Untuk dapatkan skin flawless,
Tomato sangat berkesan mengecutkan jerawat dan menghaluskan liang pori. Ini kerana kandungan antioksidan seperti likopena dan zeaxanthin dalam tomato mampu melawan kesan kerosakan sel kulit oleh radikal bebas.
“Biji tomato pula berkhasiat dan mampu merawat pelbagai masalah kulit. Ia melambatkan penuaan. Caranya dengan menyapu tomato kisar ke wajah sebelum tidur dan hanya basuh keesokan paginya
Merawat masalah jerawat dan glowing boleh amalkan Masker Tomato ni. Yang penting bebas bahan kimia!!! Homemade, lebih diyakini tanpa was-was.
Bahan bahan
1- 1 biji Tomato
(Bersihkan tomato dengan air bersih. Kemudian belah tomato menjadi potongan kecil (untuk diblend) untuk sebiji tomato.)
2- Yogurt Asli
3- Kcolly, yang ni pilihan. Kalau nak guna pon boleh tak nak pon tak ape. Tapi yana suka guna sebab bila nak cuci muka tu rasa macam ada biji biji scrub gitu. Time awal period memang stop makan Kcolly kejap tapi boleh je buat masker or scrub.
4- Susu Segar
Cara-cara :-
CARA CARANYA:-
1- Beli je memane kedai yang ada jual yogurt dan tomato. Alah tak sampai pon RM3 tau.
2- amik satu sudu tepung yogurt, sedikit susu segar tomato dan kcolly. Kemudian letak dalam blender.
3- Blend sehingga lumat, dan lepas tu letak dalam peti ais sekejap dalam 10 minit.
4- Kemudian pakai macam mask atau macam bedak sejuk. Pakai sampai kering dan kemudian basuh. Kalau nak pakai sampai pagi esok pun takde masalah.
5- Amalkan setiap hari, dan korang leh nampak kesan dia. Kulit akan makin lembut dan cerah. Jerawat pon dah tak muncul. Kulit kusam pon dah xde. Nak cakap skin macam telur tu tak lah, tapi ia dapat bantu masalah kulit korang yang bermasalah.
Jimat pun jimat kan?? Tak perlu guna produk mahal-mahal. Jangan lupa #share untuk dapatkan kulit yang sihat, dan cantik. Jooom kita cantik dengan bahan semulajadi hanya dari dapur.
SUMBER : FACEBOOK Arryana Nasution