Kereta anda bau hapak walaupun sudah menggunakan pewangi kereta? Mesti anda stress dan bingung mahu lakukan apa agar kereta anda kekal wangi. Terbaharu, seorang pengguna Twitter @dzulizhar telah berkongsi sebuah video tutorial bagaimana untuk mewangikan kereta anda sendiri seperti di kedai cuci kereta.
Hasil Macam Buat Nano Mist
Menerusi perkongsian tersebut, beliau menggunakan AirCon Fresh yang dibeli di MR DIY dengan harga RM11.50 sahaja. Walaupun murah tetapi hasilnya seperti anda buat nano mist di kedai cuci kereta yang pastinya lebih mahal. Mudah sahaja untuk menggunakan ia. Anda hanya perlu ikuti langkah mudah ini dan kereta anda akan berbau wangi serta ‘fresh’ berbulan-bulan. Jom ikuti langkah-langkahnya:
IKLAN
Buka penghawa dingin pada kuasa maksimum.
Kemudian, buka penutup AirCon Fresh dan letakkan dalam kereta.
Tutup pintu dan biarkan sehingga AirCon Fresh habis.
Tunggu apa lagi? Anda boleh dapatkan AirCon Fresh ini di kesemua cawangan MR DIY atau beli sahaja secara dalam talian. Selamat mencuba cara jimat untuk segarkan kereta seperti buat Nano Mist!
IKLAN
BACA JUGA :: Bau Busuk &
Kemudian, buka penutup AirCon Fresh dan letakkan dalam kereta.
Tutup pintu dan biarkan sehingga AirCon Fresh habis.
Tunggu apa lagi? Anda boleh dapatkan AirCon Fresh ini di kesemua cawangan MR DIY atau beli sahaja secara dalam talian. Selamat mencuba cara jimat untuk segarkan kereta seperti buat Nano Mist!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Khas Untuk Yang Masih Bujang, Ini Doa Dapatkan Jodoh Yang Baik
Doa mendapat jodoh yang baik – Saya ada seorang kawan yang risau dengan umur yang meningkat tetapi masih belum mendapat kawan lelaki atau bakal suami. Ahli keluarganya sudah bising mahu mencarikan teman saya tadi calon suami yang boleh menjaga makan minumnya apabila usia merangkak senja satu masa nanti.
Saya teringatkan seorang ustazah semasa hadir kelas usrah ketika tingkatan enam lama dahulu. Ketika itu ustazah sibuk suruh kita orang hafal doa dapat jodoh yang baik-baik, kerana kata ustazah kalau result stpm tak baik, kahwin aje…huhu
Doa Mendapat Jodoh Yang Baik
Doa Mendapat Jodoh Yang Baik Dalam Rumi
Allahhumma innii uriidu an atazawwaja,
faqaddirlii minannisaa-i, a’affahunna farjan,
wa ah-fazhahunna lii fii nafsihaa wa fii maalii,
wa ausa’ahunna rizqan,
wa a’azhamahunna barakatan,
wa qaddirlii waladan thayyiban,
taj’aluhu khalafan shaalihan fii hayaatii wa ba’da mamaatii
“Ya Allah, Sungguh aku ingin menikah. Takdirkanlah untukku perempuan/lelaki yang paling baik dalam menjaga kesuciannya, paling baik dalam menjaga dirinya terhadapku dan terhadap hartaku, paling luas rezekinya, dan paling besar keberkatannya. Dan takdirkanlah untukku seorang anak (beberapa anak) yang baik hingga Engkau jadikan dia keturunan yang soleh semasa hidupku dan setelah kematianku.”
Cara-cara berdoa untuk mendapat jodoh yang baik
1. Memperbaiki diri
Jika kita ingin mendapatkan jodoh yang soleh, maka kita harus menjadi orang yang solehah. Itulah maksud Allah dalam firman-Nya,
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” (QS. An-Nur: 26).
2. Tidak putus asa dalam berdoa
Jangan pernah berputus asa untuk berdoa. Doa yang baik untuk mendapatkan jodoh adalah doa yang terdapat dalam surat Al Furqon ayat 74 : “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.
3. Memperbanyakkan ibadah sunnah seperti melakukan solat sunat tahajjud, solat taubat, dan memperluaskan pergaulan dengan orang yang baik-baik akhlaknya dan agamanya.
Dan sebenarnya doa mendapat jodoh yang baik bukan sahaja boleh diamalkan oleh mereka yang belum berkahwin, sebaliknya bagi yang sudah berkahwin pun boleh membaca doa tersebut dengan harapan pasangan kita diberikan taufik dan hidayah serta berubah menjadi lebih baik dari sehari ke sehari.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Photographer Ini Kongsi 19 Pose Senang Buat Pengantin Yang Tak Biasa Bergambar
Biasalah, masuk bab posing je mesti ramai antara kita yang kaku. Yelah, kita bukanlah selalu sangat dihadapan kamera kan. So, photographer APP Aimi Photoart Photography ini kongsi 19 cara pose senang buat pengantin yang tak biasa bergambar.
Benda PALING MENAKUTKAN
“Kami xtahu nak posing”
Jangan risau. Boleh tgk cara posing yg sesuai utk anda berdua ❤️❤️
Simple jer
Try ambik contoh ni
Nanti masa nak bergambar jadi mudah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Pilih Baju Yang Sempurna Buat Bakal Pengantin Bertubuh Gempal
Wanita yang mempunyai saiz badan yang agak besar atau plus size pastinya ingin terlihat anggun dan mempesona saat bergelar raja sehari.
Masalah yang sering dialami bagi golongan ini adalah gaya atau baju paling tepat agar tampak langsing dan bergaya.
Nak nampak langsing dan menyerlah di hari bahagia, ikut tip ini.
1. Potongan Baju
Pilihan baju sexy shoulder membiaskan ilusi terbaik pada bahagian atas badan terutamanya bagi yang mempunyai rangka bahu yang besar dan lebar.
Pilihan samada bukaannya hanya paras bahu (off shoulder) mahupun sehingga ke pangkal dada. Potongan kolar berbentuk v-shape juga sesuai dan akan memberikan kesan leher yang lebih jinjang.
Baju akan tampak lebih indah disusuli rekaan lengan daripada fabrik renda perancis polos, hanya hujung lengan direka sulam sedikit sarat.
2. Fabrik Bermotif
Sekiranya anda memilih fabrik atau baju yang mempunyai corak atau motif, elakkan daripada memilih motif horizontal dan saiz motif yang terlalu besar.
Sebaiknya anda memilih baju bermotif garis-garis vertikal dan secara tidak langsung, tubuh gempal kelihatan tinggi dan ramping. Garisan-garisan yang dihasilkan mencetuskan ilusi yang lebih langsing dan kurus. Tip ini mungkin kelihatan kecil, namun mempunyai pengaruh yang sangat besar secara visual.
3. Aksesori Ideal
Memilih aksesori yang sesuai tidak kurang pentingnya untuk penampilan yang lebih menyerlah. Pemilihan aksesori dan kasut yang tepat sangat penting bagi memastikan penampilan anda agar tidak kelihatan terlalu sarat dan berat.
Kebanyakan kaum wanita mengalami kesulitan menggunakan kasut yang terlalu tinggi, jadi pilihlah kasut yang tidak terlalu tinggi atau menggunakan wedges. Kasut yang agak tinggi akan memberi kesan tubuh yang lebih jinjang bagi orang bertubuh gempal.
4. Pilihan Fabrik
Dari segi pilihan fabrik, wanita plus size perlu memilih fabrik yang lebih lembut dan polos seperti sifon, sutera atau satin yang tidak terlalu berkilat.
Elakkan dari memilih fabrik jenis jersey atau fabrik jenis melekat di tubuh kerana ia akan menampakkan lagi susuk tubuh badan anda yang gempal itu.
Anda juga disarankan supaya memilih jenis fabrik yang lebih berat kerana ia bakal menghasilkan siluet yang lebih kemas dan terletak.
5. Memahami Bentuk Tubuh
Tip terakhir yang tidak kurang pentingnya dalam tip memilih baju kahwin bagi wanita plus size adalah dengan memahami bentuk tubuh badan anda sendiri.
Seperti mana yang kita ketahui, wanita bertubuh curvy juga memiliki bentuk tubuh pelbagai. Oleh kerana itu, pemilihan baju yang sesuai dan tepat turut menentukan pesona dan keanggunan penampilan anda di hari bahagia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI