Kahwin hanya sekali seumur hidup, jadikan ia sebagai hari yang paling bermakna buat anda dan si dia. Pastikan anda menitik beratkan segala aspek warna pada hari perkahwinan anda agar tidak terlihat carca marba.
Begitu juga dengan tema gubahan hantaran. Di bawah ini kami akan berikan sedikit tips yang anda boleh pikirkan atau gunakan sebagai panduan dalam pemilihan warna untuk gubahan. Selamat mencuba!
1) Kombinasi 2 warna kegemaran anda dan ahli keluarga
Ini melibatkan ahli keluarga. Berbincang dengan ahli keluarga tentang warna yang anda impikan dan tanya pendapat mereka. Mungkin mereka juga ada impian tertentu untuk majlis perkahwinan anak atau adik beradik tersayang. Mesti ada sifat give & take. Kene ingat banyak hati kene dijaga supaya majlis kita berjalan dengan lancar
2) Kombinasi 2 warna kegemaran anda dan pasangan
Jika ahli keluarga tidak kisah dan menyerahkan pada anda untuk tentukan tema color maka tips di bawah mungkin dapat membantu. Gabungkan saja warna kegemaran anda dengan warna kesukaan si dia tersayang. Jangan risau kalau warnanya akan kelihatan terlalu kontra. Contohnya cik abang suka warna hitam, tapi awak pula suka warna pink.
Kombinasikan saja warna tu. Pilih salah satu warna untuk menjadi lebih dominan agar gubahan itu nanti kelihatan lebih harmoni dan manis dipandang. Contohnya kalau anda memilih warna hitam lebih dominan, hiaskan dan gabungkan gubahan anda dengan sedikit eksesori berwarna pink seperti riben, renda, manik-manik ataupun bunga-bunga kecil. Hasilnya pasti menarik dan unik sekali.
3) Pilih warna kegemaran si dia tersayang
Cara ini paling baik dan berkesan terutamanya untuk majlis pertunangan. Cuba kenal pasti warna kesukaan pasangan anda. Gunakan warna kesukaan pasangan anda itu sebagai warna tema gubahan hantaran anda yang istemewa itu. INGAT !!! warna kesukaan sidia dan BUKAN warna kesukaan anda.
Nak tau kenapa? sebenarnya ini satu cara selamat untuk anda menawan hati sidia. Ini kerana gubahan hantaran anda akan kelihatan cantik dan istemewa dimata sidia,.. dek kerana warnanya walaupun mungkin hantarannya taklah secanggih mana.
4) Mengikut warna tema majlis
Tips ni amat penting terutamanya untuk menyediakan gubahan hantaran perkahwinan. Gubahan hantaran perkahwinan mungkin adalah sebahagian kecil daripada agenda majlis perkahwinan anda. Namun ia bukanlah suatu yang boleh dikesampingkan atau diambil ringan. Pada Kaknin hantaran perkahwinan adalah satu pemberian yang amat bermakna sekali.
Ianya merupakan pemberian atau hadiah pertama kepada pasangan kita setelah sah bergelar suami isteri. Pemberian istemewa dari seorang lelaki yang sah bergelar suami kepada isteri tercinta.
Kredit : Rias Mazmiera Beauty & Craft