Isteri mana yang tak melompat bila ada ‘gangguan’ dalam rumahtangga. Selama tujuh tahun mengenali suami, Eboy Arbain belum pernah lagi ada orang yang datang mengganggu. Tidak cepat melatah, Asyalliee cuba bertindak dengan caranya tersendiri.
Berkongsi kisah tentang orang ketiga yang merupakan bekas teman wanita suaminya ketika di zaman sekolah, Asyalliee sendiri terkejut kerana ia berlaku pertama kali.
“Dalam banyak-banyak lelaki dalam Malaysia, laki orang juga yang nak dikacau. Selama tujuh tahun I kenal laki I, ini kali pertama rumahtangga I kena kacau. Ingatkan perempuan lain. Rupa-rupanya ex-girlfriend laki I.”
Baca juga artikel “Layan Isteri Bagai Permaisuri, Barulah Suami Dilayan Seperti Raja.” Asyalliee ‘Warning’ Suami Yang Cari Lain. – Pesona Pengantin
Seronok mendengar celoteh Asyalliee yang berbual dalam loghat utara, Asyalliee begitu bersahaja bercerita sambil menyolek dirinya. Apa yang dikongsikan itu diharap boleh dijadikan pengajaran kepada wanita-wanita lain di luar sana.
Menurut Asya, semuanya bermula selepas suaminya Eboy menerima DM (direct message) di laman sosial peribadi.
Mengakui dia ‘berlakon’ sebagai suaminya, Asyalliee tetap melayani wanita yang mengganggu suaminya dan dari situ, ada penegasan yang dilakukan Eboy bagi menyekat terus kisah yang sedang berlaku.
Tidak mahu melanjutkan lagi perkara ini, suami Asya mengambil keputusan untuk berterus terang sahaja. Seperti yang dinyatakan Asya, kenapa perlu menghubungi suaminya lagi sedangkan sudah tahu Eboy sudah berkeluarga? Kenapa tidak bertanyakan tentang isteri dan anak-anaknya jika hanya ingin berkawan?
Apabila Asya cuba membuat carian namanya di akaun Instagram, rupa-rupanya Asya sudah di block namun si dia masih mengikuti akaun Instagram Eboy. Memang patutlah apa yang Asya lakukan demi mempertahankan rumahtangga. Tindakan awal begini sekurang-kurangnya boleh juga mengelakkan daripada berlakukan perkara yang tidak diingini.
Asyalliee Ahmad merupakan seorang Influencer dan usahawan kosmetik jenama Loveliee beauty dan Asyalliee Group.