Team Pesona Pengantin ingin mengucapkan tahniah buat pelawak dan penyampai radio Era FM, Danial Zaini selamat bergelar suami kepada Yasmine Umaira Yahya yang berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah di Timorra Avenue, Kuantan, Pahang semalam.
Tidak berniat menyorokkan kisah pernikahannya, Danial menzahirkan rasa syukur kerana niat memperisterikan Yasmine akhirnya terlaksana.
“Pelbagai dugaan telah kami hadapi sepanjang tempoh pertunangan dan Alhamdulillah kami berjaya hadapi segala dugaaan.” katanya memetik portal MStar.
Pada majlis tersebut, Danial turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan.
Untuk pengetahuan, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 25 Disember tahun lalu namun mengambil keputusan merahsiakan pertunangan tersebut dari pengetahuan umum demi menjaga privasi Yasmine serta keluarganya.
Pada majlis akad nikah, pasangan mempelai menggayakan busana hasil rekaan Amzar Atelier manakala busana songket mewah rekaan Man Kajang dan solekan oleh Ayang Kamel.