Siapalah yang tak gembira apabila disunting lelaki yang ingin menjadikannya isteri yang halal. Bukan kenal sehari dua tetapi sudah bertahun-tahun lamanya. Tentulah masing-masing sudah tahu hati budi dan bersedia untuk menuju ke gerbang perkahwinan.
Namun, benarlah bahawa manusia ini hanya mampu merancang. Allah yang maha berkuasa untuk menentukan perjalanan kehidupan hambaNya. Tular di media sosial mengenai seorang wanita yang ditinggalkan ‘bakal suami’ sehari sebelum majlis akad nikah. Segala persiapan sudah siap, hanya menunggu hari bahagia.
Menggunakan nama akaun @sulongnakal09 di platform Tik Tok, Sulong hanya mampu menangis mengenangkan keadaan dirinya yang sudah membuat persiapan lengkap. Inai juga sudah dilukis di kedua-dua belah tangan, cantik dan merah warnanya. Sama seperti persiapan bakal pengantin lain, Sulong sendiri sudah membawa busana pengantin ke rumah untuk kedua-dua mempelai.
Maka, tergantung rapi busana persandingan rona putih yang diharapkan dapat di sarung pada hari bahagia. Mengenai jejaka tersebut sejak 2019, Sulong hanya mampu mendoakan yang terbaik buat lelaki itu.
Mungkin jodoh tidak kesampaian buat wanita ini. Pesona Pengantin mendoakan mudah-mudahan Sulong dapat meneruskan kehidupan dan bertemu dengan lelaki yang lebih membahagiakan di dunai dan akhirat. Buat lelaki tersebut, semoga yang baik-baik sahaja buat anda…
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI