Hubungan suami isteri ni sebenarnya taklah complicated. Kita perlu pandai tackle masalah dan berterus terang andai ada yang bermasam muka. Betul juga bila orang kata, hadiah boleh buat seseorang kembali ceria. Begitulah juga suami isteri.
Tapi jangan pula anda rasa stres. Hadiah ni tak semestinya yang mahal. Masuk sahaja ke laman
web ni dan anda dah boleh pilih macam-macam. Masak masakan yang sedap-sedap pun dah boleh buat pasangan kita gembira. Jom baca nukilan dari Facebook
Suffiyah Ramadhani ni.
***************************************************
MEMBERI HADIAH MENAMBAH RASA CINTA
Saya ada lihat dan sering terbaca, rungutan sesetengah golongan isteri yang terlalu berharap suami menghargai. Entahlah, sama ada terlalu meminta atau benar2 mereka terluka, entah kenapa dan dimana silapnya.
Perempuan mmg suka kejutan. Kalau kat Instagram tu, cukup banyak dah post Instafemes suprise isteri, yang isteri suprise si suami. Ramai yang melihat hal ini, hanya mampu tersenyum. Mereka org yang diberi kelebihan yg lainnya.
Itu rezeki mereka. Jangan terikut2 jika tidak sampai pada kemampuan kita. Jujur saya kata, sepanjang 30 tahun perkahwinan arwah mak dan bapak dulu, saya menyaksikan arwah tk pernah mampu nak beri suprise pada bapak – hanya bapak ada tahun2nya dia ada rezeki lebih dan beri pada arwah mak. Kadangkala arwah hanya mahu wish sahaja pun dah cukup dia bersyukur.
Saya lihat arwah mak dulu, setiap kali birthday bapak dan tarikh ulangtahun pernikahan dia, arwah akan masak sedap2 utk bapak. Kami dulu susah, hidup ada pasang surut. But never once she failed to cook for my dad. Dia kata tu je dia mampu, duit utk anak2. Jadi bila nak celebrate apa2, dia akan masak makanan kegemaran bapak. Itu dah buat dua2 tu sangat happy tau.
Tarikh2 penting dalam perkahwinan ni, wajarlah diingat. Tapi sambutlah ikut aras kemampuan kita. Ada lebih, blh bagi lebih. Kalau tak ada, cukuplah kita menambahkan kesyukuran kita kepada Allah kerana sekurang2nya Allah masih jaga rumahtangga
Hadiah dan kebendaan ni tak penting, namun jika ada rezeki kita di situ apa salahnya. Rakan baik saya di tempat kerja, tak payah tunggu birthday dan anniversary – sgt kerap suaminya kirim bunga ros yang mahal2 gubahannya. Rasa seronok lihat dia gembira. Itu rezeki dia. Saya tahu apa dia lalui sebelum dia berkahwin dan sebahagia ini. Itulah bahagian dari Allah utknya.
Bagi diri saya sendiri, suami seawal perkahwinan mmg suka bagi suprise. Dari keychain, ke kek coklat kegemaran saya – ada sahaja hal yang terjangka. Dia suprise tiba2 balik rumah, padahal cakap nak pergi berkursus pun ada. Those things, do make me happy. Saya suka cara dia ingat, dan belajar utk buat hal2 yang membuat saya gembira. Only recently, bila dia ada rezeki lebih, hadiahnya lebih baik dan berharga. Semua ini saya tak mintak selama 7 tahun perkahwinan.
Cukuplah andai dia benar sygkan saya.
Selalu saya baca, para isteri kata tak kisah jika suami tak ingat. Sebenarnya gais, kami kisah. Kami kisah sgt. Tp kerana lebih banyak rasa bersyukur dari rasa kecil hati, kami diam. Alhamdulillah jika kami tk pendam. Kerana ramai isteri yang lebih melihat kebaikan suaminya ketika susah dan senang, dan bukan pada hari2 tertentu sahaja. Sbb itu kami “tak kisah”
Nasihat saya buat semua pasangan, ingatlah. Walau sekadar sebaris ucapan, dan sekeping bingkisan, walau hanya sepotong kek sahaja. Isteri ni, tak perlu yg mahal2 nak buat dia happy, beri nota I love you pun dia akan senyum sepanjang hari. Itulah cara menghargai. Dan jika kalian ada rezeki nak beri yg lebih lagi, beli lah hadiah yang dia sukai.
Dan buat para isteri, jika ada rezeki, raikan juga suami.
Jangan hanya menunggu utk dirai. Penghargaan tk sepatutnya datang dari sebelah pihak sahaja. Dua2 kena main peranan agar rumahtangga bahagia. Tak salah kita perempuan, turut sama buat kejutan dan hargai suami. Itukan suami kita, masa dia senang dia tak abai nafkah utk kita dan anak2. Apa salahnya kita pun ingat dan bahagiakan dia.
Raikan hari2 bahagia dan tarikh penting dalam perkahwinan. Kerana pasangan kita tak akan selamanya ada disisi. Maka hargailah kesempatan yang Allah beri.
Kalam diakhiri dgn sepotong hadis buat renungan kita, Dari Abu Hurairah r.a, Baginda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
Saling memberi hadiahlah kalian, niscaya kalian saling mencintai. (HR. Imam Bukhari)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pasangan mana yang berkahwin tidak mahukan zuriat sendiri. Ada orang dikurniakan rezeki zuriat dengan mudah dan ada yang sebaliknya. Sebagai manusia, jangan pernah berputus asa. Untuk mudah hamil, cubalah berusaha dari pelbagai sudut dan kemudian berserahlah kepada Allah.
Yang betul-betul mahukan zuriat, sanggup melaburkan duit untuk tujuan rawatan dan membeli produk-produk mudah hamil di pasaran. Banyak juga perkongsian ilmu serta doa-doa menjadi panduan untuk diusahakan. Salah satu doa dan amalan yang para isteri boleh amalkan adalah perkongsian dari Ustazah Siti Nor Bahiyah ini.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh:
Baca Bismillah 1 kali
Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan.
Contoh :
“Ya Allah, kurniakanlah kepada hambamu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat.”
Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali. Sis dan suami cuba amalkan selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan putus asa.
Selain itu juga boleh amalkan cara ini:
Tiap kali lepas solat tak kira la solat fardhu atau sunat, bakal Ibu semua, sambil pegang perut awak, sebut tiga nama dari Asmaul Husna ni.
- YA KHAALIQ = Yang Maha Pencipta
- YA BAARI = Yang Maha Mengadakan Sesuatu yang TIADA
- YA MUSAWWIR = Yang Maha Membentuk
Ulang 3 nama Allah ni.. Sebelum tidur pun boleh praktikkan. Sambil duduk rileks pun boleh. Suami nak bacakan pun boleh.
Apapun.. Ingat! ELAKKAN DARI STRESS. InsyaAllah. Lakukan secara konsisten 100 hari. Berminta mintalah dengan sabar dan penuh merendah diri pada Allah.
Allah Maha Mendengar, bila sampai waktunya pasti Allah Maha mengetahui segalanya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isu perbelanjaan untuk persediaan perkahwinan menjadi satu masalah besar kepada pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga terutamanya nilai wang hantaran.
Niat nak kahwin dah ada cuma tunggu jodoh dan duit je. Jodoh dah ada, duit pula entah ke mana.
Kalau dah ada niat tu, terus istiqamah kumpul duit. Kena tahu dulu beza duit hantaran dan mas kahwin. Ramai juga yang keliru antara mas kahwin dan wang hantaran kahwin. Ada yang tidak tahu mana satu yang wajib dan mana satu yang tidak.
𝗠𝗮𝘀 𝗞𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻 (𝗠𝗮𝗵𝗮𝗿) 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗷𝗶𝗯
– Mas kahwin ataupun disebut sebagai mahar adalah pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya atas sebab pernikahan. Mas kahwin ini akan menjadi hak isteri dan tidak boleh diambil oleh orang lain termasuklah keluarga si isteri atau suami kecuali dengan keizinannya.
Mahar perlulah diberi dengan sesuatu yang bernilai sama ada dalam bentuk material contohnya wang tunai atau gelang emas. Selain daripada itu, mahar juga boleh diberikan dalam bentuk maknawi contohnya seperti bacaan ayat Al Quran.
𝗪𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻
– Wang hantaran kahwin pula adalah hadiah berbentuk wang tunai yang diberikan oleh pihak bakal suami kepada bakal isteri. Nilainya perlulah diterima dengan rela hati oleh kedua-dua belah pihak.
Ianya tidak wajib dan tidak menjadi hak mutlak sepenuhnya bakal isteri. Sebaliknya wang hantaran ini boleh digunakan oleh keluarga pihak perempuan dalam persediaan majlis perkahwinan.
𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗔𝗱𝗮 𝗠𝗮𝘀 𝗞𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻?
– Ada yang tertanya-tanya kenapa perlu adanya mas kahwin ini? Mas kahwin atau mahar ini besar hikmahnya dalam penyatuan dua jiwa. Antara hikmahnya adalah:
1. Sebagai Cara Untuk Memuliakan Wanita
Mahar kahwin adalah satu cara untuk memuliakan kaum wanita. Ia menandakan kaum lelakilah yang mencari dan berusaha mengeluarkan hartanya demi mendapatkan wanita.
2. Menzahirkan Rasa Cinta
Mas kahwin adalah cara untuk menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang seorang suami kepada isterinya. Sesuai dengan sifat mas kahwin yang melambangkan pemberian, hadiah, atau hibah.
3. Lambang Kesungguhan
Mahar juga membuktikan kesungguhan seorang lelaki untuk membina perhubungan dan memperisterikan seorang wanita.
Islam meletakkan tanggungjawab yang besar dan berat dalam keluarga kepada suami. Jadi wajarlah suami yang perlu mengeluarkan hartanya bagi membina dan mempertahankan nilai sebuah keluarga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak lama lagi kita akan menyambut Ramadan. Ada pasangan yang bakal menikmati bulan Ramadan ini bersama-sama buat pertama kali. Seronok kan bila ada teman untuk bangun sahur, makan sama-sama ketika berbuka atau menyediakan juadah bersama-sama di rumah.
Ok, disebabkan ini kali pertama anda nak menyambut kehadiran Ramadan bersama-sama, ada beberapa tip yang boleh buat jadual harian anda menjadi mudah dan menyeronokkan. Sambil-sambil kumpul pahala, boleh juga mengeratkan lagi hubungan dan mengenali pasangan dengan lebih baik.
Solat taubat
Sebelum masuk bulan Ramadan, bangunlah bersama suami di sepertiga malam unutk mengerjakan solat sunat taubat. Mohon pada Allah agar diampuni segala dosa-dosa anda di masa lampau dan kini. Mohon juga agar hubungan suami isteri sentiasa di bawah pelindungan Allah.
Berjemaah
Ajaklah pasangan untuk solat berjemaah. Jika ada kelapangan, lakukan di setiap solat waktu terutamanya ketika hujung minggu.
Berpuasa awal
Cadangkan pada pasangan untuk berpuasa lebih awal, sekadar untuk mempersiapkan diri. Andainya melakukan puasa sunat pada Isnin dan Khamis sudah cukup untuk menjadi persediaan anda berdua, pun sudah memadai.
Jadual
Ada pasangan yang masing-masing akan keluar bekerja setiap hari. Ada juga yang hanya seorang sahaja yang keluar untuk mencari rezeki. Biar apa pun, jangan lepaskan peluang untuk masak bersama-sama. Buat jadual hari apa yang sesuai untuk anda masak bersama.
Jaga kesihatan
Pastikan kesihatan anda dan pasangan sentiasa terpelihara. Sediakan supplemen tambahan untuk anda dan pasangan agar bila berpuasa nanti tidaklah lemah sangat.
Sukan
Siapa kata bulan puasa tidak boleh bersenam? Apabila anda berpuasa lebih awal, anda melatih diri untuk menahan lapar dan dahaga. Sambil itu anda juga boleh cuba untuk bersenam bersama pasangan. Jika mampu untuk berpuasa dan bersenam bersama, senanglah nak amalkan masa bulan Ramadan nanti!
Tidur berjadual
Waktu tidur adalah waktu terbaik untuk merehatkan diri. Jangan terlebih tidur dan jangan kurang tidur. Pastikan anda mendapatkan rehat yang cukup. Sekiranya anda ingin mendatangi pasangan, beritahulah terlebih dahulu (jika boleh) supaya mereka bersedia dan boleh reschedule waktu tidur dengan lebih baik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI