Sekadar gambar hiasan

Adakah cukup sekadar meluahkan rasa bangga dan bahagia setelah disatukan dengan ikatan perkahwinan begitu sahaja tanpa ada usaha untuk terus menambat hati pasangan.

Kami berkongsi tip bagaimana tampil menawan agar hubungan bersama pasangan ibarat sirih dan pinang, tidak boleh dipisahkan.

1. Rambut rapi terurus

Rapikan rambut walaupun anda duduk di rumah. Jangan biarkan rambut yang panjang kusut dan menggerbang sebaliknya sisirlah rambut agar menawan. Selain itu, rawat rambut agar sihat, berkilat dan halus. Biarkan rambut yang panjang melurut ke bahu. Melihat rambut yang cantik halus dan berbau harum ada kalanya mampu mengundang nafsu suami. Jika sukar menjaga rambut yang panjang, gayakan sahaja rambut pendek yang lebih mudah dipelihara.

2. Bibir merah

Bibir mungil sememangnya tarikan mata lelaki. Namun, jika anda tidak memiliki bentuk bibir sebegini, Oles gincu merah jambu ketika anda mendampinginya, lebih berkesan jika anda mengenakan gincu di hadapannya kerana ia dilihat seksi oleh lelaki.

Ads

3. Pamerkan kulit

Ambil kesempatan menyapu losyen ini di hadapan suami. Gerakan anda membelai tangan, badan dan kaki sebenarnya cukup menarik tumpuan si suami untuk terus mendekatimu.

4. Tukar gaya

Jika selalu anda berbaju ‘T’ dan berkain batik ketika di rumah, apa kata tukar gaya tersebut. Ketika di rumah bersama suami tidak salah kalau anda mengenakan sesuatu yang lebih cantik dan seksi untuk tontonan suami.

Ads

5. Percaya diri

Tanpa rasa percaya pada diri maka sia-sia berpenampilan menarik apalagi kalau suka terpengaruh dengan penilaian orang lain. Tampillah dengan penuh yakin bahawa anda sebenarnya mempunyai daya tarikan dan kecantikan yang tersendiri. Sebaiknya, semasa berhias, ikuti gaya yang digemari oleh suami.

6. Jangan keterlaluan

Anda tidak perlu mengenakan solekan yang keterlaluan untuk kelihatan cantik di rumah. Oleh itu, elakkan memakai penggaris mata yang terlalu gelap dan tebal kerana anda akan kelihatan keterlaluan dan merosakkan solekan anda. Selain itu, memakai maskara juga perlu bersesuaian dengan mata.

Ads

7. Senyum selalu

Sesungguhnya seorang suami cukup senang melihat isterinya tersenyum selalu. Senyum mampu membuatkan sesiapa kelihatan menarik dan cantik. Orang yang selalu tersenyum punya daya tarik tersendiri. Wajah yang berkerut boleh membuat orang menjauh dari kita, tetapi sebaliknya senyum boleh membuat mereka tertarik.

8. Iringi

Sentiasa cuba untuk menghantar suami ke pintu apabila dia meninggalkan rumah dan sambut dia ketika pulang dari kerja. Lakukan dengan senyuman dan ucapan mesra.

9. Berakhlak mulia

Sentiasa berakhlak baik di hadapan suami dan bercakaplah dengannya dengan lembut dan cuba mengekalkan sifat-sifat kewanitaan dari segi tingkahlaku dan sebagainya.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI