Mencari barang hantaran buat yang tersayang menjadi perkara penting dalam checklist bakal pengantin. Apa kata hadiahkan barang kemas dengan reka bentuk yang unik dan berseni seperti jenama Stephen Webster. Jenama barang kemas eksklusif, Stephen Webster yang beroperasi di London kini di Malaysia.
Terkenal dengan potongan dan rekabentuk yang unik Stephen Webster berkolaborasi bersama Habib Jewel. Berpengalaman luas iaitu 40 tahun di arena ini dengan koleksi yang telah mendapat tempat di seluruh dunia “Fly by night” “Lady Stardust’ “Thorn” “Love Me Love Me Not” “I Promise You
” dengan inspirasi dari muzik, fesyen dan seni oleh Stephen Webster sendiri.Antara barisan artis antarabangsa yang telah menggunakan rekaan Stephen Webster adalah Elizabeth Taylor 1989 dan selebriti Hollywood seperti Madonna, Jennifer Lopez, David Becham, Kate Winslet dan Amal Clooney.
Dengan lebih 200 lokasi serata dunia untuk mendapatkannya, kini anda boleh dapatkan koleksi Stephen Webster secara eksklusif hanya di Habib Jewel Ampang Point.