Fattah Amin

Ramai yang membuat spekulasi tentang rumah tangga pelakon, Fattah Amin selepas tular isu penceraian yang difailkan isterinya, Nur Fazura.

Menurut satu portal hiburan, Fattah hanya mengetahui tentang berita isterinya telah memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam menerusi media sosial.

Fattah Amin Bersuara Tentang Isu Rumah Tangga, “Jangan Keruhkan Keadaan…”

“Sejujurnya, saya hanya mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan terhadap saya melalui laman media sosial semata-mata, terutamanya setelah ia ditularkan.

“Saya berasa amat terkejut dan sedih dengan perkhabaran berita tersebut. Malah, tanpa sebarang rasa ragu-ragu, saya masih menyayangi isteri saya Nur Fazura.

“Saya ingin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidup saya seperti yang telah diperkatakan dan dihebohkan dalam laman-laman media sosial sehingga kini,” katanya.

Ads

Doakan Yang Terbaik

Fattah Amin Bersuara Tentang Isu Rumah Tangga, “Jangan Keruhkan Keadaan…”

Tambah pelakon berusia 34 tahun ini lagi, dia memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya dan Fazura.

“Walau apa pun yang terjadi, saya dengan rendah diri memohon doa yang baik dan sokongan daripada kalian semua tidak kira yang pernah mengenali kami mahupun yang tidak mengenali kami secara peribadi agar segala urusan kami berdua dipermudahkan serta diselesaikan dengan baik serta penuh ketenangan.

“Saya juga berharap agar tiada campur tangan daripada pihak lain yang boleh mengeruhkan lagi situasi ini. Terima kasih atas segala perhatian dan doa kalian,” ujarnya.

Ads

Dikaitkan Dengan Orang Ketiga

Fattah Amin Bersuara Tentang Isu Rumah Tangga, “Jangan Keruhkan Keadaan…”

Terdahulu, awal pagi tadi pengawal peribadi kepada Fazura yang dikenali sebagai Shahaszrin mendedahkan terdapat orang ketiga dalam rumah tangga majikannya yang dipercayai penata gaya hijab kepada aktres itu.

“Misi menyondol berjaya. Orang belanja kau makan cendol bukan suruh menyondol.

Ads

“Apa pun terjadi, aku harap semoga segala urusan dua insan yang aku sayang ini dipermudahkan. Mereka berdua baik dengan aku dan keluarga aku. Aku dan harapkan yang terbaik untuk dua insan ini.

“Ingat segala video pengakuan kau, pengakuan di WhatsApp, gambar ‘hidden’ apa yang berlaku luar dan dalam hari kejadian dan segala aktiviti tidak bermoral sudah dihantar ke tempat sepatutnya.

“Tak perlu ‘create’ kau hanya tempat mengadu sahaja. Pandai putar belit. Kau hebat dalam bab bab ‘play victim’,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Sebelum ini spekulasi mengenai Fattah yang dikatakan curang bersama seorang penata gaya tudung hangat diperkatakan netizen dalam media sosial.

Pasangan itu telah berkahwin selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI