Cermin solek berlampu atau vanity mirror sekarang semakin popular di kalangan peminat deko, terutamanya tentulah perempuan. Kalau tengok je harga dia memang mahal.
Sebenarnya, amat mudah nak DIY sendiri vanity mirror di rumah. Guna saja barang-barang terpakai dan beberapa lagi barang yang mudah didapati.
Dalam artikel ini kami tampilkan sebuah perkongsian menarik oleh Puan Siti Fathehah. Semua bahan cuma beli di Kedai ECO RM2 sahaja. Jimat tapi tetap nampak ekslusif tau!
Jumlah keseluruhan : RM56 sahaja
1. Anggarkan Saiz
Mula-mula boleh anggarkan saiz mengikut cermin dan lubang untuk mentol yang kita dah beli tadi. Buat rangkanya lebih kurang macam ni.
2. Cantumkan Kotak & Balut Wallpaper
Bila dah confirmkan saiznya, kita bolehlah lekatkan dan balut kotak tadi dengan wallpaper.
Ini gam dan double tape yang digunakan untuk lekatkan kotak tu. Gam beli dekat Kedai ECO RM2 juga. Gam ini memang kuat tapi ambil masa sikit nak lekat. Kalau nak cepat boleh guna gam yang jenis pistol tu.
3. Sambungkan Wayar & Mentol
Ini bahan yang digunakan untuk buat sambungan wayar ke mentol. Yang bahagian ni suami saya tolong pasangkan sebab saya tak pandai. Saya guna wayar yang dekat rumah aja sebab ada lebih. Kalau siapa tak ada, boleh beli dekat Kedai ECO RM2 juga.
Sambungannya macam ni. Yang wayar kuning tu positif, hitam negatif.
4. Tambahkan Meja
Bila dah siap bahagian atas tu, beginilah rupanya.
Sekarang ni saya tambahkan pula meja untuk letak barang make-up atau apa-apa keperluan masa nak cermin muka. Nak buat meja ni, saja guna frame kayu yang dibeli dekat Kedai ECO RM2 jugalah.
Boleh tengok contoh frame tu sebelah kiri, sebelah kanan tu yang saya dah siap balut dengan wallpaper.
5. Lekatkan Ke Dinding
Akhir sekali, dah bolehlah lekatkan ke dinding.
Untuk tampalkan kotak ke dinding, saya gunakan double tape tadi, yang macam dalam gambar di atas tu. Memang cukup kuat.
Bahagian bawahnya pula saya guna sesiku L dan drill ke dinding.
6. Siap!
Dah siap pun, beginilah hasilnya.
Sumber : Siti Teha, Siraplimau