Hantaran Yang Diperlukan Untuk Majlis Pertunangan

Share

Majlis merisik berlangsung sudah, kini tiba untuk majlis bertunang. Bagi menyediakan barang hantaran untuk majlis bertunang janganlah terlalu mahal. Pilihan untuk barang-barang untuk bertunang kebiasaannya lebih ringkas.

Mengikut adat Melayu, barang hantaran tunang hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).

Antara barang  hantaran yang biasa dan sesuai dijadikan hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:

1.Sirih junjung

pic-pinterest

2.Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt

pic-pinterest

3.Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set – siap dengan kotaknya sekali)
4.Kain songket
5.Sejadah

pic-pinterest

6.Tuala
7.Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
8.Coklat atau manisan lain
9.Kek
10.Potpourri
11.Buah-buahan

Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:

1.Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)

pic-pinterest

2.Tepak sirih
3.Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
4.Telekung sembahyang

pic-pinterest

5.Kek
6.Buah
7.Coklat atau manisan lain

pic-pinterest

8.Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb

Published by
Putri Adila