Ganjaran Bahagia Buat Suami Isteri Yang Soleh & Solehah

Share

Apabila berbicara berkenaan suami dan isteri yang soleh, janganlah masing-masing memandang sebagai “kerja” atau “beban” yang terpaksa dilakukan kepada pasangan masing-masing.

Pandangan seperti ini akan menyebabkan masing-masing mudah kehilangan motivasi untuk berbuat baik kepada pasangannya.

Bahkan masing-masing akan berkira “Saya dah buat ini, dia tak buat itu pun” atau “Saya dah buat macam-macam, dia dah buat apa?”

Sebaliknya hendaklah suami dan isteri memandang peranan masing-masing sebagai satu amal soleh di sisi Allah.

Suami yang soleh kepada isterinya akan mendapat ganjaran syurga di sisi Allah sementara isteri yang soleh kepada suaminya akan mendapat ganjaran syurga di sisi Allah. Masing-masing berlumba-lumba untuk beramal soleh dalam berperanan sebagai suami dan isteri.

Berdasarkan pandangan yang positif seperti ini, akan tertegaklah sebuah rumah tangga yang bahagia.

Bahagia kepada suami, bahagia kepada isteri dan bahagia kepada anak-anak. Lebih penting, bahagia di dunia dan bahagia di akhirat.

Published by
Putri Adila