Cetuskan solekan dan dandanan menawan di hari bahagia dengan sentuhan minimalis dan moden. Magis solekan ini mampu membawa keserian berpanjangan buat ratu sehari. Hadirkan gaya ringkas namun anda tetap tampil anggun di majlis meraikan cinta.
Gincu berona merah nyata menyerlahkan hasil solekan ini. Tambah mempesona apabila dipadankan dengan sapuan rona keemasan pada kelopak mata yang memberi kesan anggun dan elegan.
TIP: Calitan gincu berona nude juga sesuai buat solekan ini. Oleskan sedikit pengilat bibir agar tampak lebih mungil.
Ringkas namun tetap menawan! Gaya rambut ini menghasilkan kesan romantis buat ratu sehari. Alunan dandanan yang gemeresik tampak seri dengan suntikan kuntuman ros berona pastel.
TIP: Anda masih tampak cantik jika memadankan dengan layah ringkas dan minimalis. Paling penting, jangan memakai tiara buat gaya dandanan ini.
Ads
Biaskan aura seri semula jadi anda dengan solekan segar ini! Sapuan pembayang mata berona tanah menjadikan solekan lebih natural dan bersahaja. Tampil seimbang dengan kening yang sedikit gelap.
TIP: Layangkan pemerah pipi berona merah jambu lembut agar solekan tampak lebih manis. Letakkan penggaris mata berona hitam agar solekan mata kelihatan lebih galak.
Ads
Gaya dandanan tocang ini pasti membuatkan penampilan ratu sehari lebih sempurna. Gaya sedikit longgar diberikan pada dandanan ini untuk memberi kesan yang lebih moden. Kehadiran bunga kecil melengkapkan dandanan anggun ini.
TIP: Untuk kesan yang lebih memukau, padankan headpiece yang ringkas dan minimalis bersama subang dan rantai bagi melengkapkan keseluruhan gaya.
Ads
SOLEKAN & DANDANAN : VEE MUHAMAD MODEL : TANYA BUSANA: COSRY
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ini perkongsian suri rumah yang menyediakan 5 campuran bahan ini untuk memastikan kesihatan suaminya kekal cergas setiap hari, nampaknya seakan berhasil. Mungkin kita boleh buat sendiri sebagai suplemen kesihatan setiap hari.
Minuman ni saya masak jadi jus pekat, dan saya masukkan ke dalam few botol, simpan dalam fridge.
Rasa dia masam masam manis.
Dan setiap pagi, sebelum mr hubby pi masjid for subuh, dia akan keluarkn sebotol, letak atas meja, dan later setiap pagi, dia akan minum satu sudu besar, masa perut kosong, setiap hari, tanpa ponteng. Suami saya juga akan pastikan, saya juga ambil sepertinya juga, satu sudu besar, setiap pagi.
Kata mr hubby, sejak minum ni, dia rasa dada lebih lapang, tak sesak dada, dan badan jadi ringan, serta pembuangan najisnya lawas, dan perut rasa sedap.
Secawan cuka epal
3 cawan madu
Bawang putih 10 ketul besar
Halia 6 ketul besar
Lemon 6 biji
Cara-cara:
Kopek & buang kulit bawang putih, halia dan lemon.
Basuh & bilas, kemudian potong.
Blend semua bahan dengan 4 cawan air.
(Saya blend 2x, maknanya setiap kali blend saya masukkn separuh ramuan + 2 cawan air).
Masukkn semua bahan kisar dalam periuk.
Masukkn juga secawan CUKA EPAL (epal cider).
Masak semua sekali sampai betul betul mendidih.
(Masa sedang kacau bacalah ayat ayat Quran yangg bersesuaian untuk mencari barokah Allah).
Angkat. Masukkn 3 cawan madu. Kacau rata.
Biar sejuk. Masukkn dalam botol. (Saya dapat 3 botol).
Simpan dalam fridge.
Minum 1 sudu besar setiap
Inilah jus kesihatan, campuran 5 ramuan iaitu halia, bawang putih, lemon, cuka epal & madu, yg sebelum2 ni mr hubby letak atas meja unt minum setiap pagi.
sumber : myinfomaya.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi pasangan suami isteri yang bekerja, tak mudah nak cari pengasuh yang baik dan ikhlas jaga anak. Risau, tambahan pula sudah banyak kes yang melibatkan deraan anak oleh pengasuh. Lagi teruk sampai ada kes lwat dan rogol dengan ahli keluarga pengasuh. Nauzubillah… moga anak-anak kita sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
Buat mak ayah yang masih bimbang memikirkan tentang pengasuh, jemput baca tip daripada ibu muda Puan Nadia Bakar, yang mana dia juga meletakkan anak di rumah pengasuh dengan mengamalkan beberapa tip ini. Mungkin ini rezeki. Kesemua pengasuh yang kami dapat baik-baik belaka. Dah ramai juga bersilih ganti waktu pengasuh tetap perlu bercuti, tetapi semuanya sangat bagus dan menyenangkan.
Alhamdulillah.
Biasanya ada 7 perkara yang saya sentiasa buat ketika di dalam proses mencari dan apabila sudah berjumpa pengasuh yang terbaik buat anak-anak saya.
1. Sentiasa mulakan dengan doa
Saya belajar tentang “doa dulu” sewaktu nak cari pengasuh lepas bersalinkan anak kedua, Annur. Waktu tu memang “terpaksa” minta sungguh-sungguh pada Allah sebab pengasuh yang sepatutnya kami dah janji nak jumpa tiba-tiba dapat kerja di tempat lain. Ya Allah!
Lagi seminggu saya dah nak masuk kerja semula ni. Mana pulak nak cari pengasuh dalam masa yang singkat? Dalam pada susah hati tu, tiba-tiba terdetik. “Apa kata aku cuba doa yang spesifik?” Waktu tu saya minta nak pengasuh yang baik, sama wavelength, yang boleh tolak ansur dengan kami, yang sayang anak kami macam anak dia sendiri.
Walau kita usaha macam mana sekalipun, tetaplah perlu minta petunjuk Allah sebab Dia jauh lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kan? Jadi, nak tak nak kena letak doa sebagai usaha pertama. Nak tahu, esoknya kami dapat pengasuh yang sama macam dalam doa saya. Sampai hari ni pun masih meremang lagi bila cakap pasal pengasuh yang ini.
2. Sentiasa kenali pengasuh
Bab ni paling penting. Walau macam mana sibuk sekalipun, mesti selidik dulu siapa yang bakal menjaga anak-anak sementara kita pergi kerja. Risik-risik daripada jiran tetangga pengasuh juga. Inilah orang yang akan gantikan kita sebagai ibu bapa setiap hari. Pengasuh bukan semata-mata jaga makan minum anak kita saja tau. Secara tak langsung mereka juga terlibat dalam proses membina diri anak kita. Pakat-pakat dengan suami, pergi ke rumah pengasuh. Sembang-sembang. Dari situ kita dapat gambaran macam mana tempat yang anak kita akan duduk nanti.
3. Upah pengasuh
Biar pengasuh yang tetapkan harga. Muliakan perkhidmatan mereka. Kita tak perlu pandai-pandai nak letak harga dulu. Jika rasa kurang mampu dan nak minta kurang, mohon budi bicara pengasuh dan sertakan sebab kita sekali. Secara fitrahnya, orang takkan buat sesuatu tanpa kita bagi tahu sebabnya. Ada rezeki, pengasuh pun faham dan rela untuk kurangkan harga.
4. Mudahkan kerja pengasuh
Bekalkan makanan, pakaian dan keperluan asas anak-anak secukupnya. Kalau tak cukup, pengasuh pun susah hati. Contohnya, jika anak menyusu susu perahan. Tuang siap-siap ke dalam botol untuk sekali minum (per feeding). Mudah untuk pengasuh terus beri anak kita susu nanti.
Tidaklah pengasuh merungut di belakang kita sebab dia rasa susah bagi susu perahan beku yang perlu dicairkan terlebih dahulu sedangkan anak kita dah meraung-meraung kelaparan. Mana nak kisahkan susu lagi, anak kita lagi. Saya pernah terbaca kisah pengasuh yang suruh si ibu belikan susu tepung sebab susah nak handle susu perahan. Sedangkan tinggi harapan kita nak menyusukan anak dengan susu perahan sampai 2 tahun. Mudahkan kerja orang, Tuhan akan mudahkan urusan kita kan?
5. Hargai dan sayangi pengasuh
Kita rasa kalau majikan layan kita baik-baik macam keluarga dia sendiri, kita gembira tak? Bila pergi bercuti, beli buah tangan untuk pengasuh. Bila dapat bonus, hulurlah sedikit bonus juga. Bila dekat-dekat raya, beri duit raya. Boleh juga bayar lebih sikit setiap bulan sebagai sedekah. Sesekali bawa pengasuh makan best-best di luar. Untung-untung Allah lapangkan pintu rezeki buat kita dan jadi saham di akhirat nanti. Bukan senang tugas seorang pengasuh. Kita yang ibu bapa kandung ni pun berapa kali dah bertukar jadi “mak pak kau hijau” kat rumah kan?
Bila pengasuh gembira, selalunya dia akan jauh lebih gembira dan redha untuk jaga anak-anak kita. Silap-silap hari cuti pun dia minta hantar anak-anak ke rumahnya. Serius.
6. Jangan sesekali menipu
Bab ni paling dibenci oleh sesiapa pun kan. Kita sendiri pun tak suka ditipu. Jadi, kalau kita ada hal peribadi di luar yang menyebabkan pengasuh terpaksa jaga anak kita lebih masa atau waktu yang sepatutnya pengasuh cuti (selalunya hujung minggu), cerita betul-betul pada pengasuh.
Makcik, hari ni saya cuti. Tapi saya kena pergi Damansara, ada urusan peribadi sikit. Selalunya pengasuh boleh bertolak ansur kalau kita ni banyak menyenangkan dia. Malah dia sentiasa berbesar hati untuk tolong kita.
7. Teruskan berdoa dan berdoa
Bila kita dah pun usahakan apa yang patut, jangan lupa untuk berdoa buat pengasuh dan anak-anak kita. Setiap hari. Doakan pengasuh diberikan kesihatan yang baik, diluaskan pintu rezeki dan dipermudahkan segala urusannya. Semoga Allah pelihara keselamatan pengasuh dan anak-anak kita sepeninggalan kita untuk bekerja. Boleh juga amalkan doa dengan Asmaul Husna.
Ya Hafiz, Ya Hafiz, Ya Hafiz, Ya Allah. Ya Allah yang Maha Memelihara. Kau peliharalah keselamatan pengasuh dan anak-anak kami. Hanya Kau sebaik-baik pemelihara.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk anda yang dah kahwin, berkawan lah dengan isteri dan ambil peduli tentangnya. Sibuk mana pun anda mencari rezeki, jangan lupa untuk hello bertanya khabar. Macam mana dia di tempat kerja.
Ini tidak, ramai yang buat-buat sibuk. Langsung tak sempat kongsi tentang rasa. Ya, mungkin penat tetapi ketahuilah orang rumah anda juga perlukan kawan untuk berkongsi tentang rasa. Kawan untuk tumpangkan bahu.
Dah Kahwin Kena Layan Isteri
Nah, ini beberapa nasihat untuk suami agar menjadikan isteri sebagai sahabat, bukan hanya isteri:
1. Jalinlah hubungan persahabatan yang erat dengan berkongsi perasaan, fikiran dan pengalaman hidup bersama isteri. Biarkan dia menjadi tempat untuk meluahkan segalanya.
2. Berbuallah secara terbuka, jujur dan saling memahami antara satu sama lain. Salah faham dan tersembunyi perasaan merosakkan persahabatan.
3. Luangkan masa bersama isteri untuk berbual-bual, berkelah dan melakukan aktiviti kegemaran bersama. Ini akan mengeratkan hubungan persahabatan.
4. Berikan sokongan dan dorongan penuh apabila isteri menghadapi cabaran. Sahabat yang baik sentiasa memberi semangat.
5. Kongsi gelak ketawa dan senda gurau bersama. Hubungan persahabatan yang sihat perlu diseliakan dengan kegembiraan.
6. Hormati dan percayai isteri seperti sahabat. Tiada sebarang helah dan tipu muslihat dalam persahabatan yang sejati.
7. Berikan ruang dan kebebasan kepada isteri untuk menjadi diri sendiri. Sahabat menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing.
8. Jadikan isteri sebagai orang pertama diutamakan selepas kedua ibu bapa. Sahabat seharusnya didahulukan dari yang lain.
9. Bermusyawarah dan berbincang setiap perkara penting bersama isteri. Pendapat sahabat amatlah dihargai.
10. Jangan sesekali mengkhianati kepercayaan isteri. Mengkhianati sahabat adalah dosa yang besar.
Sekiranya suami benar-benar menjadikan isteri sebagai sahabat sejati sepanjang kehidupan, insya-Allah kehidupan rumah tangga akan sentiasa dipenuhi dengan keakraban, kebahagiaan dan kejayaan yang berpanjangan. Persahabatan adalah ikatan yang tidak ternilai harganya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!