Kalau jumpa seseorang, Fazura tak tolak jodoh. Begitulah kata-kata daripada pelakon dan penyanyi ini selepas berpisah dengan Fattah Amin.
Ramai yang suka melihat perkembangan pelakon ini baru-baru ini, nampak semakin ceria dan positif dalam video yang dikongsi.
Fazura Tak Tolak Jodoh
Menerusi video yang dikongsikan, memaparkan Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin sedang membuat tutorial tudung ketika sedang bersiaran langsung di TikTok.
Tiba-tiba seorang individu yang merupakan pekerja Fazura membaca komen daripada netizen yang memuji aktres itu nampak lawa dan berseri seperti ingin bernikah.
Ads
Minta Doakan Baik-baik
Sejurus mendengar pujian tersebut, bekas isteri kepada pelakon Fattah Amin ini bersahaja meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Ads
Ujar Fazura lagi, bagaimanapun dia ketika ini ingin memberi sepenuh perhatian kepada anak perempuannya, Fatima dan kerja. Namun, tidak menolak sekiranya ditakdirkan Allah SWT untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Ads
Doakan saya dan walaupun saya dah single tapi saya fokus kepada Fatima dan kerjaya. Tapi mudah-mudahan jika ditakdirkan ada jodoh lagi, semoga yang baik-baik dan terbaik buat saya dan Fatima. Doakan okay.
Pada 13 Disember lalu, Fazura mengumumkan telah selesai menjalani tempoh idah selepas sah bercerai dengan bekas suami, Fattah Amin pada 7 Oktober 2024.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.
Sumber: TikTok
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memilih majlis yang ringkas dan tertup, penyanyi Noh Salleh selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Athira Mustapa di Puchong.
Noh Salleh Memuat Sekeping Foto
Berita gembira tersebut dikongsi Noh atau nama penuhnya Mohammad Noh Salleh, 38, dalam satu hantaran InstaStory dengan memuat naik foto dia dan Athira, 30, duduk di atas pelamin, lengkap dengan busana pengantin berwarna putih.
“Athira dan Noh. 23 September 2023,” tulisnya ringkas dan hanya meletakkan lokasi Tanjung Malim, Perak pada ruangan ‘tag’ lokasi foto tersebut.
Tidak Berkongsi Di Media Sosial
Difahamkan, majlis persandingan vokalis kumpulan Hujan dan Athira yang juga seorang peguam itu juga bakal diadakan di sebuah dewan perkahwinan di Puchong hari ini.
Noh yang popular menerusi lagu Angin Kencang itu bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai majlis pernikahannya hari ini dalam media sosial.
Pada Mei lalu, pasangan ini melangsungkan pertunangan yang diadakan serentak dengan rumah terbuka Syawal pada 7 Mei lalu.
Kad undangan untuk majlis Mohammad Noh Salleh, 38, perkahwinan mereka mula tersebar sejak awal Ogos lalu.
Kenali Fatin Athira Mustapa
1. Seorang peguam, Fatin Athira berkongsi minat yang sama dengan Noh dalam bidang muzik dan memiliki kebolehan bermain gitar.
2. Menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor dan kini menjalankan tugas sebagai seorang peguam.
Masing-masing Membawa Haluan Hidup
Sekadar info, Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos lalu.
Noh dan Nina tidak dikurniakan cahaya mata namun mempunyai seorang anak angkat bernama Musa.
Pada Jun lalu, Nina sudah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya yang juga penyanyi rap asal Amerika Syarika, Essam Muhammad.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terkejut dan gembira. Mungkin itulah yang dirasakan peminat Wany Hasrita yang selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Mohd. Al-Adib Fahmi Harun pada jam 9.11 malam bertempat di Glam Hall, Damansara Perdana Kuala Lumpur. Merahsiakan wang hantaran dan tiada dulang hantaran, Wany kini sudah bertukar status.
Wany dan Adib yang berusia 30 tahun dinikahkan bapa Wany, Hasbullah Hassan dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa. Wany menerima sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin namun merahsiakan wang hantaran.
Begitu cantik menggayakan busana rekaan Altelia Amani, rupa-rupanya sudah 12 tahun Wany dan Adib saling mengenali.
“Jika diikutkan, saya sudah kenal Adib sejak 2010 lagi melalui rakan baik saya yang juga sepupunya dan waktu itu pun saya belum menjadi penyanyi lagi. Pada 2019 barulah kami mulai menjadi rapat. Jadi, kami mula mengikuti antara satu sama lain dalam Instagram dan banyak berhubung di situ.
Ada satu hari dia melawak mengenai kartun Thomas & Friends. Saya pun boleh layan. Sejak itu, kami terus rapat dan saling memahami dalam banyak perkara.
Sejak awal perhubungan, kami tidak terfikir untuk cuba-cuba tapi memang nak berkahwin. Itu yang kami ambil keputusan untuk bertunang terlebih dahulu pada 26 Februari lalu di sebuah hotel di Sepang yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat saja.
Berahsia
Pelantun lagu Belenggu Rindu ini sangat bersyukur kerana majlis pernikahan ini berjalan lancar. Menafikan merahsiakan kisah percintaannya dengan Adib, Wany Hasrita memilih untuk menjaga privasi suami tersayang.
“Bukan rahsia sebenarnya. Saya pun belajar daripada pengalaman sebelum ini yang mana selagi belum ada ketetapan yang sahih dalam perhubungan itu tidak perlu dikongsikan. Sebab itu dalam perhubungan kali ini, saya mengambil pendekatan sebegitu. Biar semuanya sudah sah, barulah kita kongsi.
Lagi pula dia tak suka menonjolkan diri apatah lagi di media sosial. Jadi saya kena belajar untuk menjaga privasi itu. Walaupun dia jenis tak kisah, tapi saya sendiri yang nak menjaga atas dasar menghormati,”
Alhamdulillah, saya bersyukur majlis pernikahan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT. Terima kasih kepada mak, ayah, keluarga, rakan-rakan, pihak media dan peminat yang tanpa jemu menitipkan doa yang baik-baik buat saya tidak kira untuk kerjaya mahu pun peribadi,” katanya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan sennag nak rawat jerawat yang tengah sedap muncul di wajah, namun wanita ini kongsi tip yang bagus dan beberapa produk drugstore yang dia guna.
Jalan yang mudah, anda boleh tutup dengan mekap tetapi kulit yang selalu disapu dengan mekap sukar ‘bernafas’. Lebih buruk lagi apabila mekap pada wajah tidak dibersihkan dengan sempurna sehingga akhirnya timbul jerawat.
Guna Produk Drugstore Rawat Jerawat, Bakal Pengantin Boleh Cuba Tip Ini
Haa… jangan risau, anda boleh cuba produk yang digunakan Zaty Anuar ini. Eh, bakal pengantin lagi patut cuba ya! Jom baca pengalamannya dulu…
Cuba Guna Cetaphil
Sebaiknya rehatkan dulu wajah dari sebarang produk dan mulakan dengan Cetaphil. Kemudian saya tukar kepada Dalacin T, dan saay rasa Dalacin T ni penyelamat utama. Pelembap pula memang tak tinggal sebab nak redakan merah kat muka, saya pakai Magic Jelly.
Masa muka breakout teruk, memang pakai 3 produk ini saja. Sebelum cuci muka, pastikan guna makeup remover dulu.
Tak kisah lah pakai bedak atau foundation ke, memang WAJIB pakai make up remover dan kemudian baru lah cuci muka guna Cetaphil.
Bab cuci muka ini paling penting sebab kalau muka tak bersih susah nk terima produk yang kita pakai. Then pakai Dalacin T (area jerawat je ok).
Selepas itu pakai moisturizer sebab kadang Dalacin T boleh keringkan kulit muka. Tapi disebabkan saya ini kulit berminyak, jadi tak ada lah effect itu.
Bila Jerawa Dah Nampak Kecut
Apabila jerawat dah surut, baru lah saya pakai Mederma untuk parut dan serius memang menjadi! Toner pula saya pakai Aiken Tea Tree.
Toner saya pakai lepas cuci muka malam ya. Dan untuk mask saya pakai clay mask Aztec Healing Clay Mask.
Clay mask ini best, bila pakai rasa muka macam diurut. Pakai 2-3 kali seminggu dan tunggu 15-20minit sahaja. Awa, jangan bawa sampai tidur ya. Cuci dulu!
Normal bila muka merah lepas cuci, 30 minit camtu hilang lah merah tu dan rasa muka bersih sangat.
Function clay mask ini kecilkan pori, kecutkan jerawat, bersihkan pori, hilangkan parut, dan kurangkan minyak. Semua produk sy pakai adalah affordable semuanya below RM100. Boleh rujuk dalam gambar.
3. Sapu Dalacin T di bahagian berjerawat je ok! Dalacin ni ubat sapu, sejenis cecair untuk disapu bukan untuk diminum.
4. Last saya pakai Magic Jelly nak bagi muka lembab dan redakan merah.
STEP SELEPAS JERAWAT SUDAH BERANSUR PULIH
1. Cuci makeup guna makeup remover.
2. Scrub guna St. Ives Green Tea Scrub (2-3 kali seminggu, basahkan muka, gosok-gosok lepas itu bilas)
3. Cuci muka guna Cetaphil.
4. Pakai Aztec Healing Clay Mask (2-3 kali je seminggu, bancuh serbuk satu sudu teh dengan air/cuka epal, pakai 15-30 minit)
5. Sapu Toner Aiken Tea Tree, tuang kat kapas kemudian gosok sampai rasa muka bersih.
6. Sapu ubat parut Mederma di bahagian parut je.
7. Last pakai Magic Jelly.
STEP JIKA HENDAK KELUAR
1. Cuci muka guna cetaphil, sikit je cukup.
2. Sapu sunblock/sunscreen.
3. Magic Jelly as moisturizer.
4. Bedak/foundation
Hah, nanti jangan cuba iku langkah-langkah seperti yang wanita ini kongsikan ya. Nak-nak kalau kulit anda jerawat teruk! Nak jadi pengantin, elok baik pulih wajah dulu. Semoga berjaya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!