda.
Sila LIKE, SHARE dan KOMEN yang murni-murni sahaja. Moga ramai dapat manfaat daripadanya, Insya Allah
Terima kasih
SALKUKHAIR ABD SUKOR
Peguam Hartanah Rakyat
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penghujungnya, ikatan perkahwinan Datuk Red dan Adira Suhaimi terlerai jua selepas Datuk Seri Adnan Abu melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.