Nampaknya bulan September memang ramai selebriti yang menamatkan zaman bujang. Salah seorang daripadanya adalah pelakon Ainul Aishah.
18 September 2022, Ainul selamat bernikah dengan seorang jejaka kacak, Khalid Redzuan. Majlis yang diadakan di The Saujana Kuala Lumpur dihadiri keluarga dan sahabat-handai.
Dalam posting Ainul, dia mengucapkan syukur kerana segala urusan perkahwinan berjalan lancar. Malah, dia gembira kerana dapat bersama dengan seorang lelaki yang penyayang. Ainul turut berkongsi kegembiraan kerana dikelilingi keluarga dan sahabat.
Sungguh indah busana yang disarungkan Ainul di hari pernikahannya. Rekaan dari Davis Paul Lister (dplkl) cantik terletak di tubuh Ainul. Potongan ringkas namun memberi volume
pada bahagian bawah baju.
Jurusolek, Ady Razak diberikan kepercayaan untuk merias Ainul di hari pernikahannya. Manakala dandanan rambut pula daripada Ckay Liow
Ainul Aishah dan Khalid Redzuan telah bertunang pada Mac tahun lalu selepas menjalin hubungan cinta selama 5 tahun.