Majlis merisik berlangsung sudah, kini tiba untuk majlis bertunang. Bagi menyediakan barang hantaran untuk majlis bertunang janganlah terlalu mahal. Pilihan untuk barang-barang untuk bertunang kebiasaannya lebih ringkas.
Mengikut adat Melayu, barang hantaran tunang hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).
Antara barang hantaran yang biasa dan sesuai dijadikan hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:
1.Sirih junjung
2.Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
3.Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set – siap dengan kotaknya sekali)
4.Kain songket
5.Sejadah
6.Tuala
7.Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
8.Coklat atau manisan lain
9.Kek
10.Potpourri
11.Buah-buahan
Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:
1.Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)
2.Tepak sirih
3.Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
4.Telekung sembahyang
5.Kek
6.Buah
7.Coklat atau manisan lain
8.Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berani Bertemu ibu bapa si dia adalah gambaran anda serius menjalinkan hubungan dengan keluarganya
Restu daripada ibu bapa adalah sesuatu yang harus diperolehi terlebih dahulu sebelum melangkah ke fasa seterusnya dalam sesebuah perhubungan. Namun begitu, kadang-kala untuk menuju ke fasa yang seterusnya ia mungkin sukar bagi sesetengah pihak. Ini kerana ianya dihalang oleh keluarga terutamanya daripada ibu dan bapa bakal pasangan.
1. Cari Punca
Perkara pertama yang anda dan bakal pasangan anda perlu lakukan adalah mencari punca kenapa ibu bapa bakal pasangan tidak suka kepada anda. Adakah kerana anda pernah menyinggung perasaan bakal mertua atau ada hal lain yang membuatkan mereka tidak suka kepada anda? Ini adalah sesuatu yang perlu disemak bagi mengetahui perkara akar umbi yang membuatkan masalah ini berlaku.
Sebagai contoh, ada sesetengah ibu bapa yang sebenarnya bukan tidak suka kepada peribadi atau fizikal anda. Cuma mereka mungkin risau dari segi kemampuan anda terutama bagi lelaki untuk menyara anak perempuan mereka. Jadi jika ini adalah puncanya, maka si lelaki mesti memainkan peranan bagi meyakinkan bakal mertuanya dengan mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan sebagainya.
Oleh sebab itu, mencari punca adalah perkara yang sangat penting bagi merancang tindakan yang bakal diambil nanti.
2. Perbaiki Tingkah Laku
Tip kedua yang boleh anda lakukan adalah dengan memperbaiki tingkah laku terutama ketika berhadapan dengan bakal mertua. Benar akhlak adalah sesuatu yang spontan dan tidak boleh dilakonkan. Namun begitu, akhlak sebenarnya boleh dibaiki. Sebab itulah kita selalu dengar orang yang tidak baik dan nakal boleh menjadi baik. Ia adalah perubahan ke arah kebaikan yang sangat dituntut dalam agama Islam.
Allah S.W.T. telah berfirman di dalam surah Ar-Rad yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”
(Surah Ar-Rad : Ayat 11)
Orang tua biasanya akan tertarik kepada perlakuan sopan-santun dan sikap ramah-mesra. Apabila akhlak dan tingkah laku anda menjadi baik, maka ia mungkin dapat menarik minat dan perhatian bakal mertua anda untuk menjadikan anda sebagai salah seorang menantu pilihannya. Tidak salah mencuba kan?
3. Sering Bertemu Dan Bersua Muka
Berani bertemu dengan ibu bapa si dia akan memberikan gambaran bahawa anda serius untuk menjalinkan hubungan dengan keluarganya. Jika anda tidak pernah bersua muka dengan ibu bapa bakal pasangan, mereka akan lebih mudah menolak hubungan anda dengan anak mereka. Ini kerana mereka tidak kenal siapa anda.
Namun apabila kerap berjumpa, walau pada awalnya mungkin terdapat halangan atau perasaan tidak suka, semuanya boleh berubah. Jika anda bersabar dan memberi masa, mungkin akan timbul pula keserasian dan kemesraan antara keluarga si dia dengan anda.
4. Beli Hadiah Atau Buah Tangan
Sifat manusia secara kebiasaannya sukakan hadiah ataupun buah tangan. Oleh sebab itu, anda harus mengambil tahu apa kesukaan ibu bapa si dia. Sebagai contoh jika si ibu suka memasak, maka hadiah yang boleh anda beli mungkin berupa peralatan memasak.
Saya berpendapat membeli hadiah atau buah tangan merupakan pendekatan yang paling senang yang boleh anda lakukan bagi mengambil hati mereka. Jangan kedekut.
5. Berbincang Dengan Baik
Perbincangan atau dalam bahasa Arab disebut sebagai ‘syura’ adalah perkara yang sangat digalakkan dalam Islam ketika berhadapan dengan sesuatu krisis atau masalah. Allah S.W.T. telah menyebut di dalam surah Ali Imran yang bermaksud:
“…Oleh itu, maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”
(Surah Ali Imran : Ayat 159)
Ketika dalam fasa perbincangan ini, ambil kesempatan untuk menanyakan dengan baik-baik berkenaan perkara yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan restu mereka. Pada masa ini juga teknik komunikasi yang baik sangat diperlukan untuk berhadapan dengan bakal mertua supaya mereka tidak terasa hati dan beremosi.
Pada masa yang sama, si anak juga harus bijak memberikan pendapat dan menyokong bakal pasangan mereka. Perbincangan yang baik dan berkesan, insya-Allah akan memberikan keputusan yang baik untuk semua pihak. Semoga bermanfaat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dating Suami Isteri, Rugi Sangat Kalau Tak Buat Lepas Dah Sah!
Masih ramai tak buat dating suami isteri sebab masing-masing sibuk dengan urusan harian, rugi!
Ini anda kena ubah, cukup sekali seminggu pun sudah okay buat jadi ubat penat lakukan rutin harian yang sama. Jom, baca perkongsian saudara Najmi Nawawi sejenak untuk kita pulihkan hubungan suami isteri.
Dating Suami Isteri
Tajuk santai tapi serius. Kerana ketahuilah, siapa tak dating suami isteri memang rugi besar. Mana tidaknya, kalau sibuk dengan alam kerjaya, balik rumah, dengan anak lagi. Alamak memang tak sempat lah nak dating.
Dating ini bukan untuk orang yang couple, bukan untuk budak-budak tapi untuk mereka yang bergelar pasangan suami isteri. Dating high class ini aku boleh cakap sangat-sangat penting untuk kedua-dua pasangan. Aku huraikan.
1. Update Emosi
Bukan apple ios sahaja yang penting untuk kita update, emosi pasangan kita pun penting untuk kita update. Lebih-lebih lagi kalau kedua-dua pasangan bekerja.
Nak juga tahu apa perasaan dia dengan apa berlaku dekat tempat kerja, dengan kawan-kawan, bahkan antara ahli keluarga pun. Kalau tak update nanti tak synchronised emosi kedua-dua pasangan. Nanti mula akan muncul isu suami tak faham isteri dan sebaliknya.
2. Confessions Time
Ini sangat penting. Memang dah jadi fitrah perempuan, suka bercerita. Kalau ada apa yang tak disukanya lebih baik dia cerita dekat kita dulu sebelum dia sebar media sosial.
Suami perlu main peranan dan jadi dominan untuk mulakan sesi confessions ni. Pada waktu berduaan itu, boleh mulakan dengan pegang tangan isteri. Tatap mata dan tanya macam biasa. Ini kunci dia, lepas itu sediakan telinga untuk mula mendengar.
3. Depression Prevention
Kau tahu kan, sekarang ini tahun 2018. Depression awareness semakin diakui ramai kepentingannya. Dah banyak NGO ditubuhkan bagi menangani isu ini. Sebelum ianya berjangkit pada kita, belajarlah untuk listen.
Untuk huraikan tentang depression ini memang tak cukup ruangan ini, aku kena buat artikel khas lain pula. Tapi point aku ialah tersangat bagus kalau suami isteri dapat luangkan sedikit masa untuk dating, agar kita boleh lebih faham pasangan.
4. Nafkah Batin
Pasangan suami isteri mana ada masa. Lagi kalau anak dah dua tiga orang. Kau ingat macam mana, katil pun dah sempit. Cadangan aku, kalau ada pasangan yang mc, seorang lagi ambil anual leave untuk dating bersama pasangan kau. Anak hantar taska.
Dijadikan pasangan itu untuk menyempurnakan fitrah lelaki dan perempuan. Tak perlu hurai lebih, tapi kau faham sendiri. Kalau tak ada masa, cari masa dan create space untuk bersama. Banyak keruntuhan rumah tangga pun berpunca dari hal ini, jika gagal disempurnakan.
5. Love Birds
Moment moment sweet ialah sesuatu yang kita atau pasangan kita akan kenang sampai mati. Mungkin ada moment bagi kita biasa je, contoh kita angkat beg berat depan pasangan. Untuk kita, tak ada apa-apa. Tapi bagi pasangan kita itulah moment yang boleh buat dia tersenyum teringat nanti.
Otak manusia akan ingat moment pada waktu hati tenang dan bahagia. Moment itu akan disimpan dalam bahagian istimewa otak manusia. Ianya akan menjadi perisai untuk hadapi bad day satu hari nanti. Tapi kalau dating pun tidak, bila masa kita nak create moment moment ini.
Cuba ingat balik, apa moment paling anda suka tentang pasangan anda?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Terbaik Untuk Tangan Jadi Semakin Lembut Sewaktu Akad Nikah Nanti
Lembutkan tangan
Melembapkan tangan dengan losyen. Losyen adalah cara yang paling mudah dan yang paling penting untuk pastikan tangan anda lembut. Di kedai, losyen boleh didapati di berpuluh-puluh aroma dan pilihan untuk memenuhi keperluan peribadi anda.Melembapkan tangan anda setiap kali anda mencuci tangan. Cari losyen yang mengandungi mentega shea, vitamin B, dan retinol. Bahan-bahan ini menjaga kulit anda lembut lebih lama selepas anda telah menggunakan losyen.Minyak mineral dan lanolin bantuan kepada air perangkap dalam kulit. Losyen dengan asid laktik dan urea mempunyai kualiti yang menenangkan, juga. Gliserin dan dimethicone membantu untuk melembapkan, manakala asid hyaluronik boleh membantu mengekalkan kelembapan itu.
Belai tangan anda dengan minyak semula jadi. Jika anda tidak mahu membeli losyen, anda juga boleh menggunakan minyak semula jadi untuk sapu ke tangan anda, seperti yang anda lakukan losyen biasa. Satu jumlah yang sangat kecil dan ini merupakan satu alternatif yang murah. Semua minyak semula jadi berikut digunakan dalam masakan, tetapi berkhasiat dan sihat untuk kulit, kuku, dan rambut apabila digunakan dengan kerap:
Anda boleh membuat anda sendiri untuk murah di rumah:
Campurkan beberapa sudu gula putih dengan minyak zaitun atau minyak kelapa untuk membentuk pes, dan sapukan ke dalam tangan anda selama dua minit. Bilas dengan air suam, dan ia lebih lembut dari skrub
Mengambil makanan tambahan. Makanan tambahan membantu meningkatkan kelembapan dan mengurangkan kekasaran pada kulit. Asid lemak terdapat dalam diet yang paling seimbang, tetapi jika anda mempunyai kulit yang sangat kering, makanan tambahan flaxseed, minyak borage, atau malam-primrose mungkin berkesan dalam membantu mengawalnya.
Elakkan jeli petroleum dan jus lemon.
Ia adalah satu ubat biasa untuk menggunakan Vaselin atau jus lemon ke kulit kering untuk melembutkan, tetapi kedua-dua ini amnya hendaklah dielakkan apabila anda merawat kulit kering, gunakan cara yang lain. Tidak disyorkan oleh komuniti perubatan.
Vaseline sebenarnya bertindak sebagai mengunci kelembapan bukan sebagai pelembap. Walaupun ia adalah berkesan dalam mencegah chaffing dan “mengunci kelembapan di dalam,” ia bukan pelembap, dan tidak akan merawat tangan kering sahaja.
Jangan sekali-kali gunakan jus lemon jika anda akan terdedah kepada cahaya matahari, kerana ia membuatkan kulit anda terdedah kepada pembakaran.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI