Memilih jalan ‘saham akhirat’, penyanyi, Ezlynn izinkan suami kahwin lagi dengan seorang doktor berusia 26 tahun di Perlis pada Mac tahun lalu.
Pelantun lagu Hi Hi Bye Bye ini atau nama penuhnya, Azline Ariffin, juga mengungkapkan bahawa statusnya kini berubah menjadi isteri pertama setelah suaminya menceraikan dua isteri terdahulu.
Dalam kenyataan yang dibuat, Ezlynn menjelaskan bahawa meskipun dia yang mengusulkan untuk mencari madu bagi suaminya, namun akhirnya suaminya telah membuat keputusan sendiri.
Dia yang kini berusia 42 tahun, menyatakan bahawa walaupun inisiatif pencarian madu tersebut datang daripada dirinya, dia akhirnya menerima keputusan itu dengan hati terbuka.
Sebelum ini, Ezlynn telah berkahwin dengan Adam Fahmy pada tahun 2011, tetapi perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada tahun 2017.
Setelah empat tahun menjalani kehidupan solo, Ezlynn kemudian memutuskan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai poligami melalui ceramah agama yang menyentuh hatinya.
“Kalau ikutkan saya yang keluarkan kenyataan nak carikan madu untuk suami tapi tak jumpa calonnya. Dia akhirnya cari sendiri dan bagi saya baguslah kerana kena dengan cita rasanya.
“Kami dah dipertemukan oleh suami semasa sesi taaruf (berkenalan). Saya letakkan syarat kepada suami supaya jangan halang aktiviti saya di media sosial kerana ia adalah platform untuk berniaga dan sebagainya.
“Orang suka tengok aktiviti dan peribadi artis di situ. Suami boleh terima permintaan ini,” katanya.
Ezlynn berkahwin dengan Wan Mohd Hafizam yang juga penderma hati pertama negara pada 11 September 2021. Kemudian tampil memberitahu mahu mencari madu atau ‘isteri baharu’ untuk suaminya lagi sekali gus mencukupkan empat sebagai saham akhirat buatnya.
“Rasional saya carikan isteri untuk suami ialah saya seorang yang sibuk dengan kerja. Pergi ‘travel’ lama-lama rasa tak senang hati dan tak boleh duduk diam.
“Sekurang-kurangnya ada seorang isteri yang jaga senang juga, saya boleh fokus pada kerja. Dari dia buat tak elok baiklah kahwin. Kita pun dapat berkat, pahala dan rezeki.
“Tak dinafikan ada wanita yang marahkan saya tapi saya cakap suami bukan milik saya sahaja. Ia hak dan milik Allah. Kalau benda ini boleh mengharmonikan, bagus. Kalau tak sesuai carilah solusi lain yang terbaik,” katanya.
Ezlynn sebelum ini pernah berkahwin dengan Adam Fahmy yang juga bekas pengurus peribadinya pada 20 November 2011, namun bercerai pada 23 Oktober 2017.
Menurutnya, selepas empat tahun solo, dia mendengar ceramah agama yang menyentuh hatinya.
“Kata ustaz, wanita nak masuk syurga senang saja iaitu dengan jadi isteri yang taat. Itu yang saya buat keputusan ini termasuk berpoligami.
“Tapi poligami bukan untuk semua wanita. Kalau isteri tak boleh terima, janganlah kerana akan jadi mental pada isteri dan anak.
“Saya tetapkan pada suami agar buat penggiliran pada kami berdua setiap tujuh hari. Ikutkan tiga hari penggiliran tapi kasihan pula kerana madu saya tinggal di Perlis.
“Insya-Allah saya akan pindah ke Changlun, Kedah apabila semua urusan membabitkan rumah dengan bekas suami selesai,” katanya.
Tak semua orang boleh membuat keputusan seperti ini, jadi kalau anda mampu bersabar dan memandang dari sudut positif, insya-Allah akan reda.