Setiap kali menerima undangan perkahwinan tentunya korang akan memikirkan apa hadiah atau barang yang ingin di bagi buat pasangan mempelai ini. Jangan risau ini anta idea yang korang boleh bagi sememangnya amat berguna.
Lesung Batu
Nampak rare kan? Lesung batu sememangnya digunakan untuk bahan masakan seperti menumbuk cili, bawang, belacan untuk dijadikan bahan masakan. Tentunya pengantin akan menghargai dengan pemberian ini.
Set pinggan mangkuk
Ads
Hadiah ini pastinya benda yang paling penting buat pasangan pengatin kerana ia amat berguna pada setiap hari. Kita akan memerlukan pinggan, cawan, dan mangkuk untuk menikmati makanan.
Buku resipi
Ya, betul walaupun sekarang adalah zaman teknologi yang boleh memudahkan untuk kita mencari bahan atau resipi masakan melalui gajet tapi buku masakan tidak akan sama rasanya dengan gajet yang kita ada mungkin kerana ‘feel’ yang lain. Ia lebih berguna dan sangat mudah tak perlu nk scroll dan cari-cari.
Ads
Kuali
Peralatan utama apabila didapur sememangnya kuali lah kan. Apa kata korang hadiahkan mereka set kuali ini. Mesti mereka suka. Pengantin tak perlu risau dah nak beli kuali untuk memasak kerana keperluan utama sudah selesai.
Ads
Beg pakaian
luggage beg sememangnya sangat sesuai untuk dijadikan hadiah sebab pasangan pengantin yang baru berkahwin akan menyiapkan diri mereka untuk berbulan madu. Jadi tak salah korang hadiahkan mereka beg ini kan, boleh didapati Dalam banyak size.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau sudah jodoh, tiada masalah pun lelaki muda berkahwin dengan wanita yang lebih berusia dari dirinya.
Kena abaikan mulut orang sebab banyak kelebihan berkahwin dengan wanita lebih berusia yang mungkin anda tak pernah tahu pun.
Lelaki Muda Kahwin Dengan Wanita Berusia
Contoh terbaik yang boleh kita sentiasa jadikan teladan ialah Rasulullah SAW yang berkahwin dengan Siti Khadijah r.a yang lebih tua daripada baginda.
Ingat ya,umur bukanlah penghalang untuk rasa kebahagian dalam berumah tangga. Nah, ini fakta tentang kelebihan lelaki yang mempunyai pasangan dan berkahwin dengan wanita lebih berusia.
Lebih Naluri Keibuan
Kebanyakan wanita yang lebih berusia mempunyai pemikiran yang lebih dewasa. Jadi naluri keibuan telah wujud dalam dirinya, tak perlu berlakon. Kasih sayang yang muncul dan ditunjuk itu memang dari hati, bukan dibuat-buat.
Matang Dan Berdikari
Tak cepat melatah dan cakap lepas. Apa lagi bab bawa diri, auto boleh bertindak sendiri tanpa ragu-ragu. Perempuan yang lebih berusia bersifat lebih matang dan bijak dalam mengendali masalah walaupun dalam situasi yang berbeza. Nak ke mana-mana tak berteman pun okay sahaja, ya. Tak ada istilah takut dan tak pandai.
Sangat Yakin Bertindak
Kebanyakan wanita yang lebih tua berbanding lelaki memiliki keyakinan diri yang tinggi. Mungkin sudah biasa memasak, susun perjalanan hariannya dengan cukup teratur.
Contoh kalau uruskan hal anak-anak dia tak perlu ‘hello’ tanya suaminya. Dia sendiri arif dan tahu apa yang dia perlu buat dan didik anaknya.
Cukup Serius
Tak main-main, kalau cakap A memang akan buat A. Apatah lagi apabila terbuka hati untuk berkahwin, si dia akan fokus masa depan dan lebih memandang serius akan hubungan suci yang bakal terjalin. Semuanya sudah sangat teratur dan mereka juga seorang yang mempunyai pendirian tetap.
Bersikap Terbuka
Tak ada berkias, nak apa-apa dia akan cakap. Tak ada simpan dalam hati. Senang golongan suami nak tunaikan apa yang dia mahu. Maka tiada lah masalah makan hati dalam diam. Senang nak berurusan hal rumah tangga jika ada masalah.
Mereka akan menyampaikan hasrat di hati dengan jelas agar si lelaki mudah memahaminya. Lain orang mungkin lain sikapnya.
Apa pun terpulang kepada diri masing-masing untuk menilai pasangan. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Secara amnya lelaki itu sangat mudah dan simple. Tidak kira dari segi personaliti, perangai, dan lain-lain. Mereka ini tidak mudah untuk merumitkan keadaan sekeliling. Jika anda sudah berkahwin sebenarnya mudah sahaja nak menjadi ‘best friend’ kepada suami.
Selepas berkahwin anda akan lihat perubahan yang ketara dalam diri anda dan juga pasangan. Namun, selain menjadi isteri yang taat dan baik, bagaimana mahu menjadi best friend pula? Mudah sahaja, cuba langkah ini
1. Gelak walaupun hambar
Untuk tidak mengecewakan hati suami, buatlah suami anda tersenyum dan tertawa bersamanya walaupun anda sudah mendengar jenaka itu berulang kali.
2. Isikan minyak kenderaan juga
Kebiasaannya kita sering melihat si isteri akan duduk dalam kereta sahaja dan menunggu suami mengisi minyak. Cuba ubah pula, anda yang mengisi minyak dan suami meneman anda. Sesekali ringankan tulang juga.
3. Lakukan hobi kegemaran suami
Sesekali luangkan waktu anda bersama suami melakukan aktiviti kegemarannya seperti menonton perlawanan bola bersama. Ia dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua.
4. Jangan malu untuk memberikan pelukan/ciuman kepada suami
Ada masanya si isteri malu untuk menjadi romantik, kerana menganggap suami yang akan memulakannya dahulu. Hubungan yang bahagia perlunya ada masa romantik antara satu sama lain. Bukan sebelah pihak sahaja.
5. Pendengar yang setia
Bila suami luahkan masalahnya kepada anda, dengarlah dan beri respon kepadanya. Tanyakan kepadanya apa yang berlaku dan cuba tenangkannya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penggunaan korset atau bengkung merupakan amalan masyarakat Melayu sejak dari dulu lagi. Malah, ia menjadi satu kaedah untuk membuat pinggang nampak ramping dan cantik.
Masyarakat dahulu, anak dara semuanya menggunakan bengkung dan makan jamu dari bahan semulajadi dalam menjaga penampilan.
Pengunaan bengkung bukan perkara baru dalam masyarakat Melayu kerana ia sudah wujud sejak sekian lama sebagai satu kaedah merampingkan pinggang.
Untuk menjadikan organ dalaman kembali kepada kedudukan asal selain memulihkan bentuk badan selepas melahirkan untuk ibu berpantang.
Dengan pemakaian bengkung ini, ada ramuan khusus disapu pada bahagian perut ibu berpantang. Namun, dalam peradaban moden kini bagi sesiapa yang mengenakan bengkung, mungkin ada yang menyapu krim pemecah lemak pada perut dengan tujuan untuk mengempis perut.
Bengkung terdahulu juga diperbuat daripada kain dengan teknik pemakaian ia dililit kemas di badan bermula pada bahagian abdomen hingga pinggul selama beberapa jam atau sepanjang hari bergantung kepada orang yang memakainya.
Kini, bengkung muncul sebagai satu daripada keperluan penting penjagaan badan untuk wanita untuk membentuk badan menjadi ramping atau ingin tampil dengan parut kempis dan menawan.
Lebih menarik ia juga bukan lagi berupa kain yang dililit pada pinggang sebaliknya seperti sehelai pakaian dalam yang kemas dan inovasi bengkung moden ini digelar korset.
Ada yang diikat menggunakan tali, menggunakan cangkuk atau pelekat velcro menjadikan tempoh pemakaiannya lebih cepat dan mudah juga untuk ditanggalkan.
Bagaimanapun, persoalan yang timbul dalam kalangan orang ramai mengenai pemakaian korset ini ialah adakah ia berkesan untuk membuang lemak di dalam badan dan benarkah dengan pemakaian korset juga mampu mengurangkan berat badan individu?
Selebriti kesihatan dan kecergasan Malaysia, Kevin Zahri menerusi perkongsian di laman sosial miliknya menyebut dilihat dengan fungsi korset itu sendiri, ia bukanlah pembakar lemak di dalam badan.
Tetapi ianya lebih tepat dikatakan sebagai menolak lemak daripada bahagian perut ke atas dan ke bawah untuk ilusi bentuk badan yang lebih menawan. Dalam erti kata lain, ianya diperbuat untuk menyorok gumpalan lemak sahaja.
Berkesankah untuk kurus?
Apabila anda memakai korset, situasi ini boleh dikatakan seperti meletakkan tekanan ke atas perut serta ukuran pinggang anda. Ia menyebabkan kesukaran untuk makan berlebihan sekali gus mengurangkan selera makan.
Malahan, jika korset itu telah digabungkan dengan infra merah, ia akan menjadi panas (umpama sauna) dan meningkatkan metabolisme serta membakar kalori yang tidak semestinya membakar lemak.
Bagaimanapun, teori yang digunakan ini juga dapat mengakibatkan kesan sampingan yang serius terhadap kesihatan baik dari segi jangka pendek dan jangka panjang iaitu:
1. Ketidakselesaan untuk bernafas – penggunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan tahap oksigen yang rendah dalam badan, sehingga menyebabkan keletihan, pening dan mual.
2. kompresi atau tekanan terhadap rongga dada yang dapat mempengaruhi organ dalaman seperti hati, paru-paru dan jantung.
3. Penyebab kepada chlorosis (greensickness) iaitu kulit menjadi putih kehijauan yang disebabkan oleh adanya gangguan pada hempedu.
4. Kelainan bentuk fizikal tubuh misalnya tekanan pada perut akan terjadinya benjolan di bahagian tubuh yang lain.
Pemakaian korset bukanlah alat untuk membakar lemak atau sebagainya tapi ia mungkin dapat mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan dan memberikan ilusi bentuk badan yang lebih ‘cantik.’
Menurut Kevin, sesetengah kos korset mencapai harga beribu-ribu ringgit, jadi bagi sesiapa yang membeli korset ini ia bukanlah pelaburan yang kecil-kecilan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!