Cermin solek berlampu atau vanity mirror sekarang semakin popular di kalangan peminat deko, terutamanya tentulah perempuan. Kalau tengok je harga dia memang mahal.
Sebenarnya, amat mudah nak DIY sendiri vanity mirror di rumah. Guna saja barang-barang terpakai dan beberapa lagi barang yang mudah didapati.
Dalam artikel ini kami tampilkan sebuah perkongsian menarik oleh Puan Siti Fathehah. Semua bahan cuma beli di Kedai ECO RM2 sahaja. Jimat tapi tetap nampak ekslusif tau!
Bahan-bahan :
Mentol – 8pcs (RM16)
Tempat letak mentol warna putih – 4 plastik ada 8pcs (RM8)
Cermin – 4pcs (RM8)
Plug – 1pcs (RM2)
Wallpaper – 3pcs (RM6)
Gam – 1pcs (RM2)
Frame kayu letak vanity mirror – 4pcs (RM8)
Bekas letak barang makeup – 2pcs (RM4)
Sesiku L untuk lekatkan dekat dinding – (RM2)
Jumlah keseluruhan : RM56 sahaja
Cara-cara :
1. Anggarkan Saiz
Mula-mula boleh anggarkan saiz mengikut cermin dan lubang untuk mentol yang kita dah beli tadi. Buat rangkanya lebih kurang macam ni.
2. Cantumkan Kotak & Balut Wallpaper
Bila dah confirmkan saiznya, kita bolehlah lekatkan dan balut kotak tadi dengan wallpaper.
Ini gam dan double tape yang digunakan untuk lekatkan kotak tu. Gam beli dekat Kedai ECO RM2 juga. Gam ini memang kuat tapi ambil masa sikit nak lekat. Kalau nak cepat boleh guna gam yang jenis pistol tu.
3. Sambungkan Wayar & Mentol
Ini bahan yang digunakan untuk buat sambungan wayar ke mentol. Yang bahagian ni suami saya tolong pasangkan sebab saya tak pandai. Saya guna wayar yang dekat rumah aja sebab ada lebih. Kalau siapa tak ada, boleh beli dekat Kedai ECO RM2 juga.
Ads
Sambungannya macam ni. Yang wayar kuning tu positif, hitam negatif.
4. Tambahkan Meja
Bila dah siap bahagian atas tu, beginilah rupanya.
Sekarang ni saya tambahkan pula meja untuk letak barang make-up atau apa-apa keperluan masa nak cermin muka. Nak buat meja ni, saja guna frame kayu yang dibeli dekat Kedai ECO RM2 jugalah.
Boleh tengok contoh frame tu sebelah kiri, sebelah kanan tu yang saya dah siap balut dengan wallpaper.
5. Lekatkan Ke Dinding
Ads
Akhir sekali, dah bolehlah lekatkan ke dinding.
Untuk tampalkan kotak ke dinding, saya gunakan double tape tadi, yang macam dalam gambar di atas tu. Memang cukup kuat.
Bahagian bawahnya pula saya guna sesiku L dan drill ke dinding.
6. Siap!
Dah siap pun, beginilah hasilnya.
Ads
Sumber : Siti Teha, Siraplimau
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sambal goreng ini dikatakan sangat sedap untuk dihidang di dalam majlis perkahwinan, nampak mudah dan tidak memerlukan bahan yang sukar. Ikuti perkongsian resepi ini daripada Habibah Badar Bajrai di Facebooknya.
Dah lama tak masak sambal goreng ni. Nama dia, sambal goreng pengantin. Jangan tanya kenapa nama dia gitu. Sesungguhnya daku tak tau .Tapi lauk ni selalu ada kat time wedding kat Singapore.
Sambal goreng ni sedap sesangat tau. Ratah sedap, makan ngan nasi panas panas pun sedap. Tak payah lauk lain. Kalau ada yang nak cuba, ni Kak Bib share lagi sekali resepi dia
SAMBAL GORENG PENGANTIN
Bahan-bahannya
500gm daging
500gm paru paru
500gm limpa
500gm hati
* Semua bahan di atas direbus, potong dadu, goreng sekejap. Jangan sampai garing lak.
500gm udang digoreng kejap.
10 batang lada merah
10 batang lada hijau
5 tangkai lada kering
12 ulas bawang putih
3 batang serai
3 inci lengkuas
* Buang biji lada. Pastu, bahan di atas kita hiris halus. Lada kering tu kita hunting halus. Tak yah rebus. Pastu seme bahan kita goreng kejap.
Bahan Kisar
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
10 batang lada kering direbus
* Semua bahan dikisar halus
2 kotak santan kara
½ cawan asam jawa
2 inci belacan
3 cawan bawang goreng
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Daun limau purut
Cara
1. Air asam jawa dan belacan digaul rata, dan tapis – tepi kan .
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing dan naik baunya.
3. Masukkan air asam jawa dan belacan tadi. Kacau kejap.
4. Kemudian, masukkan daging, paru, limpa dan hati yang telah dipotong dadu dan digoreng, lada merah, lada hijau, bawang putih yang telah digoreng, bawang goreng dan daun limau purut. Kacau hingga rata.
5. Masukkankan santan, garam dan gula. Kalau kering, tambah sikit air.
6. Masak sehingga kuahnya mendidih dan pekat sedikit dan rencahnya meresap dalam daging, paru dan bahan-bahan lain. Kemudian masukkan lada kering yang telah digoreng. Gaul rata. Sambal ni rasa dia pedas pedas manis, dan basah sikit.
Dalam majlis perkahwinan, tuan rumah dan ahli keluarga akan memakai korsaj pada baju bagi tujuan memudahkan tetamu untuk mengenalpasti mereka. Korsaj yang sering kali kita lihat dibuat dalam bentuk bunga ataupun duit yang dilipat menjadi kipas serta dipinkan di baju. Mungkin bosan dengan korsaj yang sering digunapakai itu, apa kata anda berikan kelainan dengan membuat korsaj untuk diikat di pergelangan tangan.
Ia juga menjimatkan kos jika anda membuatnya sendiri daripada membeli yang sedia ada dari kedai peralatan perkahwinan. Bukan itu sahaja, anda juga dapat membuat korsaj dengan pelbagai rekaan unik dan lebih menarik untuk seluruh ahli keluarga.
Jom ikuti langkah-langkah ini untuk membuat korsaj dengan rekaan unik.
Bahan-bahan yang digunakan:
• Pelbagai bunga sutera (pilih beberapa kuntum bunga yang nampak realistik)
• Gam panas
• Gunting
• Pemotong wayar
• 1.5” reben satin lebar
Langkah 1: Potong kuntuman bunga yang besar dari tangkai menggunakan pemotong wayar. Pastikan dengan menyusunnya secara mendatar.
Langkah 2: Potong beberapa kudup bunga dari tangkai utama, namun masih mengekalkan tangkai yang kecil.
Langkah 3: Potong sepanjang 18” reben.
Langkah 4 & 5: Mulakan dengan bunga-bunga utama. Gamkan di bahagian tengah reben tadi. Gamkan kudup bunga di sekitar bunga utama. Ikat pada pergelangan tangan dengan korsaj baharu yang dibuat sendiri.
Resipi sate ini paling mudah untuk diikuti, malah kuah kacang yang dikongsikan juga senang disediakan. Sesuai untuk juadah hujung minggu bersama keluarga tersayang. Makan-makan dengan keluarga lebih meriah tambahan aktiviti membakar sate ni buat ia lebih meriah. Selamat mencuba.
Bahan :
Seekor ayam – ambil isi sahaja. Potong dadu dan toskan.
Bahan kisar :
2 labu bwg besar
1 labu bwg putih
2 inci halia
4 batang serai
Bahan perap :
2 Cawan gula
2 sk garam
4 sk kunyit
3 sb jintan manis
Cara :
1. Dalam besen besar, masukkan isi ayam, bahan kisar dan bahan perap.
2. Gaul sebati dan perap seketika.
3. Selepas itu baru cucukkan ke lidi.
4. Lebihan perapan tadi ambil sedikit letak dalam bekas dan masukkan sedikit minyak (untuk renjis masa bakar).
Kuah Kacang :
Bahan kisar :
Segenggam cili kering
2 labu bawang besar
2 inci halia
Bahan :
1 batang serai di ketuk
2 cawan kacang tanah yang dikisar
2 keping gula melaka
1/2 cawan gula
Garam
Air secukupnya
Asam keping
Cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, kemudian masukkan serai. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan kacang tanah dan gaul sebati.
3. Selepas itu masukkan air dan kacau. Biarkan mendidih dengan menggunakan api perlahan.
4. Masukkan gula melaka, gula, garam dan asam keping.
5. Masak sehingga pekat, rasa dan tambahkan apa yang kurang.