Fahami 6 Rahsia Ini Kalau Nak Kurus Tanpa Diet! Jika Ikut, Boleh Dapat Berat Badan Ideal

Share

Mempunyai berat berat badan yang berlebihan adalah mimpi buruk bagi setiap wanita. Tambahan pula buat anda yang sedang menghitung hari untuk menempuh hari bahagia. Rela diet bermati-matian demi mendapatkan berat badan ideal agar nanti ketika menyarungkan baju pengantin terletak cantik di tubuh.

Satu hal yang perlu anda fahami, diet bukan bermakna anda harus memotong setiap hidangan makanan, namun paling penting anda bijak mengatur apa yang anda makan. Jadi, diet itu ialah memilih mana yang baik untuk tubuh dan menjauhi apa yang boleh memberikan kesan buruk apabila diambil.

Tanpa diet khusus dan ekstrem, anda masih boleh menjaga badan agar kekal ideal. Di bawah ini merupakan beberapa penjelasan yang mana anda mungkin boleh berdiet tanpa dibebani dengan terma diet itu sendiri.

1. PILIH MAKANAN ISTIMEWA HANYA DI HARI ISTIMEWA

Anda boleh cheat day ketika hari-hari istinewa, misalnya makan donut dan kek ketika majis ulang tahun. Namun diingatkan cheat day itu hanya dibuat untuk majlis itu sahaja dan bukannya di hari ulang tahun semua teman-teman anda. Di hari-hari biasa, anda boleh meneruskan pengambilan makanan sihat seperti biasa.

2. BANYAK BERBUAL KETIKA MAKAN

 Kalau nak kurus tanpa diet, jangan makan seorang diri. Usahakan untuk anda mencari teman makan agar ketika di hadapan makanan, anda boleh terganggu dengan berbual bersama teman. Ini kerana semakin banyak yang anda berbual maka proses makan anda akan menjadi semakin lambat. Ini secara tidak langsung membuatkan anda makan sedikit.

3. JANGAN MEMUSUHI COKLAT

Kajian yang dilakukan di University of Toronto mengatakan gadis yang menghindari coklat selama seminggu akan membuatkan anda semakin mengidamkannya, malah akan makan lebih banyak lagi coklat. Kajian lainnya pula mengatakan, jika anda melarang diri daripada makan coklat dan berusaha untuk tidak memikirkan tentang coklat, anda akan semakin obsesi dan teruja untuk makan lebih coklat.

4. JANGAN AMBIL DIET SODA

Jika anda mengambil diet soda, ia sebenarnya mendorong otak untuk mengambil lebih banyak gula. Bahkan diet soda juga membuatkan anda percaya yang anda sudah mengurangkan kalori harian, jadi kemungkinan anda akan mensubsidikan kalori tersebut untuk mengambil makanan berkalori yang lebih banyak.

5. JANGAN SIBUK MENGIRA KALORI

Tubuh kita menggunakan 1000 kalori daripada junk food dengan 1000 kalori daripada makanan sihat untuk hal-hal yang berbeza. Jangan terlalu sibuk mengira jumlah kalori yang anda ambil. Jika anda sibuk mengiranya, ini akan membuatkan anda kehilangan kalori padat yang berkhasiat. Sebaiknya fokus sahaja piring anda dengan makanan sihat yang terdiri daripada protein, sayuran dan lemak sihat. Itu lebih baik!

6. BIJAK MENGAMBIL GULA

Gula tidak baik untuk tubuh, jika anda mengambilnya secara berlebihan ia akan tersimpan sebagai lemak. Namun ini bukan bererti anda perlu menghilangkannya sama sekali. Kenali reaksi tubuh anda setelah mengambil makanan yang mengandungi gula. Makanan yang membuatkan anda rasa keletihan setelah mengambilnya, itu yang patut anda hindari. Pada dasarnya, semua makanan seharusnya mampu membuatkan tubuh seseorang menjadi sihat.

Tanpa perlu melakukan diet khusus dan semua orang faham tentang enam perkara ini pasti anda mampu mempunyai berat badan ideal seperti yang anda idam-idamkan.

Published by
Putri Adila