Rahim yang sihat penting agar wanita sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang optimum. Ia bukan sahaja penting untuk reproduktif, malah untuk kitaran haid dan juga hubungan kelamin agar kebahagiaan dan ketenangan dalam rumah tangga dapat dicapai.
Rahim merupakan sistem reproduksi wanita iaitu ruang untuk embrio atau janin berada apabila persenyawaan telah berlaku. Secara amnya, rahim terdiri daripada tiga lapisan iaitu:
Perimetrium
Myometrium
Endometroium
Kedudukan dan lapisan rahim
Wanita mempunyai hormon-hormon reproduktif dan di antaranya ialah hormon Estrogen selain Progesteron, Folikel Stimulating Hormon (FSH) dan Luteinizing Hormon (LH). Estrogen amat penting untuk pembentukan ciri-ciri perkembangan seksual pada wanita seperti pembentukan payudara, bentuk tubuh badan serta kitaran haid dengan membentuk ketebalan endometrium (dinding rahim), menjaga kualiti dan kuantiti cairan serviks serta faraj sehingga sesuai untuk penetrasi sperma.
Purata ketebalan lapisan endometrium ialah 5 mm selepas kedatangan haid dan meningkat semasa kehamilan sekurang-kurangnya 8 mm untuk menerima implantasi janin dan menyokong bayi yang semakin meningkat di peringkat akhir kehamilan.
Jika lapisan ini menjadi nipis, ia menjadi sukar untuk embrio implantasi ke endometrium atau dinding rahim. Penipisan mungkin berlaku hasil daripada ketidakseimbangan hormon dalam pelbagai peringkat umur wanita.
Pengecutan endometrium biasanya terjadi di kalangan wanita selepas usia 40 tahun. Doktor akan memberikan preskripsi untuk melihat perubahan kepada endometrium. Jika sebaliknya berlaku, ini bermakna terdapat bekalan darah yang tidak mencukupi atau kerosakan kepada tisu telah berlaku.
PUNCA LAPISAN ENDOMETRIUM NIPIS
Penipisan lapisan endometrium merupakan masalah yang serius daripada pandangan pakar sakit puan. Berikut adalah antara punca lapisan endometrium nipis.
Ads
Hormon estrogen rendah Dalam perimenopausal (wanita berhampiran dengan usia menopaus) dan putus haid (wanita yang telah melintasi umur menopaus), terdapat tahap yang tidak mencukupi estrogen dan biasanya berlaku di kalangan wanita 40-an dan ke atas. Oleh itu, ia juga punca tahap kesuburan wanita semakin menurun selepas 35 tahun. Manakala wanita muda yang mempunyai tahap hormon estrogen rendah dan lapisan nipis pada kebiasaannya akan mengalami amenorea (ketiadaan haid) atau kurang darah haid.
2.Jangkitan dan penyakit keradangan pelvis
Jangkitan bakteria kronik, penyakit kelamin dan penyakit keradangan pelvis boleh menyebabkan keradangan berterusan yang membawa kepada parut pada lapisan endometrium.
Prosedur pengkuretan
Ini satu prosedur di mana lapisan fungsi endometrium dicuci dan dikeluarkan selepas kes-kes keguguran. Jika dilakukan beberapa kali boleh merosakkan rongga dan dinding rahim. Dalam kes ekstrem, wanita tidak akan mengalami haid langsung dan kemudian akan mengalami masalah ketidaksuburan.
Tisu parut dan melekat kerosakan
Kerosakan dan parut endometrium juga berlaku dalam keadaan seperti penyakit keradangan pelvis, pembedahan organ pembiakan, laparoskopi atau pembedahan caesearian.
Penggunaan clomid yang berlebihan
Clomid adalah ubat yang merangsang ovulasi dalam membantu pasangan yang cuba untuk hamil. Ubat-ubatan ini boleh menyebabkan penipisan lapisan endometrium kerana ia adalah antiestrogen (aktiviti mengawal estrogen). Penggunaan clomid yang lama boleh menyebabkan endometrium tidak berkembang.
TANDA DAN GEJALA PENIPISAN ENDOMETRIUM
Tiada tanda-tanda khusus yang berkaitan dengan penipisan lapisan endometrium. Namun, terdapat beberapa simptom yang telah dikenal pasti antaranya ialah:
Ads
Ketidaksuburan
Kitaran haid yang tidak normal
Sakit ketika datang haid
Ketebalan endometrium dengan mudah boleh didiagnosis menggunakan ultrasound yang dilakukan pada hari ke-10 hingga ke-12 kitaran haid. Ketebalan endometrium yang sihat adalah lebih daripada 7 mm.
Oleh itu, amat penting bagi wanita memastikan kesihatan yang baik. Jika ada sebarang keraguan atau kesangsian, berjumpalah dengan doktor agar sebarang isu boleh dirawat pada peringkat awal. Amalkan pemakanan yang baik serta senaman untuk penjagaan diri. Sayangi diri dengan mengutamakan kesihatan rahim anda.
Ketebalan endometrium normal.
Ads
Ketebalan endometrium setelah menopaus.
Sistem reproduksi wanita di usia muda berbanding meningkat usia.
FOTO: KOLEKSI METRO IVF
Dr Tee Swi Peng
Perunding Kesuburan
Metro IVF, Setiawalk Puchong
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam rumah tangga penting untuk adanya perencah pemikat agar hubungan suami isteri kekal bahagia. Bukan hanya isteri saja yang perlu pikat suami, suami juga haruslah bijak memikat hati isteri agar cinta anda berdua sentiasa membara.
Suami jangan hanya tahu nak pikat isteri ketika zaman bercinta saja tapi bila dah kahwin, tip memikat tu dah tak ada. Perkongsian lelaki bernama Raja Shamri ini tentang tip memikat isteri boleh suami jadikan panduan. Semoga perkara-perkara sweet yang suami lakukan ini menjadikan rumah tangga anda berdua lebih bahagia.
Tips memikat isteri :-
Bangun awal pada isteri
Kejut isteri bangun tahajud
Kejut isteri bangun subuh
Imamkan solat selalu
Baca doa untuk isteri salam cium dahi
Mintak maaf sebelum tidur atas segala nafkah yg terkurang setiap hari
Tolong masukkan baju kotor sendiri dan anak2 dlm bakul / washing machine… jgn main campakk je …
Tolong basuh pinggan
Tolong jangan baring buat bodoh je masa isteri penat kat dapur atau uruskan anak2
Tolong mandikan anak2 / mandi sama dgn anak2
Tolong pakaikan baju anak sikat rambut anak2
Tolong ajar anak mengaji
Tolong teman anak2 buat kerja sekolah / membaca
Pimpin tangan isteri shopping walaupun hanya barang dapur atau beli barang pasah kat pasar tani
Tolong jemur kain biarlah tak basuhpun
Tolong picit kaki isteri dan tangan dia sebelum tidur dan cakap “thank you”… “I love you”
Hormat ibubapa isteri
Ngam dgn bapak isteri (mertua suami)
Jangan biadap dengan orang tua atau sesiapapun
Jangan ganas dan darah panas (isteri suka lelaki yg sopan tapi tegas)
Tegas dalam buat keputusan
Meminta maaf bila buat salah dan mengaku kesilapan
Tolong lah bersihkan badan dan berbau harum
Jangan boros… pikirlah masa depn
Jangan kedekut
Tolong cukur kemas janggut dan misai (termasuk bulu ketiak)
Potong kuku please
Jangan tinggal solat…
Ajar dan didik isteri tentang agama
Ajak isteri pergi dengar kuliah sama2
Tolong lipat selimut dan kemas cadar
Sabar bila isteri membebel
Jangan kutuk masakan isteri
Sokong hobi isteri (tanam bunga / crostige etc.)
Tolong vacum karpet
Tolong tukar mentol yang padam
Tolong mesin rumput di halaman rumah
Tolong drill and gantung gambar2
Tolonglah jgn tinggikan suara di khalayak ramai
Panggillah dengan panggilan yg isteri suka
Jangan bandingkan isteri dengan kekasih lama / jiran / staff pejabat / isteri orang lain
Belikanlah hadiah walaupun murah
Suka bersedekah
Suka bantu orang susah
Mandi sama2
Solat sama2
Bincang dulu sebelum buat major decision
Selalu buat surprise yg isteri suka
Tolong isteri masak walaupun hanya potong bawang
hemmmmm …
Banyak lagilahhhhhh rasanya …
TAPIKAN… SEKIRANYA SUAMI ISTERI ITU PAHAM, SEMUA PERKARA DI ATAS TAK PERLU TIMBUL… SEBAB MATLAMAT PERKAHWINAN IALAH NAK CARI REDHA ALLAH…
Jangan terlalu meminta semua perkara di atas dilakukan suami anda untuk anda kerana bila suami anda tak lakukannya maka pada masa itulah IBLIS AKAN MASUK untuk merasuk fikiran kaum ibu / isteri-isteri di luar sana untuk mula membenci / sakit hati / demand / komen suami masing-masing.
Sedangkan Allah itu maha agung maha pengasih maha pengampun… mana ada lelaki dan perempuan yg sempurna.
Carilah kebaikan dalam diri suami masing2 bukan kelemahan. InsyaAllah… kalian berdua akan mendapat redha Allah.. rumah tangga bahagia kekal selama2nya..
Jangan cari kelemahan pasangan anda!
Cari kebaikan pasangan anda dan perbaiki kelemahan diri masing-masing.
Wallahu‘alam!!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi kebiasaan pada hari Isnin dan khamis untuk sesiapa jua untuk merebut pahala berpuasa sunat. Malah ada yang berpakat di kalangan teman sepejabat. Niat ini sungguh murni namun perlu dingat bagi wanita yang sudah berkahwin hendaklah meminta keizinan dari suami terlebih dahulu, untuk berpuasa . Jika tidak diizinkan oleh suami, ibadah ini tidak boleh dilakukan.
Kenapa?
Sabda Rasulullah saw;
Seorang wanita tidak boleh berpuasa walau pun satu hari dalam keadaan suaminya berada di rumah kecuali dengan izin suaminya. Melainkan pada bulan Ramadan.
Hadis riwayat Bukhari, Muslim dari Abu Hurairah.
Keperluan mendapatkan izin
Imam Nawawi menjelaskan suami berhak mengajak isterinya jimak bila-bila masa dan pada hari apa sahaja, dan haknya itu wajib dipenuhi oleh isterinya ketika itu juga, dan tidak boleh ditangguhkan oleh kerana amalan sunat.
Dalam hal ini isteri perlu meminta izin terlebih dahulu bagi memastikan suami tidak berhasrat kepada isteri yang tentunya akan membatalkan puasa sunat jika suami meminta dilayani keperluan batinnya pada siang hari.
Selain itu keizinan untuk berpuasa sunat ini juga perlu sebagai satu bentuk penghormatan kepada suami sebagai ketua keluarga
Adakah suami boleh menghalang isteri daripada menziarahi ibu bapanya?
Secara adab dan akhlaknya suami hendaklah membenarkan isteri menziarahi ibu bapanya kerana itu adalah tanda suami menghormati ibu bapa mertuanya, dan supaya hubungan ibu bapa dan menantu berada dalam keadaan harmoni dan baik.
Jika mertua terpaksa bergantung hidup dengan anak perempuannya yang telah berkahwin, suami hendaklah memberi izin kepada isteri untuk menziarahi dan berkhidmat kepada ibu bapanya tanpa menjejaskan hak suami. Jika ia tidak memberi izin tanpa sebab yang munasabah ia berdosa dan jika isteri melanggarnya sebahagian ulama berpandangan isteri tidak dikira nusyuz ketika itu.
Hukumnya harus, jika isteri memberi belanja dari duitnya sendiri kepada ibu bapanya sekalipun tidak ada izin suami namun eloklah ia meminta izin suaminya sebagai tanda hormat kepada suami.
Sebenarnya dalam kehidupan suami isteri, apa yang penting adalah persefahaman dan saling hormat menghormati dan faham akan situasi isteri dan suami supaya kehidupan berumah tangga aman dan harmoni.
Oleh: Ustaz Azhar Tuarno
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!