Membangunkan sebuah rumah tangga memerlukan komitmen dan tanggungjawab yang besar. Ada perkara-perkara dan pengalaman baharu yang boleh diperolehi. Bukan itu sahaja, mungkin juga akan ada banyak kejutan yang anda akan alami.
Setelah berkahwin, mungkin anda juga akan mendapat sejumlah pengalaman yang sebelum ini belum pernah anda rasakan. Tidak semuanya serba indah tetapi setiap pengalaman memberikan warna-warni baharu dalam hidup bersama pasangan tercinta.
Anda dan pasangan akan menghadapi masalah di awal-awal perkahwinan namun apabila anda dan pasangan saling membantu antara satu sama lain maka anda dan pasangan akan menjalani kehidupan berumahtangga dengan bahagia. Akan ada banyak sekali suka dan duka di dalam dunia perkahwinan. Namun humor dan tawa akan menjadi penyembuh ketika mengalami krisis atau masalah. Seperti naik roller coaster, ada naik dan turunnya.
Setiap hari adalah hari baharu untuk anda lebih memahami pasanganmu. Saat bangun di pagi hari, anda akan menjadi orang pertama yang melihat pasanganmu bangun dengan wajah yang polos. Saat sudah bergelar suami isteri, anda akan melihat pasanganmu sedalam-dalamnya. Banyak kekurangan dan kelemahannya yang kemudian terungkap. Meskipun begitu, anda mula memandang kekurangan itu sebagai keistimewaannya yang tersendiri.
Daripada makanan yang anda makan sehingga ubat gigi yang anda gunakan, anda akan berkongsi semua perkara dengan pasanganmu. Perkara-perkara yang dahulunya kita nikmati dan lakukan sendiri kini perlu dilakukan bersama. Banyak perkara yang dahulunya “milikku” kini menjadi “milik kita”. Awalnya akan terlihat canggung untuk berkongsi segalanya tetapi seiring waktu, semuanya akan berjalan dengan lancar.
Waktu masih bujang, anda sudah terbiasa menyelesaikan masalah sendirian. Ketika sudah berkahwin, mahu atau tidak, anda perlu menyelesaikan masalah bersama dengan pasangan. Komunikasi menjadi kunci yang sangat penting untuk keharmonian hubungan antara suami isteri. Lebik molek untuk setiap masalah yang dihadapi dibincangkan bersama dengan pasangan.
Pastinya akan ada banyak pengalaman dan perkara baharu yang bakal dipelajari setiap hari. Paling penting perkahwinan itu akan tetap terjaga asalkan masing-masing saling menjaga komitmen dan komunikasi dengan baik. Sesungguhnya perkahwinan itu sebenarnya merupakan proses belajar untuk hidup yang lebih baik serta bahagia.