Memang bukan mudah untuk mengambil hati keluarga mertua. Meskipun terikat kerana perkahwinan, hakikatnya anda adalah ‘orang luar’ dalam keluarga. Bukan mudah bagi mereka untuk menerima orang baharu lebih-lebih jika anda menantu sulung. Seboleh mungkin elak membiarkan gap antara ipar berterusan kerana mereka kini adalah kakak/adik/abang baharu anda.
Tujuh cara ini mampu memikat hati mereka. Siapa tahu, dia mungkin lebih memahami diri anda daripada suami anda sendiri.
Tak tahu nak berbual topik apa? Cubalah korek rahsia tentang hobi dan minat mereka. Mana tahu mungkin anda mempunyai hobi yang sama dan siapa tahu anda boleh bertukar-tukar hobi dengan mereka. Tidak pun, apabila ada aktiviti keluarga seperti family trip, barbeku atau rewang kenduri jangan berat punggung untuk join.
Ini anda kena betul-betul belajar tentang selera makan mereka daripada ibu mertua atau suami. Ketahui apa makanan kegemaran adik-beradik suami anda. Senang nanti apabila mereka bertandang ke rumah, anda dah tahu nak bikin apa di dapur. Bila kena dengan perut mereka, pasti terus dekat di hati…
Hah! Sikap mengampu, memuji terlebih had dan sogokan hadiah bukan cara yang baik untuk bermesra dan menambat hati mereka. Biarlah perasaan ikhlas dan sayang itu muncul dengan sendiri, tak perlu menggunakan ‘rasuah’ segera. Takut nanti, lama-lama mereka akan perasan sikap anda yang terlebih-lebih inginkan perhatian atau ingin mendapatkan tittle
‘adik ipar terbaik’. Jadi lebih baik anda jadi diri anda sendiri dan simpan sikap pemurah untuk hari kelak.Pengantin baharu… tak sahlah kalau tidak berkepit 24 jam, tapi silalah berpada-pada nanti takut meluat orang melihat. Jangan diekor sangat ‘punggung’ suami anda itu, cuba duduk bergaul bersama kaum wanita di dalam keluarganya. Kalau rasa memang tak boleh nak bercampur atau berbual sekalipun, tayang muka pun sudah memadai. Biar mereka sedar akan kehadiran anda dan nampak jugalah effort anda untuk meletakkan diri dalam keluarga itu. Cuba pandai membawa diri…
Jangan nak mengundang masalah sendiri! Kalau ya pun anda memang kaki gosip tapi tak perlulah melibatkan keluarga mentua anda. Bila terdengar apa-apa cerita yang kurang enak, pekakkan telinga dan keraskan hati. Cukup sekadar asam garam dalam kehidupan berkeluarga sahaja. Okaylah, kalau benar anda memang nak tahu tentang perkara sebenar, bertanya sahaja kepada suami dan noktah.
Jika ipar lebih muda daripada anda, bersedialah untuk menjadi tempat mereka mengadu. Ingat! Lepas mendengar, jangan menyampaikan. Simpan apa yang mereka luahkan ketat-ketat. Takut apabila tersebar, buruk padahnya.
Kadang-kadang penampilan ipar yang lebih senior nampak garang dan tegas. Tapi jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk anda terus berbual-bual dan mengenali ipar dengan lebih rapat lagi.