Kecantikan

Guna Aiskrim Soda Untuk Cuci Muka Dapat Cantikkan Wajah

Share

Oleh kerana terlalu banyak produk dipasaran menjanjikan kulit kembali cantik,membuatkan anda terasa was-was untuk membelinya, pening kepala yang mana satu sesuai dengan kulit muka anda.

Sebenarnya anda tidak perlu terlalu tergesa-gesa memilih produk diluar sana sedangkan anda mampu melakukannya sendiri dirumah. Tahukah anda bahawa asiskrim soda F&N mampu merawat kulit wajah anda? Sangat pelik, namun itu adalah salah satu kelebihan yang ada pada air aiskrim soda ini.

Mereka percaya kesan dari air soda tersebut dapat membuat aliran oksigen dan nutrisi masuk ke dalam kulit dengan lebih berkesan. Ia juga dapat membersihkan muka dari gelembung yang ada di dalam air tersebut dengan membuang kotoran dan juga sel-sel mati dalam pori. Ada juga yang mengatakan bahawa ia sebenarnya tidaklah memberikan kesan yang sebegitu

Caranya:

1 – Sediakan air aiskrim soda

2 – Kemudian, campurkan air dengan air bersih dalam nisbah 1:1

3- Kemudian, rendam wajah di dalam bekas berisi air itu selama 10 saat

Selepas itu, anda akan merasakan wajah lebih segar kerana ada gelembung-gelembung soda yang memberikan kesan wajah sedang ‘dibersihkan’. Ingat ya! Anda hanya boleh melakukan kaedah ini selama dua kali seminggu sahaja.

Sumber : Vemale.com

Published by
Nur Farhany Abd. Rahman