
Isi Kandungan
ToggleSebagai seorang isteri, pastinya anda akan memasak setiap hari untuk suami dan anak-anak. Apatah lagi sekarang kita diarahkan untuk duduk di rumah sehingga 14 April 2020. Setiap masa dapur akan berasap, ada sahaja makanan yang nak dimasak.
Tapi yang tak bestnya apabila kuali yang dulunya putih bersih bertukar menjadi hitam dan berkerak. Jadi sementara ada banyak masa di rumah, apa kata bersihkan belakang kuali yang dah hitam dan berkerak tu.
Ada banyak petua yang boleh digunakan tetapi ada satu yang paling menarik dan mudah untuk dilakukan. Petua ini juga pernah menjadi viral beberapa tahun yang lalu. Caranya hanya gunakan asam gelugor atau asam keping sahaja. Hasilnya, belakang kuali jadi putih bersih.
Ayuh kita baca perkongsian oleh Hidayah Abdullah ini.
Dari Hitam Terus Jadi Putih
Petua sental bontot kuali kilat lip lapp..
1. Rebus 8 asam keping di dalam periuk yang besar (supaya senang nk rendam kuali @periuk)
2. Didihkan air asam keping tu sampai mendidih.
3. Masukkan kuali@periuk di dalam air asam tu rendam selama 4-5minit.
4. Angkat kuali@periuk, sejukkan jap, lepas tu sental guna sabun dan berus dawai.
5. Time sental tuh, kurangkan mengunakan air.
Happy sentaling uolss!
Petua ini diambil dari Sis Kalai (Masak Apa Hari Ni..MAHN)
Sumber: Hidayah Abdullah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hukum Tiga Hari Tak Bertegur Siapa

Dalam menjalin hubungan, baik suami isteri, saudara dan pertemanan, tidaklah selalu berjalan mulus, tidak jarang dalam hubungan tersebut terjadi perselisihan, kekeliruan dan kekhilafan.
Bagaimana jika hal itu terjadi? Islam agama yang sempurna, mengajarkan umatnya bahwa jika terjadi perselisihan atau kekeliruan maka tidak boleh mendiamkan saudaranya lebih dari tiga hari sebagimana manfaat berwudhu dalam islam . Sebagaimana tertuang dalam hadist berikut ini :
Nabi menyebut: “Tidak halal bagi seorang Muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tiga hari. Maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu” ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari Abu Daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sahih dari Al-Bukhari )
Nabi juga sebut: “Silaturahim itu tergantung di Arasy lalu berkata : “Sesiapa yang menyambungku (silaturahim) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya” ( Al-Bukhari 4/112 )
Nabi juga menyebut: “Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturahim“ ( Al-Bukhari)
Al-Qaradawi menyebut bahawa tidak bertegur sapa dalam hadis di atas adalah hasil dari pertengkaran dan pergaduhan berkaitan dunia semata-mata, adapun jika bertengkar dan tidak bertegur sapa berkenaan urusan akhirat, maka hukum tiga hari sebagai maksimum adalah dikecualikan berdasarkan kepada beberapa peristiwa tiga orang sahabat yang cicir di Tabuk di boikot lebih 40 hari, Nabi dan isteri baginda, dan beberapa orang sahabat lagi. (rujuk Al-Halal wal haram fil Islam).
Ada juga yang mengalami kes seperti tidak terputus hubungan, cuma renggang sikit dari dahulunya yang mungkin mesra dan rapat (itu pun kena lihat dari sudut kerana urusan akhirat atau dunia semata-mata), dan akibat renggang maka tiada banyak perkara yang ingin dikongsi bersama lagi. Justeru, menyebabkan hubungan dan komunikasi menjadi kurang dan ia masih dalam ruang yang dibenarkan.
Ada juga renggang dan tidak bertegur sapa yang mungkin dibenarkan kerana ditakuti berlaku mudarat yang besar. Selain itu, ada juga yang renggang bukan kerana pengaruh pergaduhan tetapi kerana berpindah dan duduk berjauhan. Ini semua perlu dilihat satu demi satu bagi memberikan hukum yang sewajarnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Janganlah Berkira Dengan Isteri Terutama Bab Sedekah

Soalan: Apakah suami akan mendapat pahala apabila isteri bersedekah dengan duit yang diberi oleh suaminya?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Sedekah merupakan satu perkara yang amat dituntut di dalam Islam apabila seseorang itu memiliki wang yang berlebihan. Tambahan pula, ganjaran atau pahala bersedekah ini amatlah besar sehinggakan ia disebut di dalam al-Qur’an:
- Firman Allah SWT:
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
al-Baqarah : 261
Maksudnya: “Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai. Pada tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaan-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
Sebahagian para ahli tafsir mengatakan ayat ini diturunkan pada menyatakan hebatnya sedekah yang dilakukan oleh dua orang sahabat Nabi SAW yang agung iaitu Abd al-Rahman bin Auf dan Uthman bin Affan. Akan tetapi, ayat ini juga termasuk sesiapa sahaja yang mengikuti jejak langkah dua orang sahabat Nabi SAW ini pada menggunakan hartanya di jalan Allah SWT. [Lihat: Tafsir al-Wasith, 602/1]
Ayat ini juga jelas menunjukkan akan kelebihan seseorang itu apabila dia menyedekahkan sebahagian hartanya pada jalan Allah SWT. Di samping itu juga, keikhlasan amat penting agar apa yang kita sedekahkan atau belanjakan diterima oleh Allah SWT dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain dengan tujuan agar kita dikenali atau digelar sebagai seorang yang kuat bersedekah.
Berdasarkan soalan di atas, terdapat hadith yang menunjukkan kelebihan seorang isteri bersedekah dengan menggunakan harta suaminya. Antaranya adalah:
- Daripada Aisyah R.Anha, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا تَصَدَّقَتِ المَرْأَةُ مِنْ بَيْتِ زَوْجِهَا كَانَ لَهَا بِهِ أَجْرٌ، وَلِلزَّوْجِ مِثْلُ ذَلِكَ، وَلِلْخَازِنِ مِثْلُ ذَلِكَ، وَلَا يَنْقُصُ كُلُّ وَاحِدٍ مِنْهُمْ مِنْ أَجْرِ صَاحِبِهِ شَيْئًا، لَهُ بِمَا كَسَبَ، وَلَهَا بِمَا أَنْفَقَتْ
Maksudnya: “ Jika seorang wanita (isteri) itu bersedekah dengan harta suaminya maka dia akan mendapat pahala, begitu juga dengan suaminya dan orang yang menyimpannya (hamba). Tidak ada seorang pun di antara mereka yang akan berkurang pahalanya. Suami akan mendapat pahala berdasarkan hasil usahanya, manakala isteri pula mendapat pahala daripada apa yang disedekahkan.” [Riwayat al-Tirmizi (671)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini hasan sahih]
Para ulama’ mengatakan tidak dibolehkan isteri dan hamba bersedekah dengan harta suami atau tuannya melainkan dengan izinnya. Hadith ini juga menunjukkan bahawa dibolehkan mengeluarkan sebahagian harta sebagaimana ia adalah adat ahli hijaz bahawa diserahkan urusan ini kepada ahli keluarga (isteri) atau hamba apabila ada orang yang memerlukan bantuan dan juga apabila adanya tetamu. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 277/3]
Hadith di atas membicarakan kelebihan atau pahala yang bakal diperolehi oleh isteri atau seseorang hamba itu bersedekah dengan harta suami atau tuannya dengan syarat setelah mendapat keizinan suami atau tuannya. Selain itu, pahala yang akan diperolehi tidak akan kurang antara satu sama lain.
Penutup
Kesimpulannya, bersedekah merupakan satu amalan yang mulia dan amat dituntut bagi sesiapa yang berkemampuan dan sedekah ini tidak hanya tertumpu kepada ahli keluarga terdekat atau jauh sahaja, bahkan ia melibatkan orang-orang yang berada di sekeliling kita juga. Akan tetapi, apa yang penting buat para isteri adalah perlu meminta izin suami jika itu adalah harta suaminya. Akhirnya, marilah sama-sama kita menanam sifat gemar bersedekah walaupan apa yang disedekahkan itu sedikit tetapi moga-moga dengan yang sedikit itu mampu membantu kita untuk masuk ke syurga Allah SWT. Semoga Allah SWT menjadikan kita semua dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa menginfaqkan atau menyedekahkan harta pada jalan Allah SWT. Amin.
SUMBER : http://muftiwp.gov.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berpuasa 16 Jam Setiap Hari, Bakal Pengantin Pasti Boleh Turunkan Berat Badan Tak Sampai 5 Bulan Pun

Intermittent Fasting. Lisa Surihani berjaya kurus dgn cepat malah diet ini sgt baik untuk badan!
Ramai yang nak kurus. Tapi nak kurus cara mudah. Telan kopi kurus, pil kurus, minuman fiber, susu kurus, sapu sabun kurus. Dalam tak sedaq dompet hangpa ja yang kurus. Hangpa gemok jugak sebab founder habaq “kurus tanpa diet. Makan la apa saja.”. Duta2 ngan testimoni pon pakai gambaq masa mengandung dengan selepas beranak. Berduyun2 la yang beli. Padahal seller ngan founder haram tak kurus pun. Makan sekotak tak jadi, seller habaq “kena skurang2nya 10 kotak ni baru jadi.”. Hang pon beli lagi. Dan lagi. Padan la kena tipu, perangai bengap 2010 duk membawak sampai 2019.
Intermittent fasting ni teknik berpuasa. Worldwide pakai cara ni. Nabi ajar lamaaa dulu dah sebelum orang putih buat studies pasai ni. Ada beberapa cara untuk buat intermittent fasting. Kita highlight 3 cara paling famous lah.
Method 16:8
Teknik ni paling selalu orang guna. 16 jam puasa, 8 jam makan. Hang tentukan sendiri waktu nak puasa dan waktu berbuka. Sepanjang waktu “puasa”, dibolehkan minum air. Dan bila berbuka, hang mengtekedaqah la sampai kenyang. Powernya teknik ni sebab secara ajaibnya bila hang berpuasa 16 jam, waktu berbuka hang cuma akan makan sikit saja dah rasa kenyang. Sebenarnya intermittent fasting ni bukan skadar control selera makan, tapi jugak control pola pemakanan hangpa.
Method 5:2
Method ni ala2 puasa sunat. 2 hari puasa, 5 hari makan macam biasa. Alang2 tu hang puasa sunat teruih la. Pahala pon dapat, kuruih pon dapat. Pilih la isnin dan khamis untuk puasa, lebih afdhol. Tapi, 2 hari yang puasa tu, kalori intake untuk hari puasa tu cuma 500-600 kalori (sehari) saja dibenarkan. Mudah kan? Ada sesetengah orang dia buat “puasa” stail makan ja pada waktu makan macam biasa, tapi total smua yang dia makan tu 500 kalori saja sehari. Pun boleh. Untuk yang tak biasa puasa macam muslim, boleh minum air kosong sepanjang anda berpuasa sebelum waktu berbuka.
Method 4:3
Method ni melibatkan puasa selang selang. Hari ni puasa, esok tak payah puasa. Untuk hari puasa, hangpa dibolehkan makan 500 atau 600 kalori dalam sehari. Untuk hari tak puasa, boleh makan macam biasa. Tapi macam tadi lah, bila hangpa dah start puasa memang automatik selera hangpa berkurang untuk makan. Tak caya tanya la sesapa yang dah terbiasa buat IF ni.
Mudah kan? Waktu puasa kita puasa, waktu makan kita makan. Sihat tanpa perlu telan produk merapu.
Bagi hangpa yang badan terlalu gemuk, dinasihatkan untuk buat senaman ringan atau berat supaya kulit hangpa tak menggelebeh. Body stay fit dan bergetah. Boleh buat lastik kepala founder.
Apa yang hangpa dapat selain kurus?
1) selera makan terkawal
2) pola makan terkawal
3) aktiviti otak cerdas
4) mengurangkan risiko penyakit jantung
5) boost metabolism
6) membantu mencegah kanser
7) jimat duit
Kredit : Khairul Yoi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI