Sebelum melangkah ke alam berkongsi hidup, bersedialah dengan fasa perkahwinan tertentu yang anda lalui bersama.
Bak kata orang alam, masuk 5-6 tahun itu adalah fasa mula mengenali hal tersembunyi selama ini. Jadi kalau berjaya lalui dengan tenang dan sabar, anda selamat.
Fasa Perkahwinan Yang Akan Dilalui Pasangan
Setiap pasangan yang berkahwin akan melalui fasa perkahwinan yang kita sendiri tidak jangka. Namun, jangan ambil keputusan untuk berpisah apabila diuji.
Ini hanyalah dugaan dan ujian kecil untuk pasangan mempertahankan perkahwinan yang dibina. Jangan terkejut, fasa perkahwinan yang kita lalui ini akan mematangkan diri kita.
Binalah kebahagiaan untuk terus kekal dengan orang tersayang. Inilah antara fasa perkahwinan yang boleh dijadikan panduan untuk setiap pasangan.
Lalui Dugaan Berbeza
Setiap orang memiliki ujian yang berbeza dengan orang lain, ini adalah antara fasa -fasa dalam perkahwinan yang mungkin berbeza dugaannya.
Fasa 1 – 5 tahun pertama perkahwinan
Tempoh ni, waktu nak kenal betul-betul dengan pasangan kita. Walaupun dah bercinta bertahun pun tapi bila hidup sebumbung, sebantal dan sekatil, masa tu lah baru kenal buruk baik pasangan. Tiada lagi istilah kentut bau wangi masa ni. Masa ni juga nak belajar serba serbi. Hidup ada anak, bahagikan masa, mula kehidupan sendiri dan sebagainya. Memang mencabar untuk fasa ini. Tapi yang penting, sabar dan terus sabar. Letakkan Allah sebagai penolong sebaiknya.
Fasa 2 – Usia perkahwinan 5- 10 tahun
Pada fasa ini suami isteri sudah memahami sikap pasangan masing-masing. Sudah maklum apa yang boleh jadi punca konflik dan cara mengelakkannya.
Ramai yang sudah malas merajuk pada fasa ini. Dengan anak-anak semakin membesar, rumah tangga pada masa ini juga semakin stabil.
Fasa 3 – Usia perkahwinan 10- 15 tahun
Walau sudah stabil dan rumah tangga bahagia tapi suami isteri yang dalam fasa ini perlu hati-hati. Memasuki 40-an ada yang mula mengalami krisis pertengahan usia.
Ada yang mula rasa bosan dan mengenali pada orang lain. Mungkin juga berlaku kerana suami isteri lebih beri perhatian pada anak-anak yang meningkat remaja atau pun kerjaya.
Fasa 4: Usia perkahwinan 15-20 tahun
Jika sudah memasuki fasa ini bermakna anda mungkin boleh berasa selesa. Kadar perceraian pun kurang pada usia perkahwinan ini tapi manusia hanya merancang Tuhan juga yang menentukan.
Ada juga konflik dan krisis berlaku pada usia perkahwinan ini tapi jarang. Apa yang pasti jika anda sudah sampai ke tahap ini maka bersyukurlah dan jagalah kerukunan rumah tangga.
Setiap fasa perkahwinan ada cabaran yang tersendiri. Kekuatan iman, ilmu dan amal jadi benteng segalanya.. Sentiasa tawakal, usaha dan doa agar rumahtangga kekal bahagia. Yang penting.
Matlamat utama masa mula kahwin itu yang penting. Insya-Allah, jika niat betul Allah akan bantu untuk pelihara kerukunan rumah tangga. Setiap orang memiliki ujian yang berbeza dengan orang lain. Jadi belajar reda dan sabar untuk terus bahagia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI