Fesyen

Fesyen Baju Aina Abdul Dikritik, Ada Yang Rimas Tengok

Share

Penyanyi yang dikenali ramai, iaitu Aina Abdul merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana pasti satu Malaysia sudah mengenali beliau.

Kini namanya melonjak naik ke tahap yang lebih tinggi, kerana bakatnya dalam bidang nyanyian serta menulis lagu mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Fesyen Baju Aina Abdul Dikritik, Ada Yang Rimas Tengok

Aina Abdul juga, dikenali dengan fesyen yang diluar jangkaan serta fesyen Aina sering menjadi tumpuan orang ramai. Aina adalah antara selebriti yang berani mencuba pelbagai jenis silhouette fesyen, di mana tidak ramai selebriti yang berani untuk mencubanya.

Seperti yang diketahui, bahawa Aina merupakan Juri bagi BigStage untuk musim kali ini. Namun, penampilan setiap minggu yang ditonjolkan olehnya sering menjadi perbualan hangat netizen. Minggu ini, Aina hadir dengan fesyen berwarna neon hijau dilengkapi dengan turban yang besar bersama Bird Feather pada bajunya.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan, bahawa mereka tidak gemarkan fesyen Aina yang berlebihan ketika menjadi juri di program tersebut, kerana boleh menganggu individu yang duduk dibelakangnya untuk menonton persembahan.

“Ni hiburan untuk semua. Bukan konsert sediri. Yang datang nak enjoy, nak tengok persembahan peserta. kalau setiap minggu ada gangguan pemakaian yang pelik@ macam juri sorang ni, kesianlah kan penonton yang duduk dibelakang tu. kena adalah sikap hormat kepada yang lain. pakai biasa2 je kan boleh, lagi cantik mata memandang,

” komen mereka.

“Boleh tak team Aina Abdul fikir kan cara buatbuatkan outfit ke untuk Aina. Kelihatan begitu menganggu penonton,” tambah mereka.

“Hamba fesyen namanya ni, dan dah macam lapar perhatian pulak,” ujar mereka.

Apa-apa pun, fesyen pakaian pelik yang Aina sering pakai, selalunya hanya untuk memeriahkan sesuatu program. Namun ketika diluar pakaian Aina hanya biasa sahaja.

Aina merupakan selebriti yang berani, untuk bermain dengan fesyen kerana tidak ramai selebriti yang berani dan yakin sepertinya. Keberanian Aina tersebut, telah membuka peluang keemasan dalam industri fesyen untuk menampilkan idea-idea yang lebih kreatif pada masa akan datang.

Published by
Nadia