Hubungan

Faham Noniswara Sunyi, Erysha Emyra Terbuka Kalau Ibu Nak Kahwin

Share

Pelakon wanita, Erysha Emyra memilih bersikap terbuka jika ibunya, Datin Seri Noniswara mahu kahwin lagi sebab faham keadaannya.

Mengakui tidak tahu menahu mengenai perkongsian dibuat ibunya yang mendedahkan ada menerima lamaran lelaki ingin mengenali hati budinya.

Erysha Emyra Faham Ibu Sunyi

Menurut Erysha, 25, dia bagaimanapun memahami perasaan ibunya yang mungkin kesunyian selepas pemergiaan suami tercinta iaitu Allhayarham Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad setahun lalu.

Sebenarnya saya tak perasan pun perkongsian dia. Saya tak nak komen banyak, tapi saya tahu mungkin hati dia masih sedih. Kadang-kadang dia telefon anak-anak, kata rasa sunyi.

Sebab sebelum ini dia memang selalu luangkan masa dengan suaminya. Sekarang dia cuba untuk sibukkan diri dengan keluar dengan anak-anak dan kawan. Kadang-kadang dia sibukkan diri dengan buat kerja di rumah.

Erysha berkata demikian ketika ditemui di sidang media tiga buah drama terbitan Astro iaitu Curang Tanpa Niat, Rahsiamu Selamat Denganku dan Opis Politik di Zebra Square, Kuala Lumpur.

Terbuka Kalau Ibu Nak Kahwin

Berkongsi lanjut, pemenang trofi Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 36 berkata, dia dan adik-beradiknya terbuka sekiranya ibu mereka mahu mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Sudah tentu (izinkan kahwin) sebab kita dalam dunia ini siapa kan, siapa kita untuk menolak jodoh.

Kalau memang betul ada jodoh, ada orang datang melamar dan nak jaga dia, siapa kita untuk menolak.

Cuma anak-anak nak kenal dulu, dia kena bawa jumpa kita dan duduk sama-sama. Kalau kami rasa okay, okay lah.

Sedang Sesuaikan Fasa Baharu

Dalam pada itu, Erysha juga memberitahu ibunya kini melalui fasa yang berbeza dan sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.

Kami ada berkongsi cerita, dia cerita dekat saya macam mana perasaan dia sekarang. Saya rasa makin lama, dia dah okay dan menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.

Kita tahu dia pernah bercerai, tapi ini kali pertama dia kehilangan suami disebabkan kematian, jadi benda itu berbeza untuk dia. Saya rasa dia melalui fasa yang berbeza.

Begitulah cerita tentang emosi dua beranak ini selepas kematian orang tersayang iaitu suami kepada Datin Seri Noniswara.

Sumber gambar: Noniswara

Published by
Nadia