Akhiri status duda, pelakon Hafidz Rohsdi sah bergelar suami kepada wanita pilihannya Athira Yuhada.
Majlis pernikahan Hafidz atau nama lengkapnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29, dengan pasangan berlangsung di Glasshouse Event Space Glenmarie, Shah Alam.
Berita ini dimaklumkan sendiri aktor tersebut menerusi Instagramnya dengan kapsyen: “Alhamdulillah” berserta tanda pagar HafidzAthira.
Dengan sekali lafaz, pelakon drama Bisik-Bisik Gelora itu akhirnya memperisterikan Athira yang sebelum ini didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangganya dengan bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Selepas selesai akad, tetamu dilihat bersorak beramai-ramai menunjukkan keterujaan atas pernikahan merpati dua sejoli itu.
Dalam majlis bertemakan serba putih tersebut, Hafidz menyerahkan RM300 kepada pengantin perempuan sebagai mas kahwin.
Sebelum ini, tular kad undangan perkahwinan antara Hafidz dan Athira tanpa mendedahkan butiran lanjut selain memaklumkan tarikh majlis.
Ketika gosip mengenai hubungan mereka, pada Julai lalu Hafidz menegaskan antaranya dengan wanita terbabit sekadar kawan, selain menegaskan mereka tidak mungkin berkahwin dalam masa terdekat.
Bahkan, wanita berkenaan juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kekhilafannya rapat dengan Hafidz pada Februari lalu iaitu sebaik Nurul Shuhada mendedahkan keintiman mereka.
Pelakon drama Tundukkan Playboy Itu itu mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun mereka bercerai talak satu pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah yang meraih tumpuan ramai.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.
Kredit: Kosmo!