Apabila berbicara mengenai perihal perkahwinan, tentunya perkara yang terlintas di fikiran ialah hantaran. Kadangkala hal ini menjadi kerungsingan kerana memerlukan perbelanjaan yang agak besar untuk memastikan gubahan yang dibuat tampak cantik dan sempurna.
Untuk kesan yang lebih ‘class’, penggunaan bunga segar amat digalakkan. Selain memberi kesan yang lebih eksklusif dan elegan, penggunaan bunga segar juga menjimatkan.
Gubahan hantaran menggunakan bunga segar tidak memerlukan perincian lain untuk memberikan kesan menawan. Penggunaan perincian itulah yang boleh membuatkan kos menggubah hantaran menjadi tinggi.
Cukup sekadar bungan segar yang menjadi fokus utama. Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, penggunaan perincian yang minimal sudah memadai.
Au Fleur mengilhamkan sesuatu yang cukup anggun. Gubahan bunga segar dengan perincian berbentuk kristal memancarkan aura yang cukup elegan. Sulaman daun berona hijau memberi nafas segar yang tiada tara buat gubahan hantaran ini.
2. THE_CHEMPAKA
Ringkas dan minimalis! Gubahan dari The_Chempaka memberi nada moden buat setiap gubahannya. Polos tanpa sebarang perincian, penggunaan bunga segar secara keseluruhan memberi impak classy buat gubahan ini. Penggunaan warna senada bagi bunga segar memancarkan aksen romantis buat keseluruhan gubahan.
Tip Menggubah Hantaran:
1. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis bunga segar untuk dijadikan gubahan. Antaranya, bunga ros, orkid, hydrangea, peonies, lily,tulip, carnation dan lain-lain lagi.
Ads
2. Gunakan rona pastel dalam gubahan hantaran. Elakkan dari memilih rona-rona terlalu terang dan kontra kerana ia akan memebrikan kesan tampak murah buat gubahan anda. Sebaiknya, gunakan rona senada yang akan memberikan kesan elegan dan eksklusif.
3. Jangan meletakkan terlalu banyak perincian dalam gubahan anda. Cukup sekadar 1 atau 2 jenis perincian dalam satu-satu gubahan. Pastikan perincian yang dipilih bertepatan dengan tema atau konsep yang dipilih.
4. Untuk kesan terbaik, gubahan hantaran yang dihasilkan janganlah terlalu besar kerana ia akan menyukarkan anda untuk membawanya. Cukup sedap mata memandang dan bersaiz sederhana.
Ads
5. Pastikan kesemua dulang hantaran yang digubah tampak harmoni. Jangan pula setiap dulang yang digubah berlainan tema dan konsep. Oleh itu, tetapkan dahulu tema atu konsep sebelum memulakan gubahan.
Hari jadi suami anda makin hampir? Jom kita cari idea surprise birthday suami! Mesti anda nak buat sesuatu yang istimewa sempena birthday suami, kan?
Kami bawakan kepada anda 13 idea surprise birthday suami yang unik ini. Pasti suami akan sentiasa teringat kenangan indah ini kelak!
1. Dedikasi lagu dekat radio
Tak semestinya lagu romantik. Lagu comel-comel pun nampak sweet saja. Sambil tu boleh bagi ucapan pada suami. Tapi jangan buka lagu kuat-kuat sangat. Tak dengar nanti ucapan anda.
2. Balut diri anda
Ehem, faham tak apa yang cuba kami cakapkan? Cuba nakal-nakal sikit untuk birthday kali ini. Anda ikat reben pada badan, dan berbaring atas katil. Kemudian bisikkan pada suami “Sayalah hadiah abang kali ini. Bukakan ikatan reben sayang…”
3. Masakkan istimewa
Anda boleh masak sesuatu yang special, atau order dan hantar makanan tengahari pada suami. Mesti dia terkejut!
4. Bercuti sekejap
Kalau birthday suami jatuh hari minggu, kalian bolehlah pergi berjalan-jalan sekejap. Tempat dekat pun takpe! asal bersesuaian ok.
5. Layan dia seperti raja
Siapa yang tak mahu rasa special ketika hari jadi, kan? Jadi, layanlah suami anda itu seperti raja pada hari jadinya. Sekali sekala.
Sumber : theasiaparent
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mana nak tahu lelaki berstatu suami orang kalau dia tak cakap, jadi orang perempuan memang kena teliti dan semak betul-betul sebelum jalinkan hubungan lebih serius dengan seseorang.
Nurhayati Tahir Pernah Kenal Lelaki Status Suami Orang
Begitu juga dengan nasib personaliti media sosial, Nurhayati Tahir yang enggan menjalinkan hubungan cinta kerana masih trauma dengan kisah lalu.
Nurhayati atau Nurhayati Tahir, 33, berkata dia pernah ditipu oleh seorang lelaki yang sudah berstatus suami orang.
“Pengalaman mengenali orang yang salah membuatkan saya serik juga sebenarnya.
“Salah satu yang membuatkan saya ada trust issue berkaitan perhubungan ini sebab saya pernah kenal dengan seseorang yang berstatus suami orang dan saya tidak mengetahuinya,” katanya.
Tak Nak Dicop Perosak Rumah Tangga
Tidak mahu digelar sebagai perosak rumah tangga, Nurhayati mengambil langkah memutuskan hubungan dengan lelaki berkenaan.
“Sememangnya saya tidak suka, sebab saya sebagai perempuan saya tahu perasaan sakit itu bila dikhianati, ditipu, dan prinsip saya sendiri, saya tak akan sakitkan hati perempuan lain demi mengejar cinta seorang lelaki,” ujarnya.
Sebaiknya begitulah, elakkan daripada berkawan dengan lelaki berstatus suami orang sejak dari awal. Nak kata jodoh pun, benda boleh tolak. Jadi sebelum pergi lebih jauh, berfikirlah secara waras dan pandang masa depan yang bakal berlaku pada kehidupan kita.
Moga kita yang masih mencari jodoh dapat membuat pilihan terbaik untuk berkongsi hidup dengan seseorang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pesta bujang atau biasanya disebut juga dengan bachelor atau bachelorette party sudah biasa kita dengar lagi-lagi dikalangan orang muda. Parti ini, biasanya hanya dihadiri oleh sahabat terdekat pengantin, untuk meraikan bakal pengantin yang akan menjadi milik orang tidak lama lagi.
Parti boleh terjadi dalam pelbagai tema yang boleh anda pilih. Mengikut persetujuan anda dan bakal pengantin sendiri. Siapa ada plan nak buat bachelorette party dalam masa terdekat ni? Ini yang anda kena tahu sebelum nak buat. Semoga berjaya!
Jemputan
Tanya bride-to-be (B2B) siapa yang dia nak utk ada dalam guest list. Pastikan B2B selesa dgn semua jemputan. Mungkin ada orang yang dia nak ada dalam jemputan & ada orang yang dia taknak. Jadi kena tanya empunya badan supaya kita boleh maksimumkan level happy dia
Tentukan bajet
Bincang dgn senarai jemputan berapa RM yang 1orang mampu keluarkan. Contoh 8orang bridesmaids setuju nak keluarkan RM150 seorang. Jadi total dana ada RM1200 & dari situ boleh plan nak buat party kat mana, tema apa, apa makanan nak beli, game apa nak buat dan lain-lain.
Lokasi
Pilih lokasi yang senang semua jemputan nak datang. Antara lokasi yang sesuai: bilik hotel, bilik karaoke, atau kalau low bajet buat kat rumah pun best! Yang penting semua orang dapat spend time & buat B2B ingat momen tu
Tema
Tema yang best akan buat majlis lebih seronok! Boleh buat tema onesies/ pyjama party/ baju kelawar party dll. Kalau nak low cost lagi pakai jelah apa-apa tapi tentukan 1 warna tema. Barulah nak bergambar pun nampak cantik.
Dekor
Walaupun limited bajet, cuba deco ruang tu dgn kreativiti masing2. Mulakan dgn belon, ribbbon, deco makanan & lain2. Ikut kreativiti ok! DIY akan dapat jimatkan banyak cost.
Game
Banyak game best yg kita boleh buat utk buat party ni memoriable. Antara yg Alia pernah buat: blind makeup, quiz about the groom, cari nama groom dalam lambakan belon, bean boozled (ni best gile) & byk lagi!
Libatkan tunang
Bachelorette party selalunya dihadiri oleh kawan2 wanita tapi boleh libatkan cik tunang secara TAK LANGSUNG. Cth: sebelum majlis, play video pendek mesej dari groom ke bride atau quiz ttg groom. Buatkan tunang rasa terlibat secara tak langsung dlm majlis tu
Sumber : twt wedding
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!