Siapa yang tidak kenal dengan pasangan yang pernah menarik perhatian Malaysia ini. Nur Afilah Amir Rusdi dan suami, Adama Mohamed Camara pernah satu ketika dahulu menjadi sebutan kerana perkahwinan mereka berlainan budaya dan etnik.
Jejaka dari Guinea ini berjaya menawan hati Afila atau lebih mesra disapa Fila dan mereka kini telahpun mempunyai empayar perniagaan sendiri di Guinea.
Baru-baru ini, Fila berkongsi journey IVF bersama followersnya. Sejak tahun 2019 lagi pasangan ini sudahpun menjalani rawatan kesuburan.
Mungkin belum rezeki untuk menimang cahaya mata, rawatan IVF yang dijalankan pada Oktober lalu belum membuahkan hasil. Istimewanya, baik Fila mahupun Adama, masing-masing menerima ketentuan ini dengan hati terbuka.
“Alhamdulillah, apa pun kami suami isteri percaya dan yakin dengan perancangan Allah. Kami bersyukur diberi peluang untuk jalani IVF. Kami bersyukur diberi peluang untuk usaha cari jalan. Perjalanan ni buatkan kami lebih kuat. buatkan kami lebih dekat dan kasih sayang kami lebih mendalam (tiber nak jiwang)
Kami bersyukur juga dapat jumpa doctor baru ni, dh banyak doctor kami jumpa, sampai la doc ni. InshaAllah Fila akan share our TTC and IVF journey dari 2019 dulu. dah lama ni simpan sorang-sorang.
Kami redha dan bersyukur. Doakan kami juga ya.”
Kongsi Fila, rawatan IVFnya bermula pada Mac 2022 lagi. Kemudian, pada 15 April 2022, doktor rawatan seterusnya adalah pembuangan tiub fallopio.
“9 September 2022, Fila sudah mula buat rawatan. Setiap pagi Adama akan menjadi ‘doktor’, beri tiga suntikan menggalakkan telur. pada 14 Oktober 2022 pula, pemindahan embrio dilakukan.
Pada awalnya, bacaan HCG nampak cantik (tinggi) dan kebarangkalian ada tanda hamil. Namun bila kami datang semula untuk mendapatkan hasil keputusan IVF, HCG turun. Nampaknya belum rezeki kami untuk menimang cahaya mata. ”
Jauh juga pasangan ini mendapatkan rawatan demi untuk mendapatkan zuriat. Menurut ruangan komen, Fila memilih Dr. Thokha Muhammad, Obstetrician & Gynaecologist dari Regency Specialist Hospital, Johor.
Rata-rata netizen mendoakan mudah-mudahan Fila dan Adama dipermudahkan urusan untuk mendapat zuriat.