Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan, majlis perkahwinan yang sekian lama anda rancang tanpa disedari ia datang begitu pantas. Pastinya di majlis ini nanti anda mahukan setiap momen dirakamkan oleh lensa kamera agar ia bakal menjadi kenangan abadi hingga sampai ke anak cucu.
Untuk menggunakan khidmat jurugambar, perkara utama yang perlu anda fikirkan ialah shot terbaik yang ingin dirakamkan. Walaupun anda dan pasangan akan dibantu oleh jurugambar, anda juga harus mengetahui shot bagaimana yang anda inginkan untuk album perkahwinan.
Tentunya shot yang terbaik akan membuatkan momen penggambaran berjalan dengan lancar. Jadikan gambar-gambar ini sebagai shot wajib ada dalam senarai penggambaran anda nanti agar ia menjadi kenangan abadi dalam album perkahwinan anda.
1. Cincin
2. Bunga tangan
3. Baju perkahwinan
4. Pengantin sedang mekap
5. Dandanan rambut
6. Gambar pengapit
7. Hiasan tengah meja
8. Dekorasi seluruh dewan
9. Susunan meja
10. Kek perkahwinan
Sumber gambar: pinterest
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Bagi Barang Hantaran Jangan Sampai Berlebihan. Ini Anda Perlu Tahu
Pada zaman sekarang, pemberian dulang hantaran pada majlis pertunangan dan pernikahan merupakan satu kemestian dan malah sudah menjadi adat.
Mengikut cara islam tidak perlu semua itu, tapi perkara ini sudah menjadi simbolik untuk setiap majlis pertunangan dan perkahwinan.
Ada beberapa perkara yang bakal pengantin perlu tahu dan perlu elak jika anda ingin majlis anda berjalan lancar dan “Wow…”
Perlu diingat:
1. Bekas hantaran. Perlu ada, kalau tidak macam mana anda ingin mengubahnya
2. Mesti ada alas dulang seperti daripada fabrik organza, satin, sifon dan II
3. Cantikkan gubahan dengan jambagan bunga sama ada yang segar ataupun artifisial. Lagi banyak lagi cantik. Tapi jika anda memilih bunga lebih dari satu color, pastikan color tersebut matching. Agar tidak nampak bercelaru atau terlamapau berwarna warni.
Namun ada juga yang menggunakan sedikit bunga dan terpulang pada cita rasa masing-masing.
4. Pastikan gubahan itu kukuh dan senang untuk dibawa. Supaya tidak jatuh semasa dibawa pengiring.
5. Jika memberi barangan makanan, pastikan diletakkan didalam bekas yang selamat agar tidak dimasuki habuk ataupun serangga seperti semut atau lalat.
Perkara yang perlu dielak:
1. Jika mahu membawa manisan sebagai hantaran seperti kek atau kuih, pastikan diisi pada hari mahu berangkat dan pastikan makanan tersebut tahan lama. Jangan bawa manisan yang berkuah, bimbang menghadapai kesukaran membawanya.
2. Elakkan hantaran dibawa oleh kanak-kanak, bimbang akan terjatuh dan pasti akan mencacatkan majlis.
3. Pastikan kek yang dibawa adalah jenis fondan/sponge bukan krim.
Risau semasa membawa akan jatuh atau kemek.
Tips minimumkan kos:
1. Beli barang gubahan dengan harga borong.
2. Buat penawaran untuk menggandakan penjimatan wang
3. Bandingkan harga di beberapa kedai terpilih
4. Beli barang hantaran sewaktu jualan potongan harga
5. Jika barangan lama (seperti majlis tunag) masih elok, boleh gunakan dengan menggubahnya semula.
6. Beli barang sedikit demi sedikit
Tips untuk memilih barang hantaran:
1. Tetapkan bajet untuk barang hantaran
Kenapa anda perlu tetapkan bajet? Supaya anda tidak membazir.
Untuk memudahkan kerja dalam merancang kewangan, bahagikan bajet kepada 3 benda utama, iaitu:
Bajet untuk dulang
Bajet untuk gubahan dulang
Bajet untuk barangan hantaran
Apabila bajet sudah dibahagikan, anda akan berasa lebih mudah untuk menyemak dan mengawal kos perbelanjaan anda nanti.
2. Tentukan jumlah dulang
Setelah bajet ditetapkan, seterusnya anda boleh menetapkan jumlah dulang. Mengikut adat melayu, bilangan dulang adalah didalam angka ganjil.
Jika pengantin lelaki bercadang memberi 5 dulang, maka pengantin perempuan kena balas 7 dulang.
Jadi, bincanglah baik2 bersama-sama pasangan anda.
3. Pilih konsep majlis dan tema warna
Antara tip penting dalam memilih barang untuk dulang hantaran adalah memilih konsep dan tema warna terlebih dahulu.
Sebagai panduan, jom lihat cadangan konsep majlis dan tema warna yang mungkin bersesuaian untuk anda:
Konsep Klasik Tradisional Melayu – Warna yang sesuai adalah emas diraja, ungu manggis, hijau gelap dan merah/maroon. Biasanya hiasan dulang akan merangkumi tapak sirih tradisonal, bunga paha, bunga telur dan hiasa bunga segar.
Konsep Perkahwinan Inggeris – Warna yang sesuai untuk konsep perkahwinan seperti ini adalah warna-warna pastel seperti putih, biru, kuning, merah jambu, dan hijau. Semuanya di dalam tona warna yang lembut. Hiasan dulang pula seperti bunga hydrangea, lily, pot pori, kek/cupcake, atau dulang moden seperti kaca atau dulang putih berenda bunga.
Konsep Perkahwinan Hipster/Santai – Bagi konsep perkahwinan ini, pilihan warnanya adalah lebih banyak. Cadangan hiasan dulang pula seperti alas dulang bantal, kayu palet ataupun sponge.
Setelah menetapkan konsep dan tema, anda dah boleh mula memilih barang yang ingin anda letakkan di atas dulang.
4. Pelbagaikan pilihan barang hantaran
Bincang terlebih dahulu dengan pasangan anda sebelum membuat senarai barang hantaran.
5. Beli barang hantaran bersama-sama
Rasanya, ramai bakal pengantin yang melakukan tips ni, tapi masih ramai lagi yang tidak tahu akan kepentingannya. Kami mencadangakan kepada anda untuk pergi membeli barang hantaran bersama-sama kerana ia memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pembelian.
6. Jangan berlebih-lebihan
Dulang hantaran hanyalah secebis daripada kesuluruhan majlis perkahwinan anda. Ada banyak lagi kos lain yang perlu difikirkan.
Takut nanti anda berhabis-habisan pada dulang hantaran bajet untuk perkara penting seperti tempahan dewan,kad kahwin, goodies, katering dan sebagainya akan lari.
Beringat-ingat dalam membeli barang hantaran ye. Yang penting lengkap dan cantik.
Sumber : saranghaeyo
Boleh juga baca artikel ni …. http://www.pesonapengantin.my/barang-hantaran-kahwin-apa-yang-patut-anda-beri-pada-pasangan-2/
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Terserlah Cantik Jika Boleh Menjaga Dirinya Dengan Baik & Mengikuti Ciri-Ciri Menurut Islam
Kecantikan seorang wanita dinilai bukan hanya pada zahirnya malah kecantikan wanita yang sejati ialah apa yang tersirat. Melihat peribadi wanita yang lemah lembut tutur kata dan menjaga tata susila dan perilaku merupakan kecantikan yang sejati buat wanita.
Tiada guna berwajah cantik rupawan namun peribadinya amat mendukacitakan. Wanita yang tergolong cantik dari sudut pandangan Islam ialah mereka yang memilik akhlak yang mulia. Ini bermakna wanita bukan hanya cantik di luar secara fizikal malahan cantik juga peribadinya sekali gus melengkapi pakej seorang wanita.
Pedoman hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, al-Nasa’i, Abu Dawud Ibn Majah Ahmad ibn Hanbal dan al-Darimi dalam kitabnya daripada sahabat Abu Hurairah ra.mengatakan bahawa:
“Perempuan dinikahi kerana empat faktor. Kerana hartanya, nasabnya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung.”
Walaupun demikian, cantik semulajadi wajah juga tidak boleh dihindarkan begitu saja, jika boleh seimbangkan kedua-duanya itulah hadiah dari Allah terbesar untuk wanita. Berikut merupakan ciri-ciri wanita cantik menurut Islam :
- Sentiasa menjaga pandangan agar kelihatan sopan dan terpuji. (Surah an-Nur 24:31)
- Tidak bergaul bebas dengan kaum lelaki ajnabi, kecantikan dipelihara tanpa dipertontonkan. (HR Bukhari)
- Pembawaan diri sopan, tegas dan bersahaja. (Surah al-Qasos:25)
- Sentiasa bercakap dengan nada suara tidak di manja-manjakan dan tidak dilembut-lembutkan. (Surah al-Ahzab:32)
- Menjauhkan gaya tabarruj dan penggayaan diri yang mengganggu fitnah lelaki hingga menarik kepada dirinya. (Surah al-ahzab:33)
- Berpakaian membawa identiti wanita mukminah. (Surah al-Ahzab:59)
- Sentiasa bersih dan berbau harum. (HR Bukhari)
- Tidak mengubah ciptaan Allah seperti pembedahan plastik, membuat tatu, mencukur alis dan sebagainya. (Surah an-Nisa:119, HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan at-Thirmizi)
- Tidak meniru penampilan lelaki dari cara berpakaian, bercakap serta pembawaan diri. (HR Ibnu Abbas)
Dapat disimpulkan bahawa sebenarnya seluruh wanita itu tidak ada yang buruk, semuanya cantik jika boleh menjaga dirinya dengan baik dan mengikuti ciri-ciri di atas, apalagi bagi kalian yang mengaku sebagai wanita muslimah untuk bisa ditiru oleh seluruh muslimah didunia agar bisa cantik lahir dan batin.
Sumber: pelikdunia.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas Kahwin, Ini Petua Kalau Betul-Betul Dah Bersedia Nak Hamil
Selepas berkahwin mesti pasangan ada pasang niat untuk terus mendapatkan cahaya mata kerana cahaya mata itulah pelengkap sesebuah keluarga. Pasti suami andalah orang pertama yang paling teruja bila dapat tahu anda mengandung bukan?
Tetapi, ada juga pasangan yang masih belum sedia menimang cahaya mata. Bagi anda yang benar-benar bersedia untuk hamil, ini adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu.
1. Ambil langkah awal pra-konsepsi
Untuk menjamin kehamilan yang sihat, berjumpa lah dengan doktor untuk mengetahui keadaan kesihatan anda. Ambil vitamin pranatal yang mengandungi folat untuk mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan tiub saraf.
2. Melakukan hubungan intim pada waktu yang tepat
Pentingnya untuk mengetahui kitaran haid anda. Kebanyakkan pasangan tidak berpeluang untuk hamil meskipun kerap melakukan hubungan intim. Waktu paling sesuai adalah kira-kira tiga hari proses ovulasi sedang berlaku. Antara petanda yang perlu anda ambil tahu adalah perubahan mukus pada serviks anda.
3. Mengamalkan gaya hidup sihat
Makan makanan yang bernutrisi tinggi, mengekalkan berat badan yang sihat, bersenam dengan kerap dan buang tabiat tidak sihat seperti merokok. Hadkan juga pengambilan kafein kepada hanya 200 mg sehari. Kopi yang diambil secara berlebihan boleh membawa kepada masalah kesuburan.
4. Berhenti ambil kontraseptif seawal mungkin
Kebanyakkan ibu bapa lupa untuk berhenti mengambil kontraseptif atau pil perancang keluarga sekurang-kurangnya sebulan sebelum hari ovulasi berlaku. Pengambilan pil perancang boleh memberi kesan sampingan kepada kesuburan.
5. Amalkan pengambilan asid folik dalam diet harian
Asid folik sebagai langkah perlindungan untuk kesihatan bayi dan juga membantu pembentukkan sel-sel darah merah. Dos yang diperlukan untuk mencegah kecacatan tiub saraf hanyalah 400 mg atau 0.4 mg sehari, tidak melebihi 5 mg sehari. Jika hamil terus ambil asid folik sekurang-kurangnya 3 bulan pertama kehamilan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI