Sebenarnya bagus guna kiub ais sebelum wajah dimekap, kulit lebih anjal dan kesannya juga mampu kecilkan liang pori yang terbuka.
Jadi buat bakal pengantin, sebaiknya anda amalkan dalam seminggu sebleum majlis perkahwinan. Kalau rajin amal kiub ais pada wajah, kulit akan cantik secara semula jadi. Memang ada bezanya, nak-nak kalau anda selalu buat 2-3 kali seminggu selepas cuci muka.
Tetapi kalau nak buat setiap hari pun boleh, ambil masa lebih kurang 1 minit sehari pun boleh dapat kulit dapat kulit cantik. Jom, petua cantik daripada Osha ini!
1. Letak kiub ais pada sehelai kain atau sapu tangan ( untuk memudahkan pegang).
2. Sapu ketulan ais pada seluruh wajah dengan putatan membulat.
3. Tak perlu basuh. Lap dengan tuala atau kain bersih.
4. Boleh apply makeup atau krim muka macam biasa.
1. Makeup tahan lama
2. Melancarkan aliran darah
3. Pori-pori akan semakin mengecil
4. Mengurangkan radang kulit
5. Kecutkan jerawat
Timun (blend) – kecutkan Jerawat, pudarkan Parut, hilangkan jeragat.
Anda juga boleh menyediakan ais kiub dengan menggunakan timun. Sememangnya timun telah digunakan untuk tujuan kecantikan sejak dulu lagi. Timun bukan sahaja menyegarkan wajah malah dalam masa yang sama membantu untuk mencantikkan kulit.
Green tea, Daun Pudina, Daun Basil, madu, tea tree oil (opt) – hilangkan dark spots, kecilkan Pori, hilangkan Jerawat, anti-penuaan (fight aging) (kandungan antioksida yang tinggi), menyegarkan kulit, mencerah dan merawat sunburn.
Gula pasir – (cairkan / jadikan seperti air gula) – melembapkan kulit, kulit sihat & cerah, kecilkan pori, singkirkan kulit kering.
Oren – Mencerahkan
Anggur Hijau – Kulit lebih Berkilau
Epal merah – Membantutkan pertumbuhan Jerawat
Lemon – Mengurangkan muka berminyak
Peach – anti- penuaan (fight aging) / anjalkan kulit
Kentang – mata (sembab/ eyebag/ Bengkak)
Tomato – Melembabkan kulit
Kunyit Hidup – kecutkan jerawat
Hah, senang bukan? Nak kulit cantik tak perlukan kos mahal tetapi cukup ada ilmu dan rajin. Yang penting guna bahan semula jadi yang tak rosakkan kulit anda.
Selamat mencuba semua petua cantik ini!