Dengan harga rumah yang semakin melonjak naik dengan kos sara hidup yang juga semakin meningkat, membantutkan hasrat ramai dalam kalangan kita untuk memiliki rumah sendiri. Bagi golongan yang bergaji kecil dan tambahan lagi baru memulakan kehidupan berdua sudah pasti menginginkan rumah sendiri yang mampu memberikan lebih privasi dan keselesaan, disamping kehidupan yang lebih terjamin.
Mari lihat perkongsian saudara Amir Syahir ini di laman facebooknya mengenai tip memiliki rumah sendiri ini. Semoga bermanfaat buat semua.
Ini Perkongsiannya
Melalui Belanjawan 2019, Bank Negara akan menyediakan dana RM1 bilion untuk membiayai pembelian rumah pertama bagi golongan berpendapatan bulanan tidak lebih RM2,300.
Dana ini tersedia di Ambank, CIMB Bank, Maybank, RHB bank dan Bank Simpanan Nasional melalui kadar pembiayaan terkurang serendah 3.5 peratus.
Dana tersebut akan disediakan bermula 1 Januari tahun depan untuk pembelian rumah mampu milik berharga sehingga RM150,000.
***
Best woo dapat rate 3.5% tu. Ansuran bulanan murah. Kerajaan dah tolong kau, kau pulak kena tolong diri sendiri. Kena jaga penyata gaji elok-elok supaya mudah lulus pembiayaan perumahan.
Nak beli rumah kena ada kewangan yang kukuh kerana komitmen ansuran bulanan sehingga 30-35 tahun. Jadi, kau kena buktikan kepada pihak bank kau mampu untuk bayar ansuran bulanan setiap bulan.
Ads
Jangan buat perkara di bawah jika kau ingin beli rumah pertama. Jom baca!
1. Jangan bazirkan duit pada perkara yang tidak penting. Kumpul duit untuk beli rumah. Kalau subsale, kau kena ada sekurang-kurangnya 10% – 15% dari harga rumah.
2. Jangan beli kereta lebih 20% daripada pendapatan. Ansuran bulanan kereta yang tinggi akan merugikan kelayakan pembiayaan perumahan kau. DSR barai nanti.
3. Jangan buat pembiayaan peribadi. Kau akan dilabel individu berisiko nanti.
4. Jangan biarkan laporan CCRIS rosak. Jaga CCRIS sebaik-baiknya. Kau ada hutang bayarlah tepat pada masanya dengan jumlah yang cukup. Ramai tak lepas beli rumah sebab ada CCRIS PTPTN.
5. Jangan buat ASB Financing di tahun yang sama dengan tahun ingin membeli rumah. ASBF masuk dalam CCRIS juga. Masuk perkiraan DSR. Lepas dapat dividen baru boleh dikira sebagai pendapatan.
Ads
6. Jangan tak ambil tahu mengenai NDI. Net Disposable Income (NDI) ni kos sara hidup kau untuk makan minum dan meneruskan kehidupan. Ada bank akan tolak RM1000 sebagai NDI. Jadi simpanan yang padu amatlah penting.
7. Jangan tak sediakan dokumen penting dan dokumen sokongan yang lengkap. Dah cukup deposit rumah, terus sediakan dokumen yang diperlukan untuk memohon pembiayaan perumahan.
8. Jangan mohon pembiayaan perumahan lebih daripada kelayakan. Semak dulu kelayakan pembiayaan perumahan kau sebelum membeli rumah. Rugi masa dan tenaga kau je nanti.
9. Jangan bayar deposit rumah kepada akaun peribadi ejen hartanah. Bayar kepada akaun agensi mereka. Tanya dulu sama ada deposit rumah akan dipulangkan balik atau tidak jika pembiayaan perumahan kau ditolak oleh pihak bank.
Ads
10. Jangan guna kad kredit sehingga limit. DSR untuk kad kredit biasanya dikira berdasarkan 5% baki terkini penggunaan kad kredit. Seelok-eloknya bayar dulu tunggakan hutang kad kredit baru mohon pembiayaan perumahan.
Yang penting kau jangan memilih nak rumah atas tanah saja, nak rumah yang baru je, yang ada kolam renang bagai. Jangan nak berharap harga rumah akan jatuh la ye.
Baiki kewangan kau terlebih dahulu sebelum membeli hartanah. Bank nak berurusan dengan orang yang betul-betul berkemampuan sahaja.
Masa muda ni jangan duk sibuk kumpul fridge magnet negara yang kau travel tu. Kawan kau yang lain duk ikat perut kumpul duit deposit rumah. Kau pula dah masuk umur 30 baru nak simpan duit untuk beli rumah. Lepas tu bising rumah semua dah mahal. Kah!
Belanjawan dah disediakan jadi mari lah kita berusaha yang terbaik untuk mendapatkan kehidupan yang baik untuk masa hadapan. Jangan hanya membuang masa muda anda. Usia dan masa tidak akan berulang kembali.
Solat itu tiang agama, jadi beri tahu pasangan masing-masing agar sentiasa taat dan patuh perintahNYA. Setiap gerakan di dalam solat itu ada sebabnya, salah satunya ketika sujud, punya 1001 kelebihan yang tersembunyi.
First awareness of the body needs some healing adalah bila – ikut alternative theory nya – badan2 ada physical yg tak selesa.
Lenguh area leher – lack of forgiveness
Lenguh bahu – emotional burden
Lenguh er area belakang tengah – lack of emotional support
Lenguh belakang slightly above tongkeng – financial worries
Tak selesa area kepala (same goes to rambut byk gugur and beruban awal) – stress
Area tangan rasa tak selesa – ni usually time reflexology akan terasa teng perit kena tekan – isolation – terasa diri tu takde sape yg mengerti – erti lain – byk pendam emosi
Lutut tak selesa – big ego atau – hidden arrogance. Ie kita buat baik not because kita mmg ikhlas, tp taknak orang kata kita tak baik. Bahasa mudah – dok reti to say no.
Keting betis tu pilu – tension and jealousy
Siku tak selesa – lack of flexibility
Peha – fear of change. Rigid dgn pendirian. Ni biasa akan partner up dgn lenguh area leher.
Tumit – lack of pleasure. Keriangan makin less.
Jari jemari kaki – stress yg teramat tinggi yg bleh lead to depression. Ikut ilmu reflexology area ni represent brain, eye, ear – tempat third eye byk guna. Erti lain – byk memikir. Bila byk memikir tp lack of rest and deep breathing, kurang pernafasan yg sempurna – cardiovascular part akan affected. Most of academic journals yg dibaca byk relatekan – stress memikir, lead to higher cardiovascular risk. Nak lagi waktu puasa ni bila berbuka byk telan makanan manis kan.
Pelan2 try to associate these indication dgn our current situation. Less kan rasa cepat nak kata “rasanya takde pun”. Kurangkan benteng self-defense, you’ll be amazed how – these emotions tak sabo nak que up to be heard and released later on.
Bila sujud, we are at our nearest touch dgn bumi. Niatkan to anchorkan these feelings – biar all these feelings melekat terus ke bumi jadi neutral balik. This will be easier to implement especially those yg dah understand how to relate law of emotion (feeling/mindfulness) on things we do ie solat dan those yg dah start memahami content alQuran utk jati diri sendiri.
Alam – dia nanti akan buat kerja dia.
Kita – focus on healing kita.
Even lailatul qadar itu ada waktu special dia, tp kita tak tau mungkin Allah akan angkatkan darjat kita setinggi2 nya bila2 masa. Dari 83 tahun mungkin Dia decide reward 1000 tahun terus ke kan. Mungkin darjat tu Dia bagi pada bulan Syawal. Who knows.
So keep on asking for forgiveness. Waktu sujud could be one of the best time sbb ni all of our body parts totally grounded, jadi hopefully that hidden negative vibe tak gi spread to other people.
sumber : Nurul Muhayen
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak kahwin tapi duit tak pandai simpan macam mana nak kahwin? itulah persoalan yang sering timbul dikalangan anak muda yang ingin berkahwin.
Ya, dengan zaman sekarang semuannya memerlukan duit untuk melakukan segala-galanya. Sebab itu kalau anda sudah berjumpa dengan pasangan dan niat untuk berkahwin dengannya perlu mengatur perbelanjaan anda.
Walaupun anda masih tidak menemukan jodoh lagi, ada baiknya simpanan lebih awal itu lebih bagus. So, nanti takdelah menunggu lama nak kahwin sebab tak cukup duit kan? Kami kongsikan kepada anda tips untuk menabung untuk simpanan tabung kahwin.
1. Simpan 10% dari gaji
Lepas tu letak duit 10% tu dekat tempat yang korang susah nak keluarkan dan dapat dividen. Kalau dapat simpan lebih 10% lagi bagus. Contoh: ASB.
2. Jangan beli kereta dulu
Usaha naik public transport. Dah kahwin nanti baru fikir beli kereta. Komitmen kereta sangatlah tinggi kalau beli sebelum kahwin lagi-lagi gaji RM1500 sebulan.
3. Elak makan dekat kedai hipster
Tak perlu dating makan luar tempat mahal-mahal. Nanti lepas kahwin dating je setiap masa. Tak dating nanti dosa.
4. Buat simpanan terus lepas habis belajar
Jangan tunggu dah nak kahwin baru nak menyimpan, kalau belum ada perancangan nak kahwin pun dah boleh simpan terus supaya nanti tak kelam kabut nak cari duit.
Wanita, hatinya setipis kulit bawang. Diciptakan dengan penuh kelembutan, kasih sayang dan mudah mengalirkan air mata jika ada perkara yang memilukan terjadi padanya. Mereka juga mudah sekali mengambil keputusan singkat kerana terdorong dengan sifat emosinya yang ditonjolkan. Umumnya wanita lebih suka menangis kala diri dalam keadaan tertekan.
Wanita cenderung menggunakan perasaannya ketika menyelesaikan masalah yang dihadapinya, Berbeza keadaan dengan lelaki yang banyak menggunakan logik pada setiap masalah yang dihadapinya. Walau sekuat mana hati wanita, kebanyakan wanita tetap akan menitiskan air mata kerana tidak tertanggung oleh perasaan. Lelaki perlu tahu dan prihatin dalam menjaga hati wanita .
Kenapa wanita menangis?
Faktor Hormon
Ketika Pra menstruasi atau PMS, wanita sering bersikap yang tidak biasanya, seperti sering marah-marah, sukar mengatur emosi dan sangat sensitif dengan hal-hal yang boleh menyinggung perasaan. Maka wanita yang sedang mengalami pra menstruasi kadang kala tidak mampu mengawal tingkat emosinya dan seketika meledak dan membuat lelaki bingung menghadapi sikap tersebut.
Menarik simpati
Rasa bersalah atau malu sering kali diungkapkan oleh wanita dengan menangis, hal ini dilakukan semata-mata untuk menarik rasa simpati dan usaha untuk menutupi kesalahan dari lelaki agar tidak marah atau kecewa dengan dirinya. Memang hal ini boleh dikatakan tidak mencerminkan sikap kedewasaan di depan lelaki, namun sebahagian wanita menganggap cara ini cukup efektif untuk mendapatkan maaf atau sekadar menunjukkan rasa ingin dimanja.
Perasaan Emosi
Banyak faktor yang menyebabkan wanita merasa emosi seperti kecewa, sakit hati atau masalah lainnya yang melibatkan perasaan. Ketika perasaan emosi wanita sedang memuncak dan tidak menemukan tempat untuk mencurahkan isi hatinya, biasanya menangis menjadi solusi yang dipilih untuk melepaskan rasa sesak pada perasaannya.
Kehilangan
Ketika wanita merasa kehilangan sesuatu dalam dirinya mahupun dalam hidupnya mereka akan menangis. Hal ini tidak lepas daripada sifat wanita yang selalu menjaga apa pun yang dimilikinya. Wanita yang tegar akan menerima dengan ikhlas namun di sebalik keikhlasan itu kemudian dia menangis kadang-kadang tidak ada orang lain yang melihatnya. Sebahagian lagi ketika merasa kehilangan sesuatu, mereka akan meluahkan perasaannya dengan tangisan.
Dibohongi
Pada ketika wanita merasa dirinya telah dibohongi perasaan kecewa dan sedihlah yang timbul. Pada ketika situasi seperti ini wanita cenderung diam dan menyesali keadaan kenapa sampai dibohongi. Akhirnya kadangkala tanpa disedari dalam lamunannya wanita mengeluarkan air matanya.
Dilupakan
Wanita selalu ingin diperhatikan oleh pasangannya seperti mengingati tarikh ulang tahun contohnya. Ketika pasangannya lupa hari ulang tahunnya maka reaksi yang timbul ialah rasa kecewa dan sedih yang berhujung dengan air mata yang keluar. Wanita selalu ingin dikenang dan tidak mahu dilupakan, maka ketika dia dilupakan wanita jadi sedih dan menangis.
Terharu
Perasaan ini muncul ketika wanita melihat mahupun mendengar hal-hal yang menyentuh perasaan. Kadang perasaan sedih namun hal-hal yang membahagiakan pun mampu membuat wanita terharu. Ketika wanita merasakan sesuatu yang menyentuh perasaannya dan merasa terharu biasanya mereka menangis. Hanya ketika wanita terharu mereka menangis menitiskan air mata tanpa mengeluarkan suara.
Marah
Ketika marah, wanita berteriak atau berkata kasar sampai menangis. Keadaan itu kadang kala membuat orang di sekitarnya dan terutama pasangannya ikut terkena akibat dari amarahnya. Jika sudah dalam situasi demikian, biasanya wanita ingin sekali diperhatikan, didampingi dan didengarkan keluhannya oleh orang yang disayangi. Dengan cara itulah yang boleh menurunkan rasa marahnya kerana wanita merasa memiliki kekuatan dari orang-orang yang boleh mengerti situasinya.
Terkenang Sesuatu
Teringat kenangan masa silam sama ada yang menyenangkan atau menyedihkan tentunya pernah dialami setiap orang. Reaksinya juga berbeza-beza jika mengingat kenangan tersebut. Khususnya bagi wanita, jika teringat kenangan manis, biasanya dia akan tersenyum sambil mencuba kembali ke masa itu, tetapi jika teringat hal yang menyedihkan sikapnya pun boleh berubah secara tidak terduga, entah itu marah atau sedih, bergantung daripada situasi pada ketika itu.
Wanita boleh menitiskan air matanya atas beberapa alasan ini. Maka lelaki jagalah hati wanita agar tidak mudah tersentuh.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!