Pemakainan songket tradisional nyata tidak pernah tampak lapuk buat pemakaian persandingan. Kemasan fabrik bekilau dengan benang emas ini menghidupkan lagi aura raja sehari di pelaminan.

Aura kemelayuan di utamakan bagi merai detik paling bersejarah.

Fesyen Songket Tradisional Yang Sentiasa Jadi Pilihan Bakal Pengantin

1. Menyuntik sedikit perincian moden pada rekaan. Busana merah jambu ini tampak lebih menawan dengan campuran fabrik jenis sequin pada bahagian atas busana. Diserikan lagi dengan tampalan renda pada bahu juga ‘empire line’ busana.

Fesyen Songket Tradisional Yang Sentiasa Jadi Pilihan Bakal Pengantin

Ads

2. Rekaan songket maroon ini tampak lebih mewah dengan perincian sulaman renda dan batu permata pada pinggang juga dada.

Fesyen Songket Tradisional Yang Sentiasa Jadi Pilihan Bakal Pengantin

Ads

3. Satu rekaan tradisional kontemporari. Busana songket ini diberi pengkhususan moden dengan perincian manik serta sulaman batu permata pada dada juga pada kain busana.

Fesyen Songket Tradisional Yang Sentiasa Jadi Pilihan Bakal Pengantin

Ads

4. Mengimbau semula rekaan kebaya songket dengan mainan aksesori tembaga dokoh juga tali pingang. Elemen tradisi ini pasti menaikan seri manis buat gadis melayu.

5. Songket berona kuning diraja ini menaikan lagi seri si ratu. Berhiaskan pula kemasan sulaman batu permata pada bahagian dada juga skirt busana.

Fesyen Songket Tradisional Yang Sentiasa Jadi Pilihan Bakal Pengantin

6. Busana ringkas ini tampil dengan gaya yang lebih moden. Rekaan ini dihiaskan lagi dengan perincian bungaan serta tampalan batu Swarovski pada busana.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI