Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.
Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit.
Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman ini, bukan sekadar kekal jelita tapi juga bagus untuk kesihatan dalaman kaum wanita.
1. Rebusan serai & halia
- Bahan-Bahan: 3 batang serai dan 4cm halia 2 ketul
- Cara-Cara: Kedua-dua bahan ini perlu diketuk. Direbus (dalam stainless steel pot) dengan 3 gelas air (purified water) dijadikan sehingga 1 gelas air. Minum Suam. Jangan gunakan air paip atau air paip yang di masak. Seminggu 2/3 kali.
- Khasiat kesihatan:
Elok bagi yang sering letih dan lenguh-lenguh badan, kolestrol tinggi & sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan siang.
2. Rebusan sireh
- Bahan-Bahan: Daun sireh 3 atau 5 helai.
- Cara-Cara: Direbuskan (dalam stainless steel pot) dengan 3 gelas air (purified water) Jadikan 1 gelas. Jangan gunakan air paip atau air paip yang di masak. Minum Suam. Tambahan: Campur bunga cengkih 3 kuntum dan sedikit serbuk kayu manis.
- Khasiat kesihatan:
Hilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.
Amalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.
3. Rebusan sireh & daun inai
- Bahan-Bahan: 3 ke 5 helai daun sireh dan segenggam daun Inai
- Cara-Cara: Direbus (dalam stainless steel pot) dgn 3 gelas air tapisan (purified water) dan jadikan sehingga 1 gelas air. Jangan gunakan air paip atau air paip yang dimasak. Minum bila sudah suam.
- Khasiat kesihatan:
Sesuai bagi perempuan yang mengalami keputihan dan banyak lendiran yg berbau. Elok diamalkan selepas haid.
4. Rebusan halia, serai, cengkih & kunyit
- Bahan-Bahan: 2/3 batang serai di ketuk, 3cm halia (tua/muda) di ketuk, 2cm kunyit di ketuk, sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih /bunga lawang, daun pandan sehelai, sedikit Madu Susu (Raw Honey)
- Cara-Cara:
Di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid, sebulan sekali. - Khasiat kesihatan:
Mewangikan kewanitaan anda dan menyegarkan badan.
Macam mana kaum wanita? Ruginya kalau anda tak amalkan minuman sihat ini. Elok amalkan resepi dan ramuan di atas mengikut kesesuaian badan anda. Tak perlu di ambil setiap hari.
Amalan berkhasiat ini bagus untuk penjagaan kesihatan terutama bagi yang mahu menjaga dalaman badan, segarkan urat saraf serta membuang toksik dan lemak dalam tubuh.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI