Hadiah Birthday Paling ‘SWEET’, SWEET QISMINA Sah Menjadi Isteri ADAM LEE Di Hari Lahir!

Share

Mudah je nak ingat tarikh kahwin pasangan Sweet Qismina dan Adam Lee. Memilih tarikh hari lahir isteri tersayang, 24 Oktober 2022, akhirnya Adam Lee dan Sweet Qismina sah bergelar isteri. 

 

Kredit foto: Instagram Sweet Qismina
Kredit foto: Instagram Sweet Qismina

 

Pasangan pelakon ini melangsungkan pernikahan mereka ni The Boathouse, Tasik Ampang jam 10.40 pagi tadi dengan menerima mas kahwin sebanyak RM2,410.97, sebagai simbolik tarikh lahir pelakon itu apda 24 Oktober 1997. 

 

Sweet dinikahkan sendiri abang kandungnya, Ashraf Supandi dengan sekali lafar dihadapan Penolong Pendaftar Perkahwinan dan juga merupakan Imam di salah sebuah Masjid Taman Tun Abdul Razak, Ampang Selangor, Mohamad Khairi Hussein.

 

Kredit foto: Instagram Sweet Qismina

 

Untuk pengetahuan, Sweet dan Adam Lee sudah setahun bertunang pada tarikh sama iaitu 24 Oktober 2021.  

 

Kredit foto: Instagram Adam Lee
Kredit foto: Instagram Adam Lee

 

Satu hantaran Instagram di akaun milik kedua-dua pelakon ini menunjukkan mereka segak dan anggun mengenakan busana tradisional Jawa di majlis malam berinai.  

Kredit foto: Instagram Adam Lee

“Ora perlu janji sehidup semati, sing penting iso bertahan sampek mati” 

 

 

Published by
Anis Nor