Jika ada pasangan bakal mempelai yang bercadang untuk membuat goodies kenduri kahwin dengan meletakkan roti, ia satu cadangan yang baik dan praktikal. Roti memang menjadi kesukaan semua orang jadi tidaklah membazir jika dijadikan buah tangan untuk dibawa oleh tetamu.
Mudah dan tidak remeh. Hanya perlu membuat pesanan dari kilang. Pihak kilang akan hantar terus ke rumah tanpa cas penghantaran dengan pilihan kotak yang cantik untuk roti putih pada harga RM3.20 termasuk kotak yang cantik.
Berikut perkongsian seperti yang dipetik dari Soraya Yusof via Tip Persiapan Kahwin (TPK)
Boleh pilih design kotak ikut tema
Minima oder 50 unit
Kalau mahu yang jenis mi, boleh beli sini 👉🏻 https://shope.ee/5KeCZ3YtYi
Harga twiggies pula RM1.66 sepeket ada 2 pcs kek
Ini tanpa kotak ye
Kene beli kotak sendiri
Kat sho..pi ade 100 pcs RM30 sini 👉🏻 https://shope.ee/fsN078xPM
Ada banyak warna yang menawan
Roti krim pula beharga 90 ++ sen kalau tak silap
Minima oder 300 unit
Kalau kite ade oder roti lain-lain boleh dipertimbangkan kalau nak oder 100 unit je. Yang bestnya stok semua segar dan baru. Kadang-kadang pening hendak memikirkan goodies yang tak membazirkan.
Berikut cara-cara hendak membuat tempahan:
1. Tempahan sebaiknya dua minggu sebelum kenduri kahwin. Roti putih akan dihantar sehari sebelum kenduri. Twiggies dihantar lebih awal sebab tarikh tamat tempohnya lebih lama.
2. Staff akan bagi invois oder di whatsap.
3. Buat pembayaran dan send bil bayaran di whatsap.
5. Korang boleh membuat tempahan bagi setiap negeri di talian 03-5161 3228 melalui Jabatan Jualan Kilang.
Bagi tahu hendak bercakap dengan bahagian sale , lepas itu staff akan tanya nak oder apa dan date kenduri tu bila. Date nak hantar bergantung pada jenis roti yang di oder dan staff kilang akan bantu korang nanti. Roti boleh dihantar ke seluruh Malaysia.
Sumber: Soraya Yusof via Tip Persiapan Kahwin (TPK)