Hangatkan Kembali Momen Sweet Suami Isteri, Salah Satu Tip Yang Boleh Dicuba, Pergilah ‘Honeymoon’

Share

Detik melangsungkan perkahwinan tentunya cukup manis dan romantis. Ulang tahun perkahwinan pula disambut meriah untuk mengenang perjalanan alam perkahwinan yang ditempuhi bersama.

Namun, ada sesetengah pasangan yang merasakan momen manis semakin hilang tahun demi tahun. Kekangan waktu dan tiada masa boleh menyebabkan perkara ini boleh berlaku.

Berikut dikongsikan perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menghangatkan hubungan suami isteri seperti pengantin baharu.

IMBAS KENANGAN MANIS

Anda boleh berborak mesra dengan pasangan sambil mengingati kembali kenangan-kenangan indah zaman percintaan. Usik suami dengan gurauan mesra tentang apa yang telah dilakukannya semasa melamar anda.

Anda dan pasangan boleh juga melihat kembali foto-foto perkahwinan. Mungkin sedikit sebanyak mampu mengingatkan kembali memori indah saat bahagia.

Kredit foto: Freepik

LAKUKAN AKTIVITI BERSAMA

Sekiranya anda dan pasangan sukakan aktiviti lasak seperti ‘hiking’ atau menyelam, apa kata anda luangkan masa melakukan aktiviti tersebut dengan pasangan. Pilih destinasi yang tepat supaya anda dan pasangan boleh menikmati saat indah itu dengan jayanya.

UNGKAPAN CINTA

Anda boleh menghantar pesanan ringkas SMS pada setiap pagi dengan ungkapan romantis seperti “Saya rindukan abang, tak sabar tunggu abang balik” ketika suami anda berada di tempat kerja. Kata-kata seperti ini boleh merangsang jiwa suami anda untuk pulang lebih awal bertemu dengan anda.

MAKANAN KEGEMARAN

Isteri boleh memasak makanan kegemaran suami lebih istimewa daripada sebelumnya. Contohnya hidangkan makan malam istimewa kepada suami seperti ‘candle light dinner’ di rumah. Hias meja tersebut berlainan daripada biasa.

Kredit foto: Freepik

Letakkan bunga-bunga segar supaya suasana lebih romantis dan relaks dengan haruman bunga segar. Anda juga boleh berhias cantik pada malam tersebut. Anggap sahaja anda sedang menikmati makan malam di restoran mewah dengan suasana romantis bersama suami.

BERBULAN MADU

Mungkin kedengaran agak janggal bagi anda yang sudah berbulan madu. Tapi tidak mustahil dengan melakukan bulan muda kali kedua mahupun kali ketiga. anda dan pasangan tidak perlu ke tempat-tempat jauh seperti diluar negara.

Cukuplah dengan memilih destinasi di dalam negara seperti di tempat-tempat sejuk ataupun pulau. Abadikan saat tersebut dengan seikhlas hati. Mungkin selepas ini anda bakal menerima kehadiran orang baru, siapa tahu bukan?

KELUAR DATING

Apabila anda sudah berkahwin tidak bermakna anda tidak boleh ‘dating’ dengan suami anda. Bahkan ‘dating’ selepas berkahwin lebih menyenangkan anda berdua kerana hubungan yang halal di dalam agama. Anda boleh keluar menonton wayang dengan suami seperti yang anda lalukan sebelum berkahwin. Pilihlah cerita-cerita romantis supaya dapat menghangatkan lagi kasih anda berdua.

Kredit foto (top image): Master 1305 Freepik

Published by
Hasliza