Dulang hantaran menjadi kemestian dalam melengkapkan majlis perkahwinan. Sudah menjadi adat dalam perkahwinan seandainya pihak lelaki membawa lima dulang hantaran maka akan dibalas daripada pihak perempuan dalam angka yang ganjil dan lebih daripada pihak lelaki iaitu tujuh dulang hantaran.
Rekaan dulang hantaran juga berubah mengikut masa dan selera bakal pengantin. Dulang hantaran yang direka semestinya mengikut tema majlis perkahwinan yang dirancang, barulah ia seiring dan sempurna. Walau apa pun bentuk dulang hantaran yang dicipta, penataan bunga menjadi pelengkap dan penyeri dulang hantaran yang digubah.
Ads
Buat bakal pengantin yang masih tercari-cari idea dulang hantaran rona segar, bolehlah mendapatkan inspirasi daripada dulang hantaran ini.
Tema perkahwinan adalah konsep yang disukai oleh bakal pengantin untuk diinspirasikan pada hari bahagia mereka. Terdapat banyak tema yang boleh kita lihat sekarang di Malaysia.
Antara tema yang menjadi ‘trend’ pada masa ini adalah tema perkahwinan di pantai. Bukan sahaja pengantin boleh melihat keindahan air laut malah dapat merasa udara segar dan nyaman semasa majlis. Jom kita lihat antara dekorasi yang menarik untuk tema ini. Memang cantik habis!
Menarik bukan? walaupun simple tapi ia masih nampak begitu mewah sekali dengar dekorasi yang indah dihiasi bunga-bunga. Pasti akan memikat mata tetamu yang hadir.
Namun, adalah elok jika anda menyediakan khemah juga. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suami-suami sekalian, kena tahu duit belanja dengan nafkagh adalah suatu yang berbeza, jadi jangan ingat korang bagi duit beli barang dapur tu dah dianggap nafkah. Please take note semua wahai suami sekalian.
Ayg, abg dah tggal duit kat almari, bwh bedak anak…guna la utk apa yg patut…"
Duit belanja…
Kenapa perlu bg duit belanja pd isteri? Duit belanja ni adalah sebagai upah utk isteri setelah dia melakukan keje2 rumah dimana bukanlah kewajipan isteri utk melakukan keje2 tersebut, tapi asbab disuruh suami dan dia taat kpd suami, maka dia buat keje2 tersebut…
Ketaatan kpd suami, ingin memudahkan urusan suami disamping ingin menjadi seorang isteri yg solehah…
Suami blk keje, suami dah tak perlu buat keje2 rumah sbb keje2 tu dah dibuat oleh si isteri, suami bleh terus rehat…so, suami xpyh buat terus la? Tanggungjawab tetap kena buat bila ada kelapangan dan masa utk melakukannya…
Klu isteri yg selalu buat, maka bagilah duit belanja, upah utknya atas apa yg dibuatnya bg pihak si suami…duit belanja dan nafkah tak sama…perbelanjaan dapur, duit tambang anak, bil utiliti smua ni tak dikategorikan dlm duit belanja…ini nafkah…
Duit belanja adalah utk isteri, utk dia gunakan beli apa yg dia inginkan yg selain drpd apa yg sepatutnya disediakan oleh seorang suami…
Contoh? Beli baja pokok, pasu, kelengkapan menjahit, acuan kek or kuih raya dan sebagainya…
Duit belanja ni sepenuhnya atas kemampuan suami, dan tiada nilai minimum yg patut diberikan kpd isteri…bg sekadar byk mana yg ada, yg boleh bg dan suami masih ada baki utk kegunaan dirinya sendiri…
Buang duit x bg kat isteri? Rugi tak? Tak rugi dan bukan buang duit…setiap satu sen yg dikeluarkan atau dibelanjakan utk isteri, ada pahala disisi Allah s.w.t dan ianya akan menjadi asbab utk kita diberikan kesihatan yg baik, dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dijauhkan dari bala bencana…
Tak percaya? Start esok, cuba bagi duit belanja kpd isteri…
Nota kaki : 3,4 hari sekali saya akan letak 50 utk digunakan isteri…tp dia tak gunakan smpai hbis pun, dia akan simpan dan keluarkan bila suami dia tgh sesak…
Dekorasi meja pernikahan tidak terlepas daripada perhatian tetamu. Dekorasi yang indah dan menarik sentiasa menjadi tatapan buat mereka. Hiasan yang berada diatas meja pernikahan juga adalah salah satu perkara yang perlu diambil berat untuk sesebuah majlis.
Kebiasaanya elemen romantik dijadikan tema utama untuk meja pernikahan. Terpulang kepada pasangan juga mahu tema yang bagaimana. Banyak sebenarnya dekorasi yang anda boleh fikirkan, jom lihat!
Rona warna baju anda juga amat memainkan peranan yang penting untuk pemilihan tema ini
Apa yang penting adalah keselesaan bakal pengantin sendiri semasa bersalam dengan tok kadi!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!