Ego boleh terjadi kepada semua, tidak kira lelaki atau perempuan. Di sebabkan ego juga boleh tercetusnya pergaduhan antara anda dan pasangan. Oleh sebab itu, jangan biarkan ego menguasai diri anda. Sikap ego boleh datang dalam pelbagai cara tidak kira perhubungan mahupun pekerjaan, ia boleh mendatangkan kepada musibah yang tidak diingini. Jangan jadikan ego sebagai ketua dalam mengawal diri anda,dan jangan jadikan tahap ego sebagai satu sikap yang kekal di dalam diri anda, kerana ego dapat mengubah segala-galanya.
Bagi seseorang yang mempunyai ego yang tinggi dalam perhubungan, pastinya mereka tidak suka dipersalahkan. Mereka berasakan apa yang mereka lakukan sentiasa betul. Mereka sukar untuk mengalah dan mereka berasakan sekiranya mereka mengalah, mereka sudah kalah. Justeru itu, cuba berfikir dengan lebih terbuka, jangan terburu dalam berkata-kata, ianya adalah untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.
Jadi, untuk berhadapan dengan mereka yang mempunyai ego yang tinggi, anda seharusnya bijak mengawal emosi dalam berbicara dengan baik. Jangan menggunakan nada yang tinggi dalam menegur mereka, seeloknya anda menggunakan nada yang lembut supaya kata-kata anda tidak mengguris perasaan mereka.
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh pasangan anda, cuba bantah dengan cara yang lembut, ini adalah kerana, mereka yang mempunyai ego yang tinggi sering mahukan seseorang yang menurut perintah, walhal mereka tidak sedar akan kesalahan mereka itu. Cara yang terbaik adalah dengan menegur mereka dengan cara yang lembut. Sekiranya anda sendiri menggunakan cara yang keras dalam menegur mereka, sudah semestinya mereka akan lebih pertahankan keegoan mereka.
Di sebabkan itu, sekiranya anda merasakan anda seorang yang mempunyai ego yang tinggi, seharusnya anda perbaiki kelemahan itu, ia adalah kerana dengan sikap ego, dapat menjurangkan sesuatu hubungan itu, jangan terlalu mementingkan diri sendiri, dengar pendapat orang lain juga.