Kita mungkin tak senasib dengan mereka yang berjawatan tinggi dan bergaji besar. Tapi jika kita pandai menguruskan kewangan, sudah pasti perjalan wang kita dapat diuruskan dengan baik.
Buat mereka yang baru mendirikan rumah tangga, hadamkan perkongsian Amir Syahir ini yang ajar kita tentang bagaimana nak uruskan kewangan.
7 Cara Ajar Pasangan Korang Menguruskan Kewangan
***************************************************
Tuhan biasanya menemukan seseorang untuk melengkapkan kita. Jika pasangan kita gila modified kereta je manjang, pasangan dia mesti bijak menguruskan kewangan.
Jika pasangan kita gila duk beli baju online, baju dua almari lepastu boleh kata takde baju nak pakai lagi, pasangan dia mesti power kawal kewangan. Simple.
Kalau dua-dua ada kesedaran tu untung lah. Rezeki tu.
Jadi, apa yang kita boleh buat untuk ajar dan bagi kesedaran kepada pasangan kita tentang pengurusan kewangan?
1. Ajar Cipta Matlamat Kewangan
Ads
Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.
Untuk permulaan, bina matlamat paling senang nak capai. Contohnya RM600 dalam sebulan. Jadi, RM20 setiap hari. Bila dah capai apa yang dibuat, ia akan rasa semangat nak menyimpan lebih lagi.
2. Ajar Simpan Sebelum Berbelanja
Ajar si dia untuk simpan sebelum berbelanja. Contohnya gaji RM2000. Simpan siap-siap RM200. Kalau rasa berat, cuba simpan RM100 sebulan.
Jika membelanjakan semua pendapatan terlebih dulu dan ada lebih baru simpan, tu boleh mencipta masalah kewangan yang kronik pada masa akan datang.
Ajar dia gunakan formula ini:
Pendapatan – Simpanan = Belanja.
3. Ajar Supaya Tangguhkan Kehendak
Ads
Jika si dia menggelupur nak IPhone 7, korang banyakkan azan di telinga dia. Korang ingatkan dia tu dah la ada PTPTN tertunggak. Ajar dia supaya ada tabiat delay gratification iaitu menangguhkan kepuasan.
Tangguhkan seketika. Simpan duit dan belilah. Harga pun makin turun. Dah jimat berapa dah.
4. Ajar Supaya Berbelanja Dengan Bijak
Ajar dia buat bajet belanjawan bulanan. Catat segala perbelanjaan. Berbelanja dengan bijak ni boleh dibuat dengan membandingkan harga. Beli masa promosi atau dengan harga borong. Buat senarai barang yang nak dibeli, takde lah korang dua tiga kali ke pasar raya.
5. Ajar Tentang Keperluan vs Kehendak
Ads
Keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan.
Kehendak ni macam nak kereta mewah, telefon canggih, iPhone 7, travel luar negara ataupun lepak minum setabak. Ramai pasangan tidak tahu beza antara keperluan dengan kehendak.
6. Ajar Tentang Risiko Kewangan
Risiko kewangan adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Bagi kesedaran tentang kepentingan takaful dan risiko pelaburan. Tentang bahaya tunggakan hutang kad kredit. Jadi, tak perlu guna kalau boros.
Kalau dia banyak hutang apa jadi. Terangkan tentang CCRIS. Kalau dia tak bayar hutang apa akibatnya. Apa itu muflis dan kesan muflis.
7. Ajar Tentang Pelaburan Yang Bijak
Ajar dia tentang pelaburan yang senang seperti melabur di ASB dan Tabung Haji disebabkan unit berharga tetap. Jadi, korang tidak akan rugi.
Bila tengok duit makin bertambah dan membiak, keseronokan tu ada. Rasa sayang nak belanja sakan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perintah kawalan pergerakan telah bermula sejak semalam, Rabu (18 Mac 2020) susulan wabak COVID-19. Langkah ini telah diambil oleh pihak kerajaan demi membendung wabak tersebut daripada terus merebak di mana ia telah mengorbankan dua nyawa di Malaysia.
Walaupun arahan telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan, nampaknya masih ramai yang kurang jelas dengan istilah yang kerap digunakan berkaitan dengan wabak ini. Malah, masih ramai yang mengambil pendekatan untuk pulang ke rumah tatkala diberi cuti selama 14 hari bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020.
Antara tiga istilah yang kerap digunakan adalah penjarakan sosial (social distancing), pengasingan (isolation) dan kuarantin. Kami kongsikan maksudnya agar anda lebih faham perbezaan ketiga-tiga istilah ini.
Penjarakan Sosial (Social Distancing)
Ia bermaksud mengelakkan diri daripada berada di tempat orang ramai, menjarakkan diri anda daripada orang lain, tidak berjabat tangan dan paling penting, duduk di rumah jika anda tidak sihat. Majikan pula perlu memberi kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah sebagai langkah berjaga-jaga. Kerajaan perlu mengeluarkan arahan agar semua institusi tidak kritikal ditutup.
Acara sukan perlu ditangguh manakala muzium, teater dan konsert perlu dibatalkan. Jika boleh, carilah pengangkutan awam yang tidak sesak atau memandu sendiri jika anda mempunyai kenderaan.
Pengasingan (Isolation)
Individu yang disahkan positif COVID-19 perlu menjalani pengasingan. Pengasingan dilakukan jika anda disahkan sakit sama ada di rumah atau di hospital. Mereka yang sedang menjalani pengasingan perlu memakai topeng sebagai langkah pencegahan penyebaran droplets yang mungkin mengandungi virus.
Kuarantin
Kuarantin bermakna tinggal di rumah dan menjauhi orang lain semampu mungkin dalam tempoh 14 hari. Individu yang tinggal serumah dengan orang lain perlu mencari bilik atau lokasi berasingan di rumah. Malah, mereka juga tidak boleh keluar pergi membeli-belah, makan atau bersosial.
Jangan tidur di bilik tidur yang sama dengan ahli keluarga yang lain dan cuba gunakan tandas berasingan jika boleh. Jika berkongsi perkakas dengan penghuni lain, basuhlah terus selepas menggunakannya.
Langkah pencegahan dan kawalan akan memberi manfaat kepada masyarakat. Walaupun anda mungkin tiada simptom, anda masih boleh menjangkiti orang lain. Jadi, ambillah langkah berjaga-jaga.
Buat bakal pengantin pasti rasa teruja dan tidak sabar bersiap sedia untuk majlis nikah yang akan berlangsung. Sebelum bermulanya majlis tersebut tentunya ingin berhias diri agar tampil menawan. Namun perlu diingat walau apa jua keadaan, laksanakan perkara wajib yang dituntut iaitu solat. Jangan pula disebab hendak bersiap awal, gesa mak andam untuk mekap segera , inilah yang sering berlaku kini.
Dengarkan perkongsian tentang hal ini dari Ustaz Hanafi. Moga beri pedoman buat bakal pengantin.
Assalamualaikum dan selamat pagi semua??…dengar tazkirah hari ini?… Tajuk: Pengantin sekarang ramai tak solat
Ini fakta zaman sekarang. Bila jadi pengantin memang semua nak nampak cantik dan pakaian pun mengerlip. Tapi sayangnya kecantikan itu takut dicemari lalu meninggalkan solat yang wajib buat diri
Akibat nak bermekap, mak andam sampai ke rumah pengantin seawal jam 11 pagi. Maka si pengantin pun menadah muka selama sejam dua lamanya, akhirnya siap bermekap stlh hampir jam 1 tengahari
Dah tahu zuhur masuk setengah jam lagi, terus disarungkan busana perkahwinan yg ketat membaluti seluruh tubuh wanita. Tak ada seinchi pun kelonggaran, malah lebih ketat lebih mengujakan
Itu belum lagi menyentuh hal mak andam separa alam yang tdk dpt dipastikan jantinanya lelaki mahupun wanita. Maka bersentuhan la kulit sang ajnabi bertopengkan wajah si pari² untuk menatariaskan pengantin akhir zaman yang hanyut dgn kejahilan diri
Apatah lagi jika mak andamnya lelaki, walau bersarung tangan tetap dia ajnabi dan si bakal suami pula jenis berpenyakit bisu bila isteri disentuh lelaki yg juga halal untuk dinikahi si bakal isteri
Akhir zaman, majlis pernikahan yang sepatutnya mengundang seribu keberkatan dan malaikat rahmat turut sama mendoakan, tlh dicemari dengan kemaksiatan yang tiada berkesudahan
Busana yg anggun disarung tadi di bawa pula ke majlis pernikahan untuk mnjadi saksi penyatuan dua hati. Saat sah menjadi isteri, maka tertanggunglah segala dosa atas bahu si suami yg dayus membiarkan sang bidadari menjadi tatapan nafsu ajnabi
Hilanglah kesucian dan jatuhlah maruah seorang isteri sebelum mlm pertamanya lagi. Manakan tidak, beratus psng mata melirik menjamu kecantikan si pengantin rupawan yang tidak memberatkan hukum menutup aurat buat dirinya
Belum lagi disebut tentang perihal solat yang dianggap remeh di hari persandingan kedua mempelai. Sibuk menjamu telinga dgn bunyi karaoke sampaikan azan pun diperlekeh dan solat juga tercicir
Pengantin takut merosak kecantikan majlis dan wajah hanya kerna sudah lengkap berbusana, lalu solat yg fardhu tinggalkan tnpa ada rasa malu melayan tetamu
Maka bermulalah episod cinta yang disaksikan kemurkaan Allah swt buat kedua mreka. Namun masih beria berkata LOVE TILL JANNAH…
Sumber FB: wankhairinahasniza.khairuddin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Disebabkan sibuk menyiapkan persiapan majlis kahwin berbulan lamanya, tak sedar anda telah mengabaikan kesihatan tubuh badan sehingga diserang demam panas ketika majlis kahwin. Kepada bakal pengantin, sentiasalah beringat dan menjaga kesihatan badan agar majlis kahwin anda tidak bertukar menjadi majlis yang duka dan suram.
Di sini disenaraikan tip yang berguna untuk bakal pengantin mengembalikan kecergasan tubuh badan seperti sedia kala.
1. Minum air 8 gelas sehari
Ketika demam, suhu badan akan panas di mana banyak air diperlukan untuk mengembalikan kesegaran tubuh. Amalkan minum air masak sebanyak lapan gelas besar sehari. Kebaikan minum air yang banyak memang bagus terutamanya untuk melancarkan sistem pencernaan di dalam badan, selain membuatkan kulit sentiasa lembap dan melegakan stres. Di samping itu, suhu panas badan anda juga akan menurun dengan cepat.
2. Letakkan tuala lembap di dahi
Tuala lembap yang kecil boleh diletakkan di dahi ketika suhu badan sedang naik. Anda akan rasa kesejukan di dahi dan lega daripada panas yang memerangkap di dalam kepala anda. Amalkan sekerap yang mungkin dan basahkan kain tersebut beberapa kali. Keesokan harinya, anda pasti akan beroleh sedikit tenaga untuk majlis hari bahagia.
3. Jangan tidur lewat malam
Rehat dan tidur yang cukup amat penting bagi bakal pengantin. Berhentilah daripada melakukan sebarang kerja dan penuhilah masa rehat dengan tenang. Tidur lewat malam akan memburukkan lagi tubuh badan anda yang tidak sihat dan berasa lemah di samping akan mendapat lingkaran gelap di bawah mata pada keesokan harinya.
4. Elakkan minuman sejuk & berais
Minuman berais dan sejuk adalah sangat bahaya malah menjadi pantang larang untuk anda ketika demam. Elakkan daripada minum minuman sejuk kerana ia akan membuatkan tekak anda berasa panas dan meningkatkan suhu dalam badan ketika demam. Di pagi hari sebelum majlis perkahwinan bermula, gantikanlah minuman sejuk yang anda suka kepada minuman panas. Tambahan dengan limau nipis, lemon atau madu akan melegakan tekak selain membuatkan badan anda lebih lega nanti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!