Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan, majlis perkahwinan yang sekian lama anda rancang tanpa disedari ia datang begitu pantas. Pastinya di majlis ini nanti anda mahukan setiap momen dirakamkan oleh lensa kamera agar ia bakal menjadi kenangan abadi hingga sampai ke anak cucu.
Untuk menggunakan khidmat jurugambar, perkara utama yang perlu anda fikirkan ialah shot terbaik yang ingin dirakamkan. Walaupun anda dan pasangan akan dibantu oleh jurugambar, anda juga harus mengetahui shot bagaimana yang anda inginkan untuk album perkahwinan.
Tentunya shot yang terbaik akan membuatkan momen penggambaran berjalan dengan lancar. Jadikan gambar-gambar ini sebagai shot
wajib ada dalam senarai penggambaran anda nanti agar ia menjadi kenangan abadi dalam album perkahwinan anda.Sumber gambar: pinterest